Bab 50 : Azril

7K 326 48
                                    

Terkejut aku bila masuk ke bilik Nita setelah selesai urusan daftar keluar dan mengambil semula deposit, Nita terbaring diatas lantai dan berlumuran dengan darah.

"Umar, tekan button tu" Arahku.

Umar Khalif segera menekan butang untuk memanggil jururawat yang bertugas.

"Nurse, cepat" Aku dalam keadaan cemas segera menjerit memanggil jururawat.

Aku angkat Nita naik semula ke atas katil. Umar Khalif mengintai jururawat dan menyuruh mereka cepat. Bajuku sudah dilumuri darah.

"Kenapa?" Tanya jururawat yang datang.

"Allahuakhbar" Ucapnya bila melihat darah sudah penuh dibaju Nita. Dia segera berlari ke luar memaklumkan kepada teman sejawatnya.

Aku dengar bunyi orang berlari diluar menuju ke bilik Nita. Tiga orang jururawat datang dan segera menolak katil Nita.

"Bilik pembedahan tingkat 9" Kata salah seorang dari mereka.

Aku angguk.

Segera aku saingi langkah mereka. Sama-sama menolak katil Nita. Umar Khalif juga turut lari untuk menyayingi langkah kami.

"Minta semua tolong keluar. kecemasan" Kata salah seorang jururawat sewaktu pintu lift terbuka.

Semua yang ada didalam lift, segera keluar demi memberi laluan pada kami. Aku mengucapkan terima kasih diatas budi baik mereka.

"Encik sampai disini saja" Jururawat tersebut menahan aku dari masuk ke ruang pembedahan.

Dalam hati tak berhenti aku berdoa. Semoga Nita dan anak kami selamat. Umar Khalif aku peluk erat. Menenangkan hatiku yang sudah gelisah.

Sekejap lepas tu bisikan jahat mula menghantui pemikiranku.

'Budak tu bukan anak aku. Kalau dia mati pun aku tak kisah'

Namun cepat aku beristighfar. Aku yakin itu anak aku. Tidak mungkin dalam masa seminggu benih itu sudah kelihatan dan terjadi petumpahan darah.

'Ayah, Muhammad pergi dulu. Nanti adik-adik Muhammad datang temankan Ayah dan Ibu'

Suara kanak-kanak dalam mimpiku juga berlegar diminda. Aku terus berdoa didalam hati agar semuanya selamat. Jangan ambil mereka dari aku, Ya Allah.

"Ayah, adik tak ada dah ke?" Umar Khalif bertanya.

Aku senyum kelat. Aku peluk dia kembali. Bukan sekadar menenangkannya tapi juga untuk diriku.

"Masa ibu dapat tahu adik nak datang, ibu happy sangat. Siap buat video. Umar rakam tapi video tu hilang sebab tak sempat save. Umar jatuh. Umar janji nanti nak buat video lagi tapi Pak Su datang pukul ibu. Masa tu Umar baru lepas cuci kaki. Umar terus masuk dalam bilik air semula. Bila suara ibu dan tak ada jerit, Umar keluar dari bilik air. Masa tu Pak Su tengah marah Opah. Ibu suruh Umar pergi menyorok. Masa tu Umar nampak telefon ibu. Umar ambil dan save video tu supaya tak hilang lagi. Umar dengar Pak Su pukul ibu. Lepas tu, Pak Su koyakkan baju ibu. Umar nak tolong ibu tapi Pak Su pukul ibu kuat sangat sampai ibu pengsan. Umar nampak Pak Su ambil barang dalam poket seluar dia. Benda tu sama macam anu kita. Dia cucuk dekat ibu" Cerita Umar Khalif ditelingaku perlahan. Suaranya sendu menahan perasaan.

Aku usap belakangnya. Aku eratkan lagi pelukanku.

"Astagfirullahalazim" Hanya itu yang mampu aku ucapkan tika itu.

Ya Allah, aku berdosa menfitnah anak itu. Walaupun aku tahu itu anak aku tapi tetap keraguan itu timbul dan telah membuatkan aku menidakkan kesucian anakku. Sungguh aku berasa berdosa.

"Anak, survivelah. Ayah nak minta ampun pada kamu" aku merintih didalam hati.

Air mataku jatuh mengenangkan dosa aku meragui kesucian anakku sendiri. Aku mengelap air mataku bila terdengar pintu bilik dibuka.

"Encik Azril. Saya minta maaf. Kandungan Puan Zahiyanita tidak dapat kami selamatkan. Harap encik bersabar dan banyak-banyak berzikir" Seorang doktor yang keluar dari bilik yang dimasuki Nita itu menyampaikan berita duka ini.

"Innalillahiwainnailaihirojiun" Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Mungkin ini maksud mimpiku. Dia memang mahu pergi. Mungkin kerana bisikan jahat yang selalu mengacau fikiranku dan merobek kepercayaan aku. Mungkin ini adalah yang terbaik.

"Isteri saya macam mana doktor?" Tanyaku setelah sedikit tenang.

"Isteri encik masih tidak sedarkan diri. Kami sudah cuci rahimnya dan nanti nurse akan bawakan janinnya pada encik. Saya harap encik dapat selalu temankan dia dan memberikan sepenuh sokongan dan dorongan untuknya. Wanita keguguran punya emosi yang tidak stabil. Sentiasalah bersamanya" Pesan doctor itu.

Aku hanya angguk. Aku juga perlu sokongan kerana aku juga hilang seorang anak.

"Ayah, adik dah pergi kan?" Tanya Umar Khalif selepas doktor berlalu.

Aku melutut didepannya dan menganggukkan kepalaku. Aku peluk dia. Aku menangis didalam pelukan anak lelakiku. Memohon pada Allah agar salurkan aku kekuatan dan kesabaran melalui anak ini.

"Semalam adik datang main dengan Umar. Adik kata dia nak pergi. Nak main dengan adik-adik sebelum adik-adik datang teman Ayah, ibu dan Umar" Kata Umar Khalif.

Allah, pada anak ini juga Kau berikan petunjuk-Mu. Subhanallah.

"Kita jaga ibu sesama, ya? Ibu perlukan kita sentiasa bersamanya" Kataku pada Umar Khalif.

Dia angguk.

"Encik Azril, sila ikut saya" Seorang jururawat keluar dan mempersilakan aku masuk ke dalam.

"Ini janin anak Encik. Encik mahu kami uruskan atau Encik uruskan sendiri?" Tanya jururawat tersebut.

Aku berfikir sejenak untuk soalan jururawat itu. Dia memandang aku. Aku memandang ketulan daging yang telah dibersihkan itu.

'Muhammad, anak Ayah' rintih hatiku. Kesedihan kembali meratapi jiwaku.

"Saya nak uruskan sendiri tapi saya tak tahu bagaimana" Penyataanku itu sebenarnya lebih pada pertanyaan.

Dia senyum.

"Macam ni. Saya siap bungkuskan. Nanti encik tinggal tanam seperti menanam uri" Aku angguk dengan penjelasan jururawat tersebut.

Seketika, aku lihat jururawat itu sudah membungkus janin itu dan menyerahkannya kepadaku. Aku tergamam seketika. Ambil macam ni saja?

"Nurse, boleh tak saya ambil nanti? Sekejap saja" Aku keluar setelah mendapat kebenaran jururawat itu. Umar Khalif aku tarik bersama.

"Bonda, Nita keguguran" Ayat pertama yang aku keluarkan bila Bonda menjawab panggilan telefonku. Terlupa untuk memberi salam. Mungkin disebabkan rasa sedih atau mungkin kerana aku mahu cepat menguruskan janin Muhammad.

"Innalillahiwainnailaihirojiun" Ucap Bonda.

"Azril nak tanam janin ni kat mana Bonda? Rumah Azril mana ada tanah. Rumah Bonda dan rumah mama juga tiada tanah. Takkan nak tanam dekat luar pagar tu? Buatnya anjing datang korek" Aku menceritakan kerisauan aku pada Bonda.

"Rumah Nenda" Jawab Bonda.

"Rumah Nenda kan ada orang sudah sewa. Kalau kita masuk, sudah kira menceroboh" Balasku.

Aku dengar Bonda mengeluh. Kemudian aku dengar suara Ayah bertanya apa yang aku inginkan. Bonda menceritakan secara ringkas apa yang aku perkatakan tadi kepada Ayah.

"Azril, sebelah kubur Nenda kan ada ruang tanah. Rasanya kita boleh minta kebenaran dari penjaga kubur untuk tanam anak kamu tu. Lagipun tanah itukan tanah wakaf Nenda untuk penduduk sekitar. Mungkin mereka ada budi bicara yang membenarkan kamu tanam anak kamu" Suara Ayah dicorong telefon.

"Kamu tunggu disana dulu. Ayah pergi uruskan. Apa-apa nanti Ayah update kamu" sambung Ayah.

Aku angguk.

"Ok, Ayah" Jawabku dan mematikan talian telefon setelah menjawab salam Ayah.

"Kita tunggu Tok Ayah" Ucapku pada Umar Khalif.

Umar Khalif angguk.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now