Untuk membiasakan diri menjadi surirumah sepenuh masa ni tak mudah aku rasakan. Sudah seminggu tetapi aku masih dalam rutin untuk ke pejabat. Cuma bantuan Azril buat aku ingat semula aku kini tidak lagi bekerja.
Yang paling tak boleh nak buang, aku masih fikirkan hal pejabat. Setiap hari aku telefon pejabat bertanyakan keadaan disana. Haru betul. Azril dah mula pandang aku semacam setiap kali aku memegang telefon.
Aku sudah terbiasa. 2 tahun setengah bukan satu jangka masa yang pendek. Membanting tenaga dan mengerah otak untuk membangunkan sebuah syarikat. Dari tiada asset kepada nilai asset jutaan ringgit. Asset pertama yang kami beli adalah sebuah gudang kecil bersamaan saiz sebuah kedai saja. Kemudian kami tambah dengan lori 3 ton dan terus membeli lori berlainan jenis dan berat sehingga kami mampu untuk mempunyai 5 biji lori 3 dan 10 ton serta 2 biji lori trailer kargo. Kini dalam proses pembinaan gudang kami dengan keluasan tanah satu setengah ekar.
Boleh bayangkan tak dalam tempoh itu, syarikat boleh membangun dengan jayanya. Jadi, korang mesti tau betapa bersungguhnya kami melakukan kerja kami. Siang malam bekerja keras agar syarikat sentiasa berkembang dan bersaing dengan syarikat gergasi yang lain.
Jadinya korang mesti tau kenapa aku rasa susah nak hidup macam sekarang ni. Banyak sangat masa terluang. Kalau dulu 24 jam tu rasanya macam sekejap saja berlalu. Sekarang ni nak tunggu sejam pun aku rasa lama lagi.
"Lama-lama biasalah tu" kataku pada diri sendiri.
Macam mana aku cuba untuk mengisi masa lapangku, kebosanan kadang menjengah juga. Aku dah biasa dengan kehidupan sibuk tiba-tiba ada sangat banyak masa senang.
Nak tidur, aku tidak biasa tidur siang. Pernah cuba tapi bila bangun kepala aku jadi sakit. Nak tengok TV pun tak ada cerita yang menarik. Astru asek ulang tayang cerita yang sama. Kalau petang tu tak habis dengan cerita dari seberang.
Aku bosan deh.
"Arhhh... baru seminggu sudah sebosan ini. Apa nak buat ni?" Aku dah mula menjerit kebosanan.
Tentu saja saat ini Azril tiada dirumah. Aku belum gila nak buat macam tu depan Azril. Mahu dia buka tazkirah dia nanti. Bernanah telinga nak dengar.
"Kreatif lah sikit. Selain kemas rumah, boleh je buat ubah susun atur perabot" Aku terdengar-dengar cadangan Azril sebelum dia pergi bekerja beberapa hari lepas.
Masa tu aku berungut padanya kerana dia akan meninggalkan aku dalam masa 4 hari. Bagaimana nak lalui hari tanpa dia? Kalau ada dia, ada juga teman berbual. Kalau dah dia bekerja, tinggal aku seorang.
Tulah, tak nak ada kawan ramai-ramai. Kalau tak, pasti ada seorang dua yang ada masa nak temankan aku saat aku dalam keadaan bosan.
Ubah suai rumah.
"Betullah. Jomlah ke IKEA. Kot ada benda yang best boleh tambah kat dalam rumah ni" Kataku pada diri sendiri.
Kenapa IKEA? Sebab tu yang paling dekat dengan rumahku.
Setiba di IKEA, perkara pertama yang aku buat adalah makan. Kemudian baru aku masuk untuk membeli belah. Namun, tak ada apa yang menarik minat aku kecuali bingkai gambar pelbagai corak dan sangat unik. Aku belek satu persatu. Aku begitu teruja melihatnya.
"Ok juga. Lagipun kat rumah tu tak ada satu pun frame gambar" Ujurku pada diri sendiri.
Akhirnya aku membeli 7 buah bingkai gambar pelbagai corak, 2 biji pasu pelbagai saiz dan bekas makanan untuk aku bungkus makanan bawa balik sebab aku malas mahu masak. Aku sangat berpuas hati dengan hasil tangkapan aku hari ini.
"Esok kita ke kedai gambar pula" kataku bila masuk ke dalam kereta. Dah berseorangan. Cakap pun pada diri sendiri. Lantak kalau ada nak kata aku kurang siuman.
"Encik Hubby kata esok dia balik. Biar dululah. Benda ni semua biarkan dalam kereta. Kita buat surprise untuk dia" Kataku sambil mengengam kedua belah tanganku.
Senyuman aku melebar. Teruja betul nak buat kejutan untuk dia. Bagaimana mukanya nanti bila terkejut. Sedang membayangkan betapa dia terkejut dengan kejutan aku ini.
Pertama kali dalam hidup aku nak buat kejutan untuk orang. Dan orang tu pula suami aku sendiri. Teruja tu lain macam. Patutlah orang suka buat kejutan. Terasa sangat seronok. Baru bayangkan aku dah rasa seronok. Bayangkan kalau dah jadi. Bestnya.
Aku mula merancang apa yang aku nak buat nanti. Esok dia balik. Selalunya dalam 3 atau 4 hari nanti pasti dia akan terbang lagi. Masa tu barulah boleh buat kerja-kerja kejutan ini.
Aku teringat ada satu gambar yang dia pernah tunjuk padaku. Hasil editing yang dilakukannya. Gambar selfie itu kami ambil berlatar belakangkan laut di Pulau Mabul. Gambar itu diambil saat dia sedang mencium dahiku dan aku pula memejam mata untuk menerima kucupan hangatnya itu.
Gambar tu buat besar, kita gantung dekat dinding atas TV. Orang masuk saja terus nampak gambar tu.
Aku senyum.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...