Alhamdulillah... selesai urusan untuk sewakan rumah Nenda. Rumah itu adalah peninggalan Tok Ayah untuk Nenda dan kini telah bertukar atas namaku. Semua asset Nenda telah diwasiatkan keatas namaku. Tidak satu pun diberikan kepada Bonda.
Aku pernah cadangkan untuk Bonda dan Ayah untuk tinggal dirumah ini tapi mereka tak mahu. Katanya, rumah yang mereka duduki itu lebih selesa kerana disitu terletaknya kenangan mereka berdua. Jadi aku diamkan saja.
Bila aku bertanya kepada Nita, jawapannya, sewakan saja. Aku bukan tak terfikirkan tentang itu tapi aku rasa seperti terlalu banyak wang yang akan berada didalam akaun aku. Terasa terbeban.
"Duit banyak pun kalau tak buat pahala tak ada guna" Itulah ayat Nita bila aku utarakan kegelisahanku.
Aku memang takut bila duit terlalu banyak. Mana tak banyak. Hasil tanaman kelapa sawit saja sudah mencecah puluhan ringgit sebulan. Tambah rumah sewa. Aku pening nak fikir.
Alih-alih aku duduk berbincang sekeluarga, makanya kami setuju untuk wakaf dan sedekahkan hasil pendapatan harta peninggalan Nenda dan Tok Ayah. Sekurang-kurangnya pahala untuk Nenda dan Tok Ayah akan berpanjangan. Harapnya sampai kiamat.
"Hubby, kat mana?" Tanya Nita sebaik saja panggilan telefonnya aku jawab.
"Assalamualaikum, wifey. Kenapa call? Hubby baru nak keluar rumah Nenda ni" Kataku.
Dia ketawa.
"Waalaikumsalam. Sorry. Nak ingatkan Hubby belikan air kelapa. Dah demam dah ni" Katanya manja.
Aku senyum. Mujur dia telefon. Kalau tidak, memang aku lupa.
"Jangan lupa" Pesannya dan terus mematikan telefon.
Aku geleng kepala. Apalah salahnya bagi salam dulu sebelum letak telefon. Kalau dengan orang lain, boleh. Dengan suami sendiri, main letak saja.
Nita. Nita.
"Abang, buat apa kat sini?" Satu suara menegurku dan mencuit bahuku.
Dura.
"Beli air kelapa. Nita pesan. Dia kalau nak deman. Memang minta air kelapa. Dura seorang saja ke?" aku beramah mesra. Tidak mahu dikatakan sombong. Yang berlalu biarkan berlalu.
"Dengan abang Am. Kita orang duduk kat sana. Jomlah" Jawab Dura.
Aku memandang kearah yang ditunjukkan Dura. Amirul sedang duduk disebuah meja berhampiran. Aku angkat tangan. Dia membalasnya.
Aku ikut Dura menuju ke meja mereka selepas berpesan dengan abang penjual air kelapa itu untuk hantar pesananku dimeja tersebut dan juga memesan minuman untukku. Apa salahnya duduk bersama. Menjalinkan ikatan silaturrahim sesama umat islam.
Kami berborak seperti biasa. Seperti tiada masalah yang berlaku antara kami. Saling bercerita tentang perkembangan diri dan semasa.
"Abang Azril bila nak hantar rombongan meminang Dura. Kita tunang secara rasmi. Tapi kalau abang Azril nak terus nikah pun, Dura okey saja. Lagi Dura suka. Benda baik tak elok dilambat-lambatkan, kan?" Tanya Dura.
Hampir tersedak aku dengan pertanyaan Dura yang tiba-tiba. Macam mana perbincangan santai tadi boleh bertukar jadi serius ditempat yang santai dan tenang ni? Serabut rasa otak fikirkan soalan Dura.
"Dura, the deal is between you and Nenda. Lagipun, Nenda yang insist not me. So, I assume bila Nenda dah meninggal semua ini dah selesai" Lembut suaraku. Tak mahu ada percakaran disini.
"Lagipun, sebelum Nenda meninggal, dia dah ceritakan semuanya. Dia hanya menggunakan Dura untuk push kami sebab Nenda rasa kami merancang untuk dapatkan anak" Sambungku lagi.
"Dura tak tahu dan Dura tak nak percaya" Kata Dura.
Aku tarik nafas panjang.
"Kami betul-betul minta maaf pada Dura atas apa yang Nenda dah buat tapi percayalah Dura tak akan bahagia hidup dengan saya" Kataku. Cuba untuk memujuknya.
"Nenda dah janji. Sebagai pewarisnya, you kena tunaikan semua janji-janjinya." Amirul bersuara.
Aku tenang menerima.
"Sebagai waris, ada benda yang saya boleh buat dan saya tak boleh buat. Meruntuhkan rumahtangga saya demi sesuatu yang belum pasti? Demi sesuatu yang dijanjikan tanpa persetujuan dari saya sendiri? Tidak. Mungkin Dura tak tahu yang Nenda nak kahwinkan kita kerana anak. Sebab Nita tak boleh bagi anak pada saya" aku cuba untuk terangkan pada Dura.
"Dura tau. Nenda nak cicit sebab tu Nenda suruh kita kahwin" Jawab Dura selamba.
"Tapi masa tu Dura tak tahukan yang saya dah kahwin?" Tanyaku pula.
Dura geleng.
"Tapi Dura tak kisah pun" Rendah suara Dura.
"Bro, sebelum you kahwin dengan Dura, please lah buat check-up. Entah-entah you mandul" Kata Amirul sambil tersenyum sinis.
Astagfirullah Al-Azim.
Cabulnya mulut lelaki dihadapanku. Tahukah dia betapa susahnya aku dan Nita mengawal emosi kami sewaktu hendak melakukan pemeriksaan kesuburan? Ia bukan pemeriksaan biasa. Ia melibatkan permainan emosi. Sebarang kemungkinan boleh merobek perasaan masing-masing. Tentunya perasaan tidak selamat dan ego akan menguasai hubungan kami.
Syukur, Alhamdulillah. Kami berdua subur dan tiada masalah untuk mendapatkan anak. Tapi rezeki itu Allah belum bagi.
"Kau tak payah risaulah, bro. Adik aku ni subur. Boleh bagi kau zuriat kalau sperma kau cukup kuatlah" Kata Amirul lagi.
Aku diam. Cuba untuk bersabar.
"Tapi macam mana pun, Nita kau kena lepaskanlah. Kau jangan risau, aku boleh kutip kain buruk tu. Aku tak kisah tak ada anak. In fact, aku memang tak pernah suka dengan budak. Merimaskan." Sambung Amirul.
Sakit betul hatiku dengan kata-katanya itu tapi aku pilih untuk terus bersabar. Orang tak tahu betapa risaunya Nita menanti kedatangan haid dengan harapan tiada darah yang keluar. Bila tak keluar, sibuk dia ajak ke klinik untuk pengesahan. Dan bila doctor sahkan tiada apa, tau kah mereka betapa kecewanya dia?
"Lagipun Nita tu memang cantik dari dulu lagi. Seksi. Sekarang lagi seksi." Kata Amirul tanpa pedulikan aku ini suami kepada Nita.
"Hold on. Did you love my wife?" Aku bertanya terus pada Amirul.
Entah kenapa aku terfikir soalan itu. Bukan terfikir dah tanya pun. Lain macam saja dari kata-katanya. Dan yang paling tak boleh tahan, 'sejak dulu'. Sejak bila?
"Yes and it since in Perlis" Amirul berkata tegas.
Aku pandang dia. Rasa nak tumbuk saja lelaki ini. Siapa kau nak mencintai isteri aku? Tapi aku cepat beristighfar. Tiada guna bergaduh dengan lelaki ini.
"Lamanya. Waktu tu Nita masih Diploma" Kataku.
Dia angguk.
Dia kemudian menceritakan tentang pertemuan mereka. Perkenalan mereka. Bagaimana mereka saling mencintai dan tempat perjumpaan mereka.
Aku kerut dahi mendengar cerita Amirul itu.
Kenapa Nita tak pernah bercerita tentang Amirul padaku. Yang Nita pernah cerita adalah tentang seorang lelaki zaman sekolahnya dulu. Selain dari itu, tiada pula nama lain.
Aku bangun. Rasanya lebih baik untuk beredar dari diamuk dengan cerita yang akan membangkitkan rasa marahku. Cerita sebelah pihak yang hanya membuatkan aku mencurigai isteriku.
"And you stole her from me" Ayat terakhir Amirul sebelum aku bangun.
Aku buat tak endah. Hati aku panas.
ttp:�П,�w�
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RastgeleSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...