Aku lihat budak-budak ni sedang di ajar menunggang kuda. Si Zorro idaman hati aku tu dah ke mana tah. Aku pun tak tahu.
Hilang dah.
Dah setahun setengah kami berkahwin tapi konvonya pun aku tak pernah pergi. Katanya dia tak belajar di Universiti. Itu pun aku tahu bila aku merajuk dengannya bila rasa dia ketepikan aku dengan tidak mengajak aku ke majlis konvokesyennya. Bonda turut masuk campur dalam hal itu demi menyakinkan aku.
Hairan.
Dia tak nampak seperti orang yang tidak berpelajaran tinggi. Bahasa Inggeris dia jauh lebih baik dari aku. Pengetahuannya juga sangat luar biasa luas tapi mungkin juga kerana dia selalu membaca buku. Dia sangat suka membaca buku. Bukan novel macam aku. Bukan komik macam kawan-kawan aku selalu baca. Bukunya buku ilmiah.
Kalau dia tak belajar bermakna dia kerja. Kerja apa? Yang itu aku belum tanya dia. Cuma tertanya-tanya saja. Cara dia berbelanja sangat kasar. Macam tak pernah kisah berapa saja nilai wang yang terpaksa dia keluarkan.
Atau mungkin dia pewaris syarikat keluarganya. Tak mungkinlah. Tak pernah sesiapa pun bagitahu tentang tu. Ya. Aku pun tak pernah bertanya.
"Berangan apa tu?" Tegurnya yang tiba-tiba muncul dihadapanku.
"Jom" Dia menghulurkan tangannya kepadaku. Mengajak aku untuk menunggang dengannya. Maklumlah, aku tak reti menunggang dan tak nak belajar. Membazir. Dengan budak-budak tu punya yuran lagi, banyak sangat belanjanya.
Aku geleng. Aku tak nak. Nanti budak-budak tu nampak habis kena sakat. Bukan setakat mereka saja yang menyakat. Sekeluarga. Ya Allah. Malu sangat.
"Jomlah. Lama tak riding together" tangan terus dihulurkan.
Aku sambut juga. Aku suka menunggang kuda bersamanya. Duduk dihadapannya. Entah kenapa perasaan tu sangat indah.
"Tengok Ibu Lang riding dengan Ayah Lang" Jerit Ayush. Alamak. Malu.
"Alala, Ibu Lang malu pula" Usik Si Mawar.
Aku ingin menyorokkan mukaku ke dada suamiku. Namun aku nampak dia mengenyitkan matanya sambil menunjukkan ibu jarinya pada mereka. Aku pukul manja pehanya. Dia hanya gelak dan terus membawa aku jauh dari budak-budak tu. Budak-budak tu kan tak boleh di lepas bebas. Kena menunggang di dalam track saja.
Selepas penat menunggang, kami pergi ke café. Mengisi perut yang kelaparan. Selesai membuat pesanan datang seorang perempuan dan terus meletakkan tangannya di bahu Azril. Aku pandang saja gaya manja perempuan itu.
"Hai Azril. You pun ada disini" Kata perempuan itu.
"Hai Dira. Come join us. Meet my wife and my kids" Azril tenang saja memperkenalkan aku dan budak-budak pada perempuan tadi.
"Kids? Seriously, your kids dah besar macam ni?" Tanyanya tak percaya. Azril gelak.
"They are like my kids. Let's come and join us" Ajak Azril lagi.
"Never mind. I datang dengan kawan. Saja tegur you" Balas perempuan tadi sambil menunjukkan seorang perempuan disebelahnya. Si kawan melambaikan tangannya. Senyum.
"Oh, seorang saja. Ingatkan sekampung. Alah, berdua saja. Come lah" Bersungguh Azril menjemput.
"Tak apa. You tau kan I tak suka budak ni. Rimas" Balas perempuan itu dah terus beredar. Aku lihat budak-budak tu yang tiba-tiba diam sewaktu perempuan itu menegur Azril.
"Gelilah. Tergedik-gedik" Suara Aisyah dan disokong oleh yang lain.
"Ayah Lang kata apa?" Azril memberi amaran. Terus mereka menangkup mulut. Takut.
Aku gelakkan mereka.
"Kawan kerja" Azril menerangkan kepadaku. Aku angguk. Aku senyum.
Cemburu? Kau gila ke aku tak cemburu? Wajib aku cemburu tapi aku tahu satu benda. Bukan Azril yang mengedik dengannya. Dia yang punya gaya mengoda. Dia punya pasallah. Sebab tu aku tak ada nak marah pada Azril. Azril tak bersalah.
Lagipun, takkan aku nak mengamuk di tempat awam ni. Menjatuhkan maruah diri sama seperti aku menjatuhkan maruah suamiku sendiri. Lagipun, kalau aku mengamuk apa yang aku dapat? Dapat malu. Orang mengata. Ke masuk book of record, perempuan mengamuk kerana cemburu. Malunya. Lebih malu dari kena sakat setahun.
Baik senyum dan diam. Kawal cemburu tu.
Ini bukan kali pertama bertembung dengan kawan-kawan mengeletis dia. Dah jadi tak kisah pula rasanya. Masa mula-mula dulu tu, rasa juga nak tumbuk muka perempuan tu tapi macam aku cakap lah. Untuk apa? Apa aku dapat? Malu saja.
Senyum dan perhati. Kalau melebih sangat baru kita bertindak. Kan?
Aku manusia biasa yang ada rasa marah. Jangan fikir aku sangat sabar. Aku cuma cuba untuk tidak punya rasa marah kerana marah itu perasaan syaitan.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...