Hari ini kelas aku yang bermula petang telah dibatalkan. Aku malas nak ambil tahu kenapa. Dah dibatalkan. Sudah. Tak perlu nak ambil tahu sebab. Tentunya hari ini aku dan rakan sekelas gembira. Tak perlu ke kelas. Boleh melepak seharian.
Abah sedang bersarapan saat aku keluar dari bilik. Mama sedang melayan Abah seperti biasa. Abah beruntung mempunyai Mama sebagai isteri. Makan pakainya dijaga sepenuhnya oleh mama. Makan berhidang. Stoking dipakaikan. Mampukah aku menjadi seperti mama?
"Abah dan mama nak keluar kejap lagi. Kau kelas petang kan? Nanti kunci pintu elok-elok. Mama dan Abah balik lambat sikit. Nak bincang dengan orang nak masak nanti" Kata Mama.
Kahwin. Aku mengeluh lagi. Aku tahu majlis persandingan aku nanti buat dirumah ni. Abah yang cadangkan agar buat sekali untuk menjimatkan kos. Kata Abah, lepas kahwin nanti lagi banyak nak kena guna duit. Namun, dari cara bonda dan Azril semalam aku rasa wang bukan masalah untuk mereka. Aku rasa mereka orang berada.
"Abah, kenapa Abah tak minta tempoh pun masa mereka datang merisik Nita?" Entah kenapa aku rasa Abah ada jawapan. Semalam, aku mimpi Abah tersenyum saja. Aku mimpi dia juga.
"Sebab sebelum mereka datang merisik, Abah mimpi kamu gembira disamping suami kamu. Masa tu memang tak nampak muka suami kamu. Tapi Abah yakin sesiapa yang pinang kamu, itulah orang yang boleh membahagiakan kamu" Jawab Abah. Yakin. Senyum.
Ya Allah, begitu mudah Kau menunjukkan petunjuk-Mu. Semudah itu. Hanya dengan mimpi, aku dijodohkan dengan Azril. Benarkah Ya Allah dia jodohku? Benarkah dia yang boleh membahagiakanku?
Sebak pun ada saat itu. Jiwa aku makin rapuh sekarang ni. Entah kenapa aku sangat kagum dengan perancangan Allah. Aku tahu, Azril memilih aku setelah bertanya pada Allah dengan Istikharahnya. Aku kini tahu Abah setuju dengan lamaran tersebut kerana mimpinya itu. Aku? Aku mimpi abah dan dia. Jadi apa lagi jawapan yang aku inginkan? Bukankah itu terang lagi bersuluh yang Allah telah menjawab persoalanku.
Okey. Mungkin benar dia jodoh aku tapi takkan secepat ini? Aku tak kenal dia. Dia pun tak kenal aku.
Nita, bukankah tempoh bertunang itu adalah tempoh untuk saling mengenali pasangan?
Haah. Betul. Tempoh bertunang ini adalah tempoh untuk berkenalan. Aku baru kenal dia. Dan aku dah rasa macam tak boleh hidup dengan dia. Dia mengongkong. Dia tak boleh bawa berbincang. Dia salah guna kuasa.
Kau tak kenal dia lagi. Baru beberapa kali berjumpa kau dah judge dia macam-macam. Yang negative. Kalau dia buat kau rimas, kenapa apa yang dia cakap semua tak ada bantahan dari kau? Bukan kau jenis manusia yang membangkang ke? Kenapa kau tak membangkang? Kenapa kau terima dengan redha?
Itu yang aku pelik tentang diri aku. Sejak bila aku jadi orang yang menurut perintah? Rasanya dengan Abah saja aku buat perangai macam tu. Bukan dengan orang lain. Aku dah kenapa?
Stress lah. Nak tidur.
TIz
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...