Hari ini aku kena hadir ke pejabat Datuk Kamal. Ini adalah kehadiranku yang ke-4 sejak perjanjian pertukaran hak milik saham sudah termaterai. Namun, kali ini aku hadir sebagai pekerja bukan sebagai pemilik saham. Aku datang sebagai Ketua Pegawai Kewangan atau dalam bahasa Inggeris Chief Financial Officer (CFO).
Entah kenapa perasaanku hari ni tak sedap untuk masuk ke pejabat. Namun, atas arahan Datuk Kamal dan kata-kata semangat dari Azril, aku gagahkan juga langkahku. Itu pun aku minta Azril menghantarku dan menungguku. Janjiku sekejap saja. Lepas jumpa Datuk Kamal dan menyiapkan sedikit kerja aku akan terus balik.
Kerana ada dia, kaki aku gagah untuk terus melangkah masuk ke bilikku. Sesampai dibilik, aku lihat berlonggok fail diatas mejaku tidak tersusun rapi seperti selalu. Itu belum lagi sampah berselerak dan kerusi bertaburan. Aku berdiri dipintu bilik memerhati.
Rasa nak marah pun ada tapi aku kena tahan. Tak mungkin bilik aku saja dibuat begini oleh setiausahaku atau pun cleaner. Ini mesti ada sesuatu yang berlaku.
"Dila, masuk kejap" aku menjulurkan kepalaku keluar untuk memanggil setiausahaku.
Cepat saja Dila sudah masuk ke dalam bilikku. Aku menunjukkan kepadanya keadaan bilikku. Aku hanya memandangnya tanpa bertanya apa-apa. Aku tahu dia faham kerana dia sudah pun menundukkan kepalanya. Rasa bersalahlah tu.
"Saya sudah kemas. Hari-hari saya kemas. Petang semalam lepas Puan Nita telefon kata nak masuk pagi ni saya kemas lagi sekali tapi Cik Dura datang dan marah-marah. Dia sepahkan bilik Puan Nita dan dia bagi amaran pada saya untuk tidak kemaskan bilik Puan" Jelas Dila gagap.
Aku faham kini apa yang berlaku. Pasti ada sesuatu yang perempuan tu tak puas hati dengan aku. Tak apa. Ada ubi ada batas. Kau tunggu apa aku nak balas.
Aku suruh dia keluar.
Aku tarik nafas dalam dan menghembusnya keluar melalui mulut dengan perlahan. Teknik penafasan yang aku belajar untuk mengawal perasaan marah. Aku memang tak suka bilik bersepah. Aku tak suka barang aku berselerak. Aku mula mengemas.
"Puan Nita, Tuk Kam panggil masuk bilik dia sekarang" Intercom dari Dila itu aku sambut sewaktu sedang mengemas bilikku.
"Dila, masuk bilik saya dan tolong kemaskan semula bilik ni sekejap" Arahku.
Aku kemudian terus keluar tanpa menunggu Dila sampai ke bilikku. Aku tak suka biarkan orang menunggu. Kata Datuk Kamal, ada perkara penting yang hendak dibincangkan.
"Come, Nita" Jemput Datuk Kamal.
Aku memandang 2 orang manusia yang aku sangat harap tak akan berjumpa. Tapi aku pun sedar, mana mungkin aku tak jumpa mereka bila mereka ini adalah anak-anak Datuk Kamal.
"You belum jumpa my son lagikan? Amirul Mukmin." Perkenal Datuk Kamal kepadaku.
Mana mungkin tidak pernah ketemu. Dan mana mungkin aku lupa si miang yang mengikis maruahku. Aku hanya senyum bila dia ingin bersalaman denganku.
Huh, tidak aku hingin.
Namanya tak sesuai dengan tuannya. 'Ketua orang Mukmin? Tak layak langsung.' Aku tak boleh menahan diriku dari mengatanya walau didalam hati.
"Dura you dah kenalkan. Dura sentiasa ada dekat office. Am selalu keluar. Buat marketing. Memang susah nak duduk dalam pejabatkan?" Kata Datuk Kamal bangga.
Aku dah siasat yang sebenarnya Amirul bukan pergi buat marketing tapi pergi bersuka-ria. Wang yang dikeluarkan kemudian dia buat tuntutan sebagai hiburan pada pelanggan. Hakikatnya tiada pelanggan yang dilayan tetapi dia yang melanggan.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...