BAB 34

7.8K 298 11
                                    

                  

Aku tak senang nak duduk. Nita masih belum sedarkan diri dari pengsannya. Entah apa yang dia buat sehingga menjejaskan kesihatannya. Entah apa yang dia fikirkan sampai boleh pengsan.

Bonda dan mama sudahku beritahu. Mereka mahu datang tapi aku melarang. Lagipun, sudah malam. Aku risaukan keselamatan mereka untuk ke sini.

Nita. Nita.

Teringat kejadian sebentar tadi. Yang membuatkan Nita terlantar disini.

Aku baru sampai dari Auckland. Aku tertinggal kunci rumah di dalam kereta tadi. Malas nak turun ke bawah, aku tekan loceng rumah. Jam masa tu baru pukul 8.45 malam dan Nita selalunya belum tidur. Lama juga aku tunggu kat luar. Aku fikir, Nita sedang solat isyak.

Tak lama lepas tu, pintu rumah dibuka. Dia menyalam tanganku. Aku genggam tangannya dan masuk ke dalam. Tangannya panas. Mukanya pucat. Belum sempat aku nak bertanya apa. Dia sudah pengsan.

"Allah, rumah tak kunci" Kataku sambil mengetuk dahiku.

Dalam keadaan kelam-kabut tadi, aku lupa nak kunci rumah. Masa tu dalam fikiranku cuma nak cepat sampai ke hospital. Dalam hati tak sudah aku berdoa agar tiada apa yang serius. Sampai saja dihospital, dia dimasukkan ke dalam unit kecemasan. Doktor kata dia tiada apa. Cuma dehydration. Kekurangan air dalam badan dan dia demam panas.

Saat ini aku rasa nak menunaikan permintaan Nita dengan kadar segera. Sudah lama dia minta agar rumah kami menggunakan kunci keselamatan yang menggunakan kad atau nombor pin seperti di hotel dan cerita korea.

Dulu aku rasakan benda tu tak selamat sebab sesiapa saja boleh godam. Terpengaruh dengan cerita James Bond dan MacGiver lah ni. Tapi sekarang ni aku rasa benda tu lagi selamat kalau jadi kes terlupa nak kunci pintu.

Nak balik terasa tak sampai hati. Nita masih tak sedarkan diri lagi. Selepas pemeriksaan di wad kecemasan, dia kini sudah dipindahkan ke wad biasa. Bilik untuk seorang. Kelayakan yang diberikan oleh syarikat insuran.

Dengan botol tergantung. Tangannya dicucuk dengan jarum. Inilah yang aku gerun duduk dihospital. Tengok pun tak sanggup. Nita ni lain. Hospital ni dah macam rumah dia saja. Kena cucuk tu macam main enjit-enjit semut. Geram juga aku dengan dia ni.

"Tak payahlah nak telefon. Kalau saya tak sihat pun, tak adanya saya nak bagitahu awak. Buat awak risau. Awak dah kat memana tah. Baik telefon Mama saja. Ada faedahnya"

Ayat Nita suatu masa dulu bila aku telefonnya bertanya khabar.

Aku kadang tak faham cara dia berfikir. Kalau orang lain, suka bila suami telefon, tanya khabar. Dia pula marahkan aku sebab telefon dia. Walaupun ada logic dan rasa terharu sebab dia tak nak buat aku risau tapi tak perlu nak marah. Sekurang-kurangnya hargailah kesanggupan aku untuk menelefonnya dari jauh.

Tapi ada satu tempat aku boleh suka hati nak berborak dan bergurau dengannya bila kami berjauhan. Laman social, Facebook. Pasti dia akan layan. Tak pernah sekali pun dia marah.

"Assalamualaikum, Habibi" Nita memberi salam sebaik nenbuka matanya.

Dia senyum.

"Waalaikummussalam, habibah. Dah sedar?" Jawabku.

Aku turut senyum walaupun saat itu terasa nak cekik dia kerana buat aku risau.

"Marah ke ni? Lain saja aura senyum tu" Usiknya.

Dia masih mampu mengusikku sedangkan aku sudah separuh mati risaukannya. Walaupun dia memang rajin sangat masuk ke hospital tapi setiap kali dia masuk ke hospital, tak pernah aku tak bimbang. Sentiasa perasaan bimbang, cemas, risau dan semuanya bergabung.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now