BAB 22

10.6K 322 13
                                    

                 

"Zahiyanita, bangun. Kita dah lajak subuh dah ni" Kejut Azril. Aku buka mata. Hari sudah siang.

"Pukul berapa ni?" Tanyaku.

"Pukul 8. Cepat bangun" Katanya.

Aku minta diangkat. Terasa kemalasan untuk bangun. Dia angkat tangannya. Aku faham dia dalam wuduk.

Aku ke bilik air dan mengosok gigi serta berwuduk. Cukup dulu buat sementara kerana nak kejarkan solat Subuh yang sudah terlewat. Gara-gara tertidur selepas solat malam tadi.

Sewaktu aku keluar bilik air, Azril sudah selesai menunaikan Solat Subuh. Dia suruh aku cepat supaya boleh buat solat Dhuha berjemaah.

"Wifey masak American breakfast hari ni. Teringin pula" pintanya selepas selesai urusan makhluk kepada Penciptanya.

Aku angguk dan melipat telekung dan sejadah yang aku gunakan. Dia masih diatas tikar sejadah. Mahu membaca yassin atau matsurat. Aku tak tahu sebab buku yang dipegang mempunyai keduanya.

Sedang aku masak, aku dengar bunyi tapak kaki menghampiriku. Dia memelukku dari belakang. Dagunya diletakkan dibahuku. Aku dengar dia menyebut beberapa nama Allah berulang kali sambil mengusap perutku. Aku biarkan saja. Salah satu usaha yang dia selalu lakukan sejak awal perkahwinan kami.

"Nanti kita pergi rumah Khalida. Lama tak tengok anak susuan kita tu" Katanya. Aku angguk.

Kelly sekarang sudah banyak berubah. Dia pun sudah hampir sebulan berkahwin dengan seorang lelaki yang baik budi pekerti yang menerima Kelly seadanya. Aku sangat bersyukur.

Selepas malam yang dia memberitahu aku tentang kehamilannya itu, dia terus berubah. Allah kalau nak turunkan hidayahnya pada bila-bila masa.

Hanya kerana dia terdengar aku menangis. Hanya kerana dia nampak aku dipeluk Azril. Hanya kerana dia nampak aku dan Azril berjemaah. Dia berubah. Berubah menjadi Muslimah.

Alhamdulillah.

Anaknya pula sudah menjadi anak susuanku. Cadangan Azril supaya aku membuat rawatan hormone untuk keluarkan susu dari badan telah aku setujui setelah beberapa kali Kelly memujukku.

Aku mula mengambil pil hormone seperti yang disarankan oleh doctor sewaktu usia kandungan Kelly sudah mencecah 9 bulan. Kelly pun dijaga oleh mama sewaktu dalam tempoh berpantang.

"Nanti pesan dekat Kelly jangan susukan anak kita tu. Biar Wifey dapat susukan. Saya suka tengok wifey susukan Umar" kata Azril sambil mengenyitkan matanya. Aku senyum padanya dan mengangguk.

"Ini kenapa tak nak bercakap ni?" Tanyanya.

Aku angkat bahu.

Entah kenapa aku rasa malas nak bercakap. Maka, aku biarkan pertanyaan dia tu tanpa jawapan sebab aku sendiri tiada jawapannya.

Selesai sarapan pagi tu, aku menghantar pesanan ringkas pada Kelly. Memberitahunya kehadiran kami dan menyampaikan pesanan Azril.

Aku duduk di meja tengah. Ruang kerja kami. Azril duduk dikerusinya. Dihadapanku. Aku kusyuk melakukan kerja harianku. Aku sedar dia sedang merenung aku tapi aku biarkan saja. Aku tidak dalam mood yang betul.

Namun, rimas juga rasanya bila asyik ditenung begitu. Tumpuan yang cuba ku berikan pada kerja tergugat. Aku ambil pen dan mengetuknya dimeja untuk buatkan tumpuannya beralih pada pen yang berada ditanganku tapi tak berjaya. Matanya asyik memandangku.

"Dah tak ada kerja, pergi tengok TV ke. Main X-Box ke. Tak pun pergi mandi" Kataku tanpa mengangkat wajahku.

Dia diam tapi aku tahu pandangannya tidak beralih. Aku angkat wajahku dan mengalihkan pandangan padanya. Aku tarik nafas dalam.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now