BAB 21

10.7K 328 17
                                    

                 

Seronok buat kerja online ini. Patutlah ramai sekarang nak jadi suri rumah dengan membuat perniagaan online. Walaupun bukan perniagaan aku tapi bila tengok Private Massage (PM) yang menderu masuk ke setiap page yang aku uruskan buatkan aku sangat teruja.

Namun, bukan semua terima PM menderu tu adalah pesanan. Ada yang sekadar ingin bertanya tentang barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Tak kurang juga yang promosikan barangan dan perkhidamatan mereka. Macam-macam ada.

Aku kini dah menguruskan 7 perniagaan di Facebook. Kerja aku cuma membuat posting dan iklan. Ada yang memerlukan untuk aku menjawab PM dari pelanggan mereka. Yang ni aku kenakan bayaran lebih sikit sebab yang ini memerlukan aku untuk sentiasa peka.

Ini semua jasa Kak Saniah yang membuat promosi untuk aku. Itu pun banyak yang aku tolak. Kemampuan aku hanya untuk 7 page saja kerana ayat posting itu aku perlu fikirkan sendiri dan sehari aku perlu post lima kali untuk setiap page. Pengsan mak jemah nak buat banyak-banyak.

Nak ambil pekerja macam kelakar pula rasanya. Lagipun berapa aku nak bayar gaji mereka sedangkan aku ambil ini pun sekadar isi masa lapang aku. Sekadar nak membantu peniaga yang tiada masa untuk buat kerja-kerja promosi secara atas talian.

Sebulan aku dapat RM10,000 belum tolak kos iklan, internat, kos telefon, eletrik dan kos aku pergi tambah ilmu tentang pemasaran di Facebook. Kat situ saja dah telan kos lebih kurang RM5000 ke RM6000 sebulan. Mana nak upah pekerja lagi. Tunggulah bila terbuka hati nanti.

Alhamdulillah, mulanya aku buat tanpa pengetahuan Azril tapi kini Azril pun dah tahu dan dia tak kisah. Katanya selagi tak mengganggu masa bersamanya. Sayang ketat-ketat pada Encik Hubby aku tu. Selalu baik dengan aku. Sentiasa sokong aku.

Yang paling penting, kerja ni buat aku lupa dengan semua tekanan yang aku terima. Sebenarnya selepas aku berhenti kerja, lagi hebat tekanan yang aku terima sebab aku ada banyak masa untuk kena tembak. Kalau dulu jarang kena tembak dengan Nenda sebab kalau ke rumah bonda pasti dah malam. Waktu berjumpa itu singkat. Lepas tu, tak ada masa nak fikir tembakan Nenda tu sebab dah sibuk dengan hal kerja. Bila dah duduk rumah, ada banyak masa untuk berfikir dan itu buat aku tertekan.

"Wifey, kita beli tanah nak tak?" Cadang Azril sekaligus memecahkan lamunanku. Terlupa pula dia ada dirumah.

"Buat apa?" Tanyaku. Hairan.

"Kita buat rumah. Kalau ada tanah, wifey boleh expand your creativity in interior. Lagipun nanti kita ada tanah lapang. Best apa budak-budak boleh main" Katanya.

"Budak-budak?" Aku seperti ingat sesuatu.

"Ala... habislah wifey kena marah dengan dia orang. Wifey janji hari ni nak ambil dia orang. Dia orang nak tidur sini. Lama katanya tak jumpa kita" Kataku sambil menepuk dahiku.

Aku terus bergegas mengambil kunci kereta dan terus ke pintu. Tudung yang memang ada tersangkut di penyangkut diri di sebelah pintu aku capai.

"Kenapa yang kalut sangat ni?" Azril menahan aku.

"Wifey janji dengan dia orang pagi ni. Ini dah nak tengahari dah ni" Aku risau. Aku tak suka bermain dengan janji walaupun dengan budak kecil.

"Kita pergi bersama" Putusnya dan terus menyarung sweater yang tergantung disitu. 'Pakaian kecemasan' aku lebelkan tempat gantung itu.

"Nenda, bonda" kataku dan Azril serentak. Terkejut kami saat buka saja pintu rumah terpacul muka Nenda dan Bonda.

"Kamu nak kemana ni?" Soal Nenda.

"Ambil budak-budak" Jawabku.

"Nenda nak cakap dengan kamu ni" Beritahu Nenda. Aku membuka pintu pagar dan menjemput Nenda dan Bonda masuk. Kami salam dan mencium tangan mereka berdua.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now