Tidak tidur aku malam ni. Mujur aku ambil keputusan untuk tidur disini kerana risaukan Azril. Hati aku masih ragu dengan penerimaan Azril. Walau nampak seperti dia terima aku semula dengan ikhlas tapi keraguan itu masih timbul.
'Mungkin kerana dia sedang sakit.' Cepat saja aku singkirkan fikiran negatif itu.
Benar kata orang, keraguan itu perosak sebuah perhubungan. Yang telah menhancurkan banyak hati. Keraguan datang dek kerana perasaan tidak selamat macam yang aku rasa.
Aku rasa tidak selamat kerana aku tidak percaya lagi bahawa cinta Azril untuk aku seorang. Kerana itu aku mengambil langkah berhati-hati agar aku tidak disakiti sehingga melukakan perasaannya dan meletakkan hubungan kami retak. Kerana keraguan itulah aku kehilangannya lebih dua bulan.
Namun, keinsafan ini juga mengembalikan aku kepadanya. Jadi perlukah aku meragui keikhlasannya menerima aku semula. Memaafkan aku.
Aku kena yakin. Buang ragu-ragu itu jauh-jauh. Seandainya Azril sihat, aku yakin sepenuh hati dia akan terima aku seperti sediakala kerana dia mencintai aku kerana Allah. Itu keyakinan yang aku pegang sewaktu menerimanya sebagai suami. Sepatutnya keyakinan itu aku pegang sehingga mati.
“Nita” Panggil Azril.Aku yang sedang memeluknya menyahut. Terus saja dia bangun dan muntah didalam baldi yang aku letak ditepi katil. Muntah lagi. Aku bangun dari baringku. Mengusap belakangnya. Menepuk sedikit. Bila dia sudah baring, aku ambil tisu dan mengelap mulutnya.
“Hubby, kita pergi hospital” Pujukku untuk kesekian kalinya.Azril memang terkenal dengan degilnya dengan hospital. Kalau aku senang saja dia masukkan. Cuba kalau saat dia sakit, jangan harap dia nak pergi.
Dia geleng.
Sama saja jawapannya. Tak nak pergi apanya. Dengan batuk. Selesema. Muntah lagi. Masih tak nak pergi. Demam panas. Tidur meracau entah apa-apa.
Aku bangun dari katil. Dia tarik tangan aku. Aku pandang dia. Dia geleng. Sebelah tangannya menepuk tempat aku baring tadi. Aku tarik nafas dalam. aku ikutkan. Kembali baring disebelahnya.
“Esok kalau tak elok baru pergi hospital” Putusnya dan menarik aku dekat dengannya. Dikucupnya ubunku.Aku angguk.
Dia batuk. Aku usap dadanya. Vick yang aku jumpa dibilik Umar Khalif sewaktu menidurkan adik-beradik itu aku ambil. Aku letakkan didada, leher dan hidungnya. Kain basahan yang sudah jatuh ke bantal aku ambil. Aku letak didalam air yang masih sejuk dan aku perah. aku letakkan semula dikepalanya.
“Terima kasih” dan dia memejamkan matanya.Aku menyelesakan diriku untuk tidur.
Entah kenapa tekak aku terasa perit dan nafasku juga sebenarnya sudah terasa bahang. Aku tahu aku sudah kena jangkitan Azril tapi aku bertahan kerana Azril lebih teruk.
Aku pejamkan mata. Baru saja aku hendak melayang, Azril batuk. Aku usap dadanya lagi. Dia kembali tidur. Aku baring kembali ke lengannya. Aku tarik lengannya yang terletak dipinggangku ke dadaku. Aku genggam erat tangannya. Aku betulkan selimut yang menyelimuti kami dan aku pejamkan semula mataku.
“Wifey bangun. Wifey demam ni” Aku terjaga dari lenaku. Aku lihat Azril batuk.
“Wifey tak apa-apa” Nafiku dalam keperitan tekak. Aku terus bangun. Aku hendak mengambil air untuknya memandangkan gelas berisi air sudah kosong. Tapi entah mana silapnya aku terjatuh kembali keatas katil.
Dalam keadaan Azril yang tidak sihat, bersusah payah dia membantu aku bangun dan menarik aku supaya terus berbaring disisinya.
“Umar” Dalam kepayahan mengeluarkan suara, dia menjerit memanggil Umar Khalif.
“Umar tidur lagi” Kataku.
Dia bangun. Perlahan dan lesu.Aku menahannya. Aku suruh dia tetap baring.
Dia berdegil. Katanya mahu panggil Umar Khalif dan dia juga harus solat subuh. Dia terus berdiri dalam kepayahan. Batuknya buatkan dia rasa lebih payah untuk bangun. Saat itu pintu diketuk.
“Ayah panggil Umar ke tadi?” Umar Khalif menjengah.Azril angguk. Dia melambai Umar Khalif kearahnya. Dia minta bantuan Umar Khalif untuk membawanya berwuduk. Umar Khalif memimpin Azril ke bilik air.
Subuh kali ini pertama kali Umar Khalif menjadi imam. Azril menyuruhnya menjadi imam kerana dia tak mampu untuk berdiri. Dia dalam keadaan uzur. Hampir menitis air mataku melihat keadaan itu. Usai solat, Umar Khalif juga membaca doa yang selalu dibaca oleh Azril.
Terima kasih, ya Allah. Kurniakan anak yang menyenangkan hati kami. Khalida, damailah engkau disana menerima doa anakmu.
“Umar, ibu pun demam. Umar jaga adik-adik ya. tolong Ayah telefon Nenda” Itu saja kata-kata Azril. Dia kembali ke katil dan baring semula.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...