Siapa kata aku tak risaukan keselamatan Nita? Aku risau. Kalau boleh aku nak melangkau tanah matahari terbit ini saat Nita beritahu Fayas datang ke rumah. Kalaulah doremon itu wujud, aku sanggup merayu untuk meminta pintu serbaguna agar aku boleh terus sampai ke rumah.
Aku masih lagi boleh bersabar bila dia asyik mengacau Nita dengan panggilan telefonnya. Datang ke rumah itu sangat melampau. Sangat melampau. Saat itu aku rasa hendak bunuh saja lelaki itu.
Andai saja membunuh itu bukan kesalahan, sudah lama aku bunuh Fayas. Namun, aku punya iman yang menghalang aku dari mengikut kata hatiku. Allah masih pinjamkan aku kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Esok pagi barulah penerbangan aku balik ke Malaysia. Sementara itu aku kena fikirkan apa yang perlu aku lakukan kini. Tidak mungkin aku biarkan saja perkara ini begitu saja. Perkara ini tidak boleh buat diam. Tindakan drastic wajib diambil.
Tapi apa?
Tiba-tiba aku teringat rumah yang aku beli dari Halim. Rumah itu sedia untuk duduk. Rumah itu aku beli tanpa sengaja. Sekadar ingin menolong seorang kawan lama yang dalam kesusahan.
Halim ingin menjual rumahnya di Seri Kembangan kerana anaknya perlukan wang untuk pembedahan. Sebuah rumah flat kos sederhana mewah itu aku rasa cukup selesa untuk aku tinggal dengan Nita. Mungkin tidak secantik rumah kami sekarang tapi boleh untuk menjaga keselamatan kami.
Yang buat aku hairan. Macam mana Fayas boleh lepas naik ke atas? Sedangkan namanya tiada dalam senarai orang yang dibenarkan masuk. Mana pengawal keselamatan yang selalu bertugas dipagar masuk kawasan apartment kami?
Ada satu nama saja yang kami benarkan naik tanpa perlu telefon minta izin kami. Khalida. Nama itu kami beri pada pihak keselamatan kerana tak mahu Khalida rasa susah untuk ke rumah kami bila dia perlukan kami.
Bonda dan Mama ada kad mereka sendiri untuk masuk ke kawasan apartmen. Aku berikan pada mereka seandainya ada apa-apa berlaku pada Nita sewaktu aku tiada dibumi Malaysia.
"Bonda, boleh tolong Azril?" aku putus untuk menelefon Bonda.
"Apa dia?" Tanya Bonda lembut.
"Tolong teman Nita sampai esok. Esok petang baru Azril sampai KL. Semenatara Azril nak sampai boleh tolong temankan dia?" Pintaku.
Aku perlu minta seseorang untuk sentiasa ada bersama Nita. Minta tolong Khalida adalah sesuatu yang tidak mungkin kerana dia sendiri punya suami untuk diuruskan. Takkan nak suruh suaminya temankan sama. Kekok pula Nita. Sudahlah rumah itu tidak berbilik. Mana pula mereka hendak tidur?
Mama pun tak mungkin. Nanti bising Zira kena hantar Mama ke rumah kami. Bonda adalah pilihan terbaik. Lagipun, Nita tak suka mama tahu apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga kami. Katanya, mama ada banyak masalah nak difikirkan. Tentang Zira, Zura dan Zahran.
"Kenapa? Nita migraine ke?" Suara Bonda risau.
"Bukan" dan aku ceritakan tentang Fayas yang sudah berani datang ke rumah.
"Allahuakhbar. Sabar, nak. Baiklah. Kejap lagi Bonda ajak Ayah kesana" Bonda memberikan persetujuan.
"Terima kasih, Bonda" Aku mematikan talian telefon.
Buat sementara ini, itu saja yang mampu aku buat untuk melindungi dia.
"Allah, tolong lindungi dia. Jauhi kami dari fitnah dunia" Doaku. Dia tempat aku bergantung harap sepenuhnya.
Nanti Bonda datang teman wifey
Aku memaklumkan kepada Nita melalui pesanan whatapp.
Kenapa nak susahkan Bonda? kesian Bonda.
Tak apa. Bonda yang setuju.
Hubby cerita dekat Bonda?
Yup.
"Assalamualaikum, Halim. Azril ni" Aku memberi salam.
Aku terus menelefon Halim setelah memaklumkan kepada Nita tentang kehadiran Bonda. Aku tak nampak kenapa aku kena tangguhkan perkara ini. Perkara yang melibatkan keselamatan isteriku.
"Waalaikumsalam. Ya Azril" Halim menjawab salamku.
"Anak kau macam mana?" aku berbasa basi dulu sebelum ke tujuan asal aku menelefon.
"Alhamdulillah. Operation dah selamat. Tinggal untuk rawatan susulan. Harap tiada apa lepas ni. Sihat hendaknya" Katanya.
Suaranya lirih. Kesedihan seorang bapa. Walau aku belum pernah jadi seorang bapa dalam kata sebenar tapi aku faham perasaan dia. Masa Mawar jatuh sehingga terkoyak dahinya hari tu pun aku dah gelabah inikan pula anak ada tumor.
"Amin. Aku doakan pun macam tu" Aku aminkan doanya.
"Kau dah nak ambil kunci ke Azril?" Halim seakan tahu tujuanku.
"Itulah. Hari tu aku tengok rumah kau tu dah fully furnish. Kau nak ambil ke macam mana?" Aku bertanya kerana aku beli rumah saja bukan barang didalamnya.
"Kau ambil sajalah. Lagipun bukan fully furnish pun. Itu semua barang lama aku sebelum pindah ke rumah sekarang ni. Kalau ambil pun aku tak tahu nak letak mana" Katanya.
"Tapi aku tengok elok saja barang-barang dalam rumah tu. Seganlah aku macam ni. Kot kau nak ambil untuk jualkannya" Aku masih rasa tak sedap hati.
"Atau aku beli saja pada kau" Aku membuka tawaran. Aku tak mahu dikata ambil kesempatan.
"Tak payah, Azril. Aku bagi ikhlas. Kau dah tolong aku banyak sangat dah ni. Lagipun, bagus apa barang dah penuh. Boleh kau sewa lebih sikit" Kata Halim.
"Aku ingat nak duduk situlah, Halim. Saja ubah angin" Beritahuku.
"Owh. Kau nak ambil kunci bila?" Tanya Halim.
"Aku sekarang dekat Osaka. Aku balik esok. Lusalah aku ambil kunci dari kau" Putusku.
"Kalau macam tu, aku kemaskan rumah untuk kau. Kau nak tambah apa-apa tak? Aircond ke?" Tanyanya.
Aku gelak.
"Sempat kau cross selling dengan aku ya" Kataku.
Halim sama gelak.
Halim membuka perniagaan memasang alat penghawa dingin. Katanya baru hendak hidup selesa dengan perniagaannya itu, Allah uji dengan kesihatan anaknya yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
"Boleh, Halim. Nanti kau tolong pasangkan untuk master bedroom dan ruang tamu. Yang lain tak apalah aku uruskan. Air dengan elektrik nanti kita pergi tukar nama sesamalah ya" Aku putuskan. Sambil itu boleh juga membantu Halim dalam perniagaannya.
"Boleh" Kata Halim.
Aku lega. Selesai satu urusan. Lepas ni tinggal nak minta persetujuan Nita. Aku tak mahu Nita kata aku membelakangkan dia dalam membuat keputusan.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...