BAB 40 : Azril

7.1K 389 22
                                    




Segala urusan di SYABAS dan Tenaga Nasional Berhad sudah selesai. Aku berjabat tangan dengan Halim sebelum kami berpisah. Bila fikirkan kembali, Allah itu jadikan sesuatu pasti tepat pada masanya.

Halim nak jual rumahnya itu. Aku kesian padanya, tawar diri untuk membeli. Niat asal cuma hendak tolong walaupun aku gusar bank tak lepaskan pinjaman aku. Namun, atas niat yang baik, alhamdulillah, urusan di bank lancar. Dan kini, rumah ini betul-betul menolongku.

"Kita pergi TM. Daftar line. Karang kalau tak ada internet, mati kejung pula wifey" Usikku.

Nita ketawa.

Masa nak beritahu Nita keputusanku, risau juga penerimaannya. Aku tahu dia sangat sukakan rumah kami itu. Rumah yang aku hadiahkan sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjadi isteriku.

"Tau tak apa" Balas Nita.

Aku senyum.

Aku sebenarnya berat hati nak pindah. Aku sukakan rumah yang kami tinggal sekarang ni. Aku suka suasananya. Lagipun, rumah ini terlalu banyak kenangan kami bersama. Suka duka. Tangis dan tawa. Semuanya. Namun, keselamatan Nita dan kesejahteraan rumahtangga kami adalah keutamaanku. Aku kena tepis perasaan ini.

"Habis tu hubby, rumah kita sekarang ni nak sewa ke?" Tiba-tiba Nita bertanya.

Tak mungkin aku bagi orang tinggal dirumah ini. Rumah yang terlalu banyak simpan rahsia kami. Rumah ini terlalu istimewa. Aku tertarik untuk beli rumah itu saat pertama kali melihat plan lantainya. Aku merayu pada Ayah untuk membelikan aku rumah ini. Aku pujuk Nenda untuk minta Ayah belikan aku rumah ini. Aku minta Bonda pujuk Ayah belikan aku rumah ini.

Masa tu aku masih didalam pengajian di Akedemik Penerbangan. Masih belum mampu dan masih belum layak untuk membeli rumah. Bila aku sudah mampu, aku ambil alih untuk urusan pembayaran. Selepas setahun perkahwinan aku dan Nita, aku tukarkan rumah ini atas nama Nita.

"Wifey nak sewakan ke?" Aku bertanya kembali. Saja nak dengar jawapan dia.

"Tak nak. Rumah ni rumah kita. Rumah ni special. Kita mengenali satu sama lain disini. Kita hidup bersama disini. Semuanya bermula disini" Kata Nita.

Aku senyum.

"Then, takkan nak biar rumah tu terbiar?" Sengaja aku buat dia berfikir lagi.

"Kita bukan nak duduk rumah tu selamanya. Sampai kes Fayas ni selesai sajakan? Lepas tu kita balik sini balik. Sebenarnya, wifey tak rasa selesa lah dengan kawasan tu. Tak tahu kenapa" Nita meluahkan rasa hatinya.

Sama denganku. Aku juga tak tahu kenapa aku tak rasa selesa disitu. Walaupun belum duduk lagi disitu tapi perasaan melawat pun sudah tidak rasa selesa apatah lagi bila sudah duduk. Namun, semuanya perlu ditepis. Kami perlu untuk ambil langkah berjaga-jaga.

"Nak kata Feng sui tak baik, punyalah ramai orang cina dekat situ. Almost kot yang tinggal situ cina" Sambung Nita.

"Ada ke percaya benda macam tu. Khurafat tau" Tegurku.

"Main-main saja"

Nita sengih menunjukkan giginya yang tidak tersusun rapi. Jangan kata tak cantik, ia nampak unik dimataku.

"Tapi hubby. Bagus juga ada rumah yang ada bilik ni. Tak adalah budak-budak tu datang dan tidur kat ruang tamu. Dorang dah ada bilik. Nanti bila Umar dah duduk dengan kita, yang lelaki boleh kongsi bilik dengan Umar. Yang perempuan bilik asing. Maklumlah, kita sekarang dah ada anak dara. Tak manis tidur bersama lagi walaupun dia orang tak kisah" Sambung Nita.

Aku angguk.

Benar. Mawar dan Aisyah sudah anak dara. Damia pun tak lama lagi nak jadi anak dara juga. Ayush dan Zil entah bila.

"Hubby kan sampai sekarang tak faham sesuatu. Kenapa adik Zil tak nak ikut kita?" Luahku.

Aku memang hairan satu benda tu. Kenapa Ana Farisha tak ikut kami seperti abangnya.

"Tak payah tamak anak orang" Selamba saja Nita menjawab tapi bahasanya sinis.

Aku yakin ada yang tak kena. Aku biarkan saja. Nita, kan. Jangan ditanya. Dia sendiri akan cerita nanti.

"Hubby, jom pi makan kat Seoul Garden" Usul Nita dengan gaya manja macam tu.

"Nak makan steamboat baik pergi senawang. Lagi banyak pilihan" Saja usik.

"Tak nak lah. Kita pergi Seoul Garden lah. Tak berapa ramai orang. Privacy sikit" Nita memujukku.

Aku suka bila dia manja begini. Memujuk rayuku. Hatiku senang seolah semua masalah tiada. Itu belum rasa lagi diri ini macam hebat sebab boleh buat seorang Zahiyanita merayu. Dan terasa diri ini sangat penting bila dipujuk begitu.

"Nak privacy duduk rumah saja. kita buat steamboat kat rumah" Masih lagi mengusik.

"Please" Nita mencantumkan kedua tangannya merayu.

Aku senyum.

"Senyum tu setujulah tu. Hooray!" Nita sudah meraikan kegembiraannya.

"La, tak kata apa pun" Aku tak boleh tahan dari gelak.

Melihat dia berperangai seperti kebudak-budakan. Rasa dia terlalu comel. Orang dewasa bila buat perangai macam budak, memang lawak.

"Eleh, nak menyakatlah tu. Macam lah wifey baru kenal hubby setahun lepas" Dia pula menyakat aku kembali. Aku ketawa halus.

"Yalah. Dengan syarat. Lepas ni kena rajin menghafaz Al-Quran" Kataku.

Tiba-tiba terlintas perkara itu. Nita memang liat nak menghafaz ayat Al-Quran. Kadang tu naik juga angin aku bila dia buat muka tak tahu. Kalau ajak mengaji tu senang saja. tapi bila suruh menghafaz rasanya budak lagi senang disuruh.

"Apa hubby buat syarat macam Nita budak kecil ni" Dia menarik muncungnya. Tak sedar yang dia memang sedang membuat perangai keanak-anakkan.

"Dah dia pun tarik muncung macam budak hingusan tak dapat ais krim tu. Tak sedar" Balasku.

Aku senyum saja.

"Yalah. Yalah. Janji lepas ni rajin buat hafazan" Terus Nita berjanji.

Aku tarik nafas lega. Kalau Nita janji maknanya dia buat. Itu aku tahu. Sangat tahu tentang isteriku ini.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now