BAB 36 : Azril

7.2K 339 6
                                    

                  

Hari ni aku ikut Nita ke pejabatnya. Pertama kali aku ke sini. Dia sedang menyemak fail diatas mejanya. Pejabatnya itu tidaklah besar namun cukup selesa dan kelihatan kemas. Susunannya sememangnya gaya Nita.

Zaz Advertising. Kata Nita gabungan namanya dan namaku. Sewaktu Zaz Advertising hendak ditukarkan ke Sendirian Berhad, dia hendak meletakkan aku sebagai pemegang saham kerana aku adalah antara penyumbang terbesar tertubuhnya Zaz Advertising. Malahan jumlah sahamku adalah melebihinya.

Aku membantah kerana takut seandainya pihak pengurusan tempat aku bekerja dapat tahu. Aku takut akan ada masalah lain yang akan timbul. Aku tak mahu punya apa-apa masalah dengan pihak syarikat. Disitu adalah tempat aku mencari rezeki.

Akhirnya, nama mama yang diletakkan sebagai pemegang saham. Ini kerana untuk menubuhkan syarikat Sendirian Berhad memerlukan dua orang pemegang saham. Sudah aku menolak, mama lah terpaksa meminjamkan namanya.

"Hubby, kena masuk Maris lah kejap lagi. Ada benda nak kena buat" Kata Nita sambil menongkat kepala. Tangannya masih memegang telefon bimbitnya. Baca whatapp mungkin.

"Ok. Lepas lunch ke?" Tanyaku.

Dia angguk.

"Lunch kat mana kita hari ni?" Tanyaku lagi.

Aku pandang dia. Dia pandang aku. Inilah masalah kami bila hendak makan diluar. Selalu tiada idea nak makan dimana.

"Kita masuk JJ Bukit Raja nak? Makan kat food court atau Nandos ke. Nanti boleh singgah beli buah kat JJ. Buah dengan sayur dah habis dalam peti ais tu. JJ segar sikit buah dan sayurnya" Jawab Nita.

Aku setuju saja dengan cadangan Nita. Aku pun malas nak fikir. Sebenarnya masih kenyang. Pagi tadi makan nasi lemak sambal sotong kering air tangan Nita.

Jam 11.45pagi, kami keluar dari Zaz Advertising menuju ke Jaya Jusco Bukit Raja. Entah kenapa Nita suka ke sini. Sanggup memandu jauh hanya untuk membeli buah-buahan disini sedangkan berhampiran rumah kami ada banyak pusat membeli-belah yang terkemuka yang sudah tentu menawarkan sesuatu yang lebih segar. Nita tetap Nita. Fikirannya tak mungkin sama dengan apa yang kita fikirkan.

"Nak makan dulu ke shopping?" Tanyaku bila kami sudah sampai di Jaya Jusco.

"Shopping dululah. Nita kenyang lagi sebenarnya" Putus Nita.

"Samalah. Hubby pun kenyang lagi" Balasku.

Kami keluar dari kereta dan menuju ke dalam Jaya Jusco. Membelek dan meneliti setiap benda yang kami mahu beli. Pilih yang elok. Aku mengambil buah oren, apple dan lemon. Nita masih lagi dengan sayur-sayurannya.

"Hubby, esok masak lemak labu sedap kan?" Tanya Nita.

"Wifey masak ke?" Tanyaku kembali.

Dia hanya sengih. Tahulah tu aku yang kena masak. Aku ambil labu yang sudah dipotong suku. Kami berdua saja mahu makan. Labunya pun aku saja yang makan. Nita hanya makan kuahnya saja. Jadi tak perlu untuk ambil banyak.

"Ada ayam dan daging yang dah siap marinated. Nak ke?" Tanyaku bila sudah berada dikawasan makanan basah.

Nita angguk.

"Boleh juga. Nanti bila hubby tak ada, malas nak masak. Masukkan saja dalam microwave. Dah boleh makan" Balasnya.

Aku mengambil bekas dan mengambil bahagian peha. Kegemaran Nita. Daging juga aku ambil beberapa keping.

Selesai membuat pembayaran. Kami termenung mahu makan apa. Perut masih kenyang tapi khuatir nanti kalau lama di Maris. Memang di kawasan sekitar Maris ada kedai makan tapi kalau lambat, sudah tiada apa yang tinggal. Hanya boleh duduk minum dan makan kuih-muih pagi tadi yang masih belum habis.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now