Seperti kebiasaan aku apabila Nita masuk ke hospital. Aku bersiap seawal pagi. Aku gerakkan Umar Khalif juga pagi itu. Aku bersiap. Selepas solat subuh terus aku memandu ke hospital.
Untung berada di hospital swasta. Aku boleh masuk sesuka hatiku walaupun mereka punya waktu melawat. Nurse disitu seakan sudah faham dengan kebiasaanku bila Nita dihospital. Cuma kali ini kebiasaan itu berubah jadi kejanggalan. Selalu walaupun risau akan Nita, aku masih mampu tersenyum dan menegur sapa jururawat bertugas tapi hari ini wajahku tanpa riak.
"Ayah, ibu sakit lagi ke?" Tanya Umar Khalif.
Aku angkat dia dan dudukkannya dikaki Nita.
"Iya" Jawabku sepatah.
Nita masih belum sedar. Kata jururawat tadi, mereka berikan lagi ubat penenang pada Nita. Mungkin lagi 2 ke 3 jam baru Nita akan sedar semula.
"Umar lapar ke?" Tanyaku.
Aku baru sedar sesuatu. Aku dan Umar tidak makan apa pun dari petang semalam. Umar Khalif mengeleng.
"Umar nak jaga ibu" Ujarnya.
Aku usap kepalanya.
"Tapi Umar kena makan juga. Kalau tidak, macam mana nak ada tenaga untuk jaga ibu" Aku memujuknya tapi sebenarnya lebih pada memujuk diriku sendiri.
Melihat Nita dalam keadaan begitu, hatiku runtum. Air mukanya tidak ceria. Air mukanya duka. Ya, aku juga. Dia kekuatanku. Bila dia jadi begini, bagaimana aku?
"Hubby dan Umar sayang wifey sangat-sangat. Kami pergi makan dulu supaya kami ada tenaga untuk berikan juga pada wifey" Bisikku ditelinganya.
"Ibu, Umar sayang ibu. Umar pergi makan dengan Ayah dulu. Ayah tak makan dari semalam. Nanti Ayah pengsan, siapa nak jaga ibu dengan Umar" Kata Umar Khalif yang juga turut buat perkara yang sama aku lakukan. Dia berbisik ditelinga Nita tapi suaranya dapat aku dengar dengan jelas.
Aku senyum. Ubunnya aku sentuh.
"Jom" Ajakku.
Aku pegang tangan Umar kerana dia sudah bersedia untuk melompat turun dari katil Nita. Aku lihat Nita sedikit tersenyum. Allah, kurniakan dia mimpi yang indah agar dia lupakan mimpu buruk itu.
"Umar nak makan apa?" Aku tanya Umar Khalif bila sudah sampai di kaunter cafeteria. Aku mengambil roti bakar dan milo kosong panas.
"Sama macam Ayah"Jawabku dan aku senyum dengan soalanku sendiri.
Sejak bila Umar Khalif makan lain dari apa yang aku makan. Dia akan makan sama sepertiku. Kalau Nita pesan makanan lain, dia akan makan dari pingganku. Tidak menyentuh apa yang dipesan Nita.
Setelah mengambil pesanan kami, kami duduk di meja kosong disitu. Agak ramai di cafeteria saat itu. Namun, suasana masih juga terasa sunyi. Disitu, orang duduk makan dan pergi. Tiada bersembang seperti di kedai makan. Semua orang risaukan orang yang sedang sakit diatas.
"Umar makan roti bakar saja nanti cepat lapar" Kataku.
"Ayah makan roti bakar saja nanti cepat lapar" Ajuknya.
Aku ketawa. Ada saja keletah dia. Nita kata Umar Khalif sebiji perangai aku. Kegemarannya juga sama denganku.
"Dah sudah?" aku tanyakan Umar Khalif bila aku sudah selesai hirupan airku yang terakhir.
Umar Khalif angguk.
"Jom jumpa ibu" laungnya.
Aku senyum.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...