Aku berdandan cantik hari ni. Entah. Terasa nak mencantikkan diri. Malam tadi Azril telefon dan mengatakan akan pulang ke rumah malam ni. Malam Jumaat penuh barokah. Lama sudah Azril tidak balik bertemu muka denganku. Maklumlah, orang sudah beristeri dua. Isterinya pula sudah mengandung. Yang mandul ini ditinggalkannya sendirian.
Aku senyum. Air mata terasa nak keluar. Aku tahan. Habislah solekan aku nanti kalau air mata mengalir. Kalau Azril mungkir janji tak apalah kalau comot. Buatnya dia benar pulang, dah macam puntianak harum sundal malam pula. Aku ketawa sendiri.
Sedang aku mengoles pemerah bibir, aku dengar pintu rumah dibuka. Suara orang memberi salam. Aku jawabnya perlahan. Aku mencepatkan solekanku agar aku dapat menyambut sang suami yang sudah lama tak ku temui.
"Cantiknya wifey" Komennya.
Aku terus berdiri. Dia sudah berada dibelakangku. Aku menghadapnya. Tangannya ku cium. Dia juga mencium tanganku. Matanya tidak lepas dari aku.
"Tak sempat nak turun sambut Encik suami" Kataku.
Aku menghadiahkan sebuah senyuman yang terlalu manis untuknya. Aku ingin dia lihat aku sangat menawan seperti pengantin baru.
"Nak kemana ni?" Tanyanya.
"Sambut suami nak balik" Jawabku selamba.
'Yang sudah 3 bulan tidak ketemu' Sambungku didalam hati.
Aku tidak mahu luahkan kerana tidak mahu merosakkan mood malam ini. Namun, entah kenapa air mata yang tadi berjaya aku tahan mengalir tanpa aku sedar.
Dia ketawa tapi matanya juga turut berair. Dia mengelap air mataku sebelum memelukku. Makin deras air mataku mengalir. Aku rindukan dia. Sangat merinduinya.
"It's good to be home" Katanya. Pelukannya makin erat.
"I'm seriously deadly miss you so much" sambungnya. Dan makin erat pelukannya.
Aku diam. Air mataku tidak dapat aku tahan lagi. Benar. Aku rindukannya separuh mati. Namun, sebagai hamba Allah, aku kena kuat jalani hidupku tanpa dia. Ada banyak perkara yang aku boleh buat untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Supaya bila aku ditanya di akhirat kelak, aku ada jawapan yang baik. Tak perlu bazirkan masa layan perasaan.
"Habislah make up wifey. Menangis pula dia. Sepatutnya senyum. Happy" Usiknya. Tangan kirinya merangkul pinggangku. Manakala tangan kanannya mengelap air mataku.
Aku lihat ada air mata yang sedang bertakung ditubir matanya. Aku senyum. Aku lap air mata itu sebelum dia jatuh. Tidak aku izinkan air mata itu mengalir keluar dari matanya. Aku hanya ingin lihat dia senyum.
"Tak apalah. Tadikan Encik Hubby dah tengok sekejap. Cantikkan wifey hari ni?" Aku puji diri sendiri.
Dia angguk.
"Sangat cantik. Tapi selain jawapan sambut suami apa lagi alasan yang lain? Macam pelik saja" Tanyanya. Aku geleng.
"Entah. Bila Encik Hubby call kata nak balik malam ni, terus pagi tadi teruja. So, pergi spa. Buat pedicure and medicure. Beli baju baru yang cantik dan seksi. Nak nampak cantik dan segar dihadapan suami yang lama tak balik. Cuma tulah tak tahu nak masak apa. Sebab tahu kalau dah malam Encik Hubby tak nak makan" Ceritaku aktivitiku hari ini.
"Saya minta maaf sebab lama tinggalkan wifey tapi saya harap sangat yang wifey faham yang dia lebih memerlukan perhatian saya" Katanya dalam nada bersalah.
Aku senyum.
'Nita juga perlukan perhatianmu, suamiku" Tapi kata-kata itu hanya bermain dimindaku. Tidak tergamak untuk meluahkannya.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
عشوائيSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...