Aku tak boleh nak percaya, aku berkahwin dengan seorang pelajar yang berubah menjadi seorang pekerja biasa sehingga menjadi seorang sangat berjaya sekarang. Pada aku dia sangat berjaya. Bukan sekadar seorang pekerja tapi usahawan yang hebat. Namun, yang paling penting dia seorang isteri yang hebat untuk aku seorang. Hebatnya dia dalam segala hal. Aku tak perlu susah payah bimbing dia atau risaukan dia. Dia tahu hendak uruskan sendiri. Malahan, aku juga diuruskannya dengan cemerlang. Alhamdulillah.
"Kalau macam tu, tak payahlah Encik Hubby kerja. Wifey tanggung Encik Hubby. Im being fully househusband" usikku. Aku masih lagi dengan kerja membuang kulit buah apple. Nita sedang asyik menghidu bau milo panas. Minumnya tidak juga.
"boleh tapi lepas Wifey jual semua aset, wakafkan semuanya pada baitulmal. Lepas tu kita makan batu dengan pasir saja. Hish. Itu sebab wifey tak nak cerita apa-apa dengan Encik Hubby ni. Takut Encik Hubby jadi pemalas. Lupa tanggunghjawab" keluar ayat sarkastiknya. Mukanya masa tu dah gelisah. Aku senyum dan mengelengkan kepalaku.
"Tak kisah. Wifey kan penuh dengan survival spirit. Nanti mesti wifey akan cari cara untuk kita makan nasi dengan ayam masak asam pedas" aku masih terasa nak mengusik.
"Huh. Masa tu wifey biarkan saja. Biar Encik Hubby menjalankan tanggungjawab Encik Hubby. Wifey nak duduk rumah sekadar menanti" Mukanya sudah mula tenang dan kembali tiada perasaan sambil menikmati keharuman bauan coklat. Aku ketawa. Aku tahu dia dah faham yang aku sekadar mengusik.
"Yalah tu. Nanti tau-tau rupanya wifey ada banglo sebiji. Duit berkoyan" kataku.
Cerita beberapa minggu lepas di rumah bonda bersambung pagi ni. Mana aku tak menyakat. Pagi tadi dia buat pengakuan. Katanya 10% saham syarikat Datuk Kamal adalah kepunyaan dia sendiri dan lagi 20% adalah proksi untuk Encik Bahar. Itu belum lagi 15% sahamnya di Maris Sdn Bhd. Katanya saham syarikat macam ni, nilainya adalah bergantung pada kita sendiri berapa mahu jual. Tiada kaitan dengan harga saham di Bursa Malaysia.
Itu belum lagi dia cerita tentang gaji yang dia terima dengan hanya kerja separuh masa atau aku kata pergi kerja bila perlu. Kalau ikut kata Nita, untuk perkhidmatan yang Maris dan Datuk Kamal bayarnya berjumlah hampir sama dengan gaji ku sebulan.
Yang paling aku terkejut, dia sudah punya syarikat yang menjalankan perkhidmatan promosi online. Kerja yang dia buat dulu seorang kini sudah punya pekerja seramai 3 orang. Patutlah sekarang aku jarang melihatnya menghadap laptop. Rupanya dah ada orang tolong buatkan. Pendapatan kasarnya sebulan dua kali ganda gajinya.
Superb wife aku ni.
Dan kali ni aku tahu semua yang dia rahsiakan sebelum ni semua sudah habis diceritakan. Tak payah paksa. Dia sendiri cerita. Dengan penuh kejujuran dan tanpa selindung.
"Beri dia kebebasan. Biarkan dia terbang bebas sebab bila tiba masanya dia sendiri tahu hendak pulang ke sangkarnya" aku menyebut kata-kata abah versi bertukar-tukar perkataan ikut suka hati aku.
"Apa dia?" dia soalku. Hairan.
"Nasihat abah. How to handle Zahiyanita Zainul Ariffin" Kataku. Senyum.
"What ever" dia mengangkat tangan paras kepala, anak mata di naikkan keatas dan bibir diherotkan. Terikut siapalah tu.
Lama keadaan sunyi antara kami. Menikmati hidangan buah epal dan oren dicicah dengan coklat cair. Entah kenapa Nita suka sangat makan buah dengan coklat. Bukan. Nita memang suka makan coklat cair. Kalau boleh dia nak buat chocolate foundue in the fountains kat rumah ni.
"Kira banyaklah duit wifey sampai boleh beli saham syarikat orang" Aku keluarkan penyata tanpa perasaan. Saja nak buang rasa sunyi antara kami.
"Saham kat Maris tu Encik Bahar bagi. Tanda terima kasih kerana setia bersama dia dari Maris tu tak ada apa-apa kepada ada sesuatu yang dibanggakan. Saham dekat syarikat Tuk Kam tu, Tuk Kam jual murah sebab nak dapatkan suntikan modal. Tapi sebenarnya wifey beli cuma 8% saja. Selebihnya Tuk Kam bagi. Tapi jenuh juga nak cari modal RM250,000 untuk beli saham syrikat Tuk Kam tu. Korek sana. Korek sini. Tapi sebab yakin syarikat Tuk Kam ada potensi besar wifey gagahkan juga mencari. Sementara orang tengah jual murah. Bukan apa. Syarikat mereka cuma bermasalah pada barisan pengurusan yang cannot be trusted. Sales dia orang touch RM150,000 a month tau. Average lah. Kadang-kadang lebih dan kadang-kadang kurang. Biasalah meniaga dan dia orang punya barisan loyal customer yang sangat baik. Sebab tu tak kisah korek sana dan sini. So, Encik Hubby. I'm broke right now. Hasilnya hanya akan dituai pada hujung tahun ni" katanya dan membuat muka manis kelip-kelip mata. Aku gelak saja dengan kelakuannya itu. Jenuh juga nak faham bila kita bukan dalam bidang itu.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...