Bab 48 : Nita

6.1K 288 11
                                    

Mataku tidak sedikit pun lari dari memandang dia. Hatiku sakit. Sangat sakit. Kalau pun sudah membenciku. Sudah jijik denganku. Jangan bawa dia datang bertemuku. Aku juga punya hati dan perasaan. Tak bolehkah jaga sekejap sebelum dilepaskan?

"Nita, keep well soon. Okey?" Dura mengucapkan kepadaku sebelum berpamitan dengan Azril.

"Dura balik dululah, bang. Nak masuk office. Papa dah masuk hospital. Abang Am pun entah ke mana. Kenalah sekarang Dura handle company. Jaga Nita elok-elok" Pesan Dura pada Azril.

Kata Dura, dia datang jumpa papanya dan terserempak dengan Azril. Ya sangatlah tu. Katakan saja korang datang bersama. Berjumpa aku untuk minta kebenaran berkahwin. Tak sampai hatilah tu bila tengok keadaan aku yang masih belum stabil ni.

"Siapa Acik Dura tu, ibu?" Tanya Umar Khalif.

"Kawan Ayah"

"Makwe Ayah"

Jawab aku dah Azril serentak. Dia membulatkan maatanya memandang aku.

"Betullah" Protestku.

"Mana betulnya. Dia kawan saja. Tak lebih dari itu" Azril pertahankan.

"Dia kan bakal madu saya" Aku tau aku sedang memprovoke dia.

"Wifey" lembut saja Azril menegur. Aku tahu dia nak suruh aku berhenti.

"Awak bukan pergi bekerja tapi awak pergi berasmaradana dengan dia kan?" Aku sambung.

"Wifey. Jangan tuduh saya yang bukan-bukan. Fitnah tu" Walau sikit keras tapi masih lembut suaranya.

"Saya tak tuduh tapi saya sedar. Saya dah kotor. Awak dah jijik nak pandang saya. Tu sebab awak cari pengganti saya. Tak payah susah. Dura kan ada. Menawarkan diri untuk service awak" tuduhku.

"Nita. Apa cakap macam tu. Guna minda waras. Jangan ikutkan emosi tu" suara Azril sudah sedikit meninggi.

"Saya guna minda waraslah ni. Orang gila pun tahu maksudnya bila awak balik dengan perempuan lain. Kalau pun dah terlalu jijik dengan saya, lepaskan saya. Jangan buat hati saya sakit. Jangan buat saya macam ni" Aku sudah mula hendak menangis. Aku lihat mata dia merah.

"Awak tenangkan diri awak. Banyakkan beristighfar. Saya keluar dulu. Umar, jom ikut Ayah. Ibu perlu waktu sendiri untuk kembali berfikir dengan waras" Dia menarik Umar Khalif untuk mengikutnya.

"Jangan ambil Umar dari saya. Kalau awak tak mahu saya, lepaskan saya tapi Umar tetap anak saya bukan anak awak" Kataku sambil menarik tangan Umar Khalif.

"Umar pun rasa ibu kena muhasabah diri" Kata Umar Khalif dan menarik tangannya dari tanganku. Dia ikut Azril keluar.

Aku menangis sendirian. Semua kebahagiaan aku telah dirampas. Aku fikir tidaklah sampai Azril akan menduakanku. Mungkin dia perlu waktu untuk menerimaku kembali seperti sedia kala tapi bila Dura melawatku bersama dengannya, hatiku jadi sakit. Aku cemburu kerana Dura masih suci sedangkan aku penuh dengan noda.

Kini anakku juga turut dirampas pergi dari aku. Aku teringatkan anak didalam kandunganku. Aku tahu ini anak aku dan Azril tapi tidak Azril. Pasti kalau dia tahu aku hamil, dia akan ingat anak ini hasil dari hubungan haram itu. Hubungan yang tidak aku redhai.

Aku mendapat berita kehamilanku pada hari kejadian.

Pagi itu aku berasa tidak sedap badan. Mulanya aku biarkan. Aku anggap cuma rasa tak selesa. Bila aku mula sakit kepala dan muntah, aku rehat. Aku fikir hari ni mungkin Azril sudah pulang. Kalau teruk nanti boleh pergi dengan Azril.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now