Sudah 2 hari aku sampai Malaysia. Telefon bimbitku masih dimatikan walaupun hati ini berkali-kali suruh buka. Aku keraskan hati.
Namun, pagi ini aku buka juga. Bertalu mesej masuk beritahu panggilan tidak dijawab dari nombor telefon Nita, Bonda dan Umar Khalif. Aku biarkan. Aku buka aplikasi whatapp yang juga banyak terima pesanan masuk.
Banyaknya dari group. Aku biarkan. Aku lihat juga ada yang dari Nita. Pun aku biarkan. Aku tahu semua itu adalah permohonan maaf darinya. Kejap.
Wifey
Ayah, ibu kat hospital
Pesanan dibawah nama Nita itu menarik perhatianku. Segera aku buka dan membaca apa yang berlaku. Aku scroll ke atas sedikit.
Ayah, ibu pengsan.
Nak buat macam mana ni
Ayah, tak dapat call Ayah
Ayah, Nenda dgn Tok Ayah dah call ambulance bawa ibu ke hospital
Ayah kat mana?
Ayah ibu dekat hospital.
Ayah, ibu cari Ayah. Ibu panggil Ayah.
Ayah, ibu kat hospital
Segera aku mendail nombor Nita tapi tidak berangkat. Aku dail nombor Umar Khalif. Lama aku tunggu panggilan berjawab. Namun tiada jawapan. Kali ketiga aku telefon baru panggilan berjawab.
“Ibu tak bagi Umar jawab telefon. Ini Umar menyorok” Bisik Umar Khalif.
Tahulah aku Nita sudah sedar. Mungkin sedang marah atau merajuk sehingga tidak bagi Umar Khalif menjawab panggilan telefonku.
“Ibu dah boleh keluar hari ni” Umar Khalif melaporkan tanpa aku tanya.
“Siapa uruskan ibu discharge?” Tapi belum sempat aku habis cakap talian sudah dimatikan.
Segera aku bersiap untuk ke hospital. Duduk rumah sendiri tak perlu nak daftar masuk or daftar keluar. Masa merajuk sebulan lebih tu kenapa tak terfikir nak duduk disini. Kalau Nita tahu pasti dia kata aku membazir.
“Kalau time ni dah tau boleh discharge. Maknanya kejap lagi semua prosedure dah boleh buat. Lepas tu dah boleh balik. Kalau pergi hospital, mesti mereka dah balik. Untung kalau sempat sampai. Baik balik ke rumah. Tunggu di rumah saja” Putusku selepas melihat jam sudah hampir jam 11.45 pagi. Dengan keadaan jalan sesak ni.
Sebenarnya rumah kami tak adalah jauh dengan hospital. Boleh saja nak menjengah tengok sama ada mereka masih disitu atau sudah pulang. Cuma tak nak bazir masa. Lagipun aku pun tak tahu dia duduk bilik mana.
Kenapa yang aku susah hati? Bukankah Nita sudah sedar?
Mestilah susah hati. Isteri aku.
Kau kan sedang merajuk. Dia tak pujuk pun. Kau pula nak pergi menghadap dia.
Sudah. Perasaan aku sedang berperang. Nak balik rumah Nita atau patah balik. Teruskan merajuk. Orang merajukkan minta dipujuk.
Patutlah kau balik rumah di Seri Kembangan. Nak minta dipujuk?
Aku senyum.
Aku singgah di Petronas dan membeli makanan kudapan. Tak ada benda nak buat dirumah itu. Kudapan ini boleh juga buat hilangkan bosan.
Umar Khalif
Ayah, ibu tak jadi keluar hospital
Ibu kata dekat nurse ibu nak tunggu Ayah
Aku pukul dahi.
Aduh. Ini akulah yang kena pujuk dia ni.
Aku duduk lama dalam kereta. Berfikir sama ada aku patut pergi atau tidak. Aku tahu satu perkara, Nita sihat. Sekarang ni dia nak perhatian aku.
Wifey
Wifey tunggu hubby ambil di hospital.
Aku baca mesej dari whatapp yang dikirim oleh Nita sendiri. Entah kenapa hati aku bukan dipujuk tapi makin membara.Mengada-ngada.
Hubby sibuk.
Uruskan diri sendiri baik-baik.
Kejamkah?
Perbuatan Nita pada aku dan anak-anak lebih kejam. Dia keguguran juga kerana terlalu tertekan dengan keadaannya. Dia yang menekan dirinya sendiri. Dia yang tidak menjaga dirinya sebaik mungkin. Kemudian dia meletakkan semua kesalahan itu dibahu aku. Menghukum aku. Menjauhkan dirinya dariku. Berkata kasar denganku.
Aku bukan mengungkit tapi membangkitkan rasa hati. Empat bulan aku bersabar dengan keadaannya. Cuba terima sebagai pemulihan. Tapi bila dia menuduhku berzina, pada aku itu sudah melampau. Aku boleh tahan dengan segala kekasarannya tapi tidak dengan tuduhan seberat itu.
Dia isteriku. Seharusnya dia lebih mengenali diriku. Percayakan aku bukan menuduh aku yang bukan-bukan. Entah kemana kepercayaannya selama ini dicampakkan selepas peristiwa hitam itu.
Tok tok
Aku lihat orang ketuk tingkap keretaku. Dura. Aku turunkan tingkap kereta. Dura membongkokkan badannya untuk bercakap denganku.
“Can we talk?” Kata Dura.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...