BAB 30 : Nita

8.5K 326 6
                                    

                  

Hari ini hari keluar berjalan. Tapi tak adalah jalan sangat pun. Aku dan Azril pusing KL naik kereta saja. Kami tak turun pun kecuali masa isi minyak tadi dan masa pergi makan. Bila waktu sudah mahu Asar, kami singgah rumah Ayah dan Bonda sebab paling hampir berbanding kami nak balik ke rumah. Sayangnya tiada siapa dirumah. Mujur Azril punya kunci rumah.

Selesai solat Asar,kami cadang untuk keluar lagi. Menikmati hari-hari orang kerja tapi kami bersuka ria. Seronok juga ada suami kerja tak tentu masa. Tak payah nak sama dengan orang lain. Orang lain bersesak waktu petang hendak keluar dari Kuala Lumpur tapi kami suka hati nak masuk Kuala Lumpur.

"Encik Hubby, bolehlah nak makan dekat restoran berputar. Bolehlah" Aku masih memujuknya.

"Tak sedap sangat pun makanan dia. Cari tempat lainlah" Kata Azril matanya masih padaku.

Aku memeluk lehernya. Aku biarkan diri aku tergantung pada badannya sambil dia melangkah turun dari tangga.

"Bahayalah, wifey" Katanya dan terus merangkul pinggangku.

"Jomlah, Encik Hubby. Just nak enjoy with the panorama" pujukku lagi.

"Erm..." Dia buat gaya berfikir.

"Jomlah. As a reward" tambah aku.

"Reward for?" katanya buat muka pelik tahan ketawa.

"The Best wifey ever" kataku sambil mengenyitkan mataku. Dia ketawa.

"Wifey hari ni terlebih manjalah" Komennya tiba-tiba.

Aku terus melepaskan rangkulanku dan bersedia untuk turun. Muncungku sudah aku tarik sedepa. Aku pun perasan. Sejak akhir-akhir ni aku jadi sangat manja dengannya. Walau aku cuba kawal tapi overdose tu tak boleh nak ditahan-tahan. Berapa kali dah aku marahkan diri aku kerana jadi sangat manja dan sangat sensitive.

"Merajuk pula dah" Azril mengejar aku sehingga ke anak tangga terakhir.

Dia kemudian melintasi aku dan memeluk aku. Matanya tepat diwajahku. Merenung anak mataku. Aku gugup sebentar. Dia senyum. Aku cair. Dia ketawa. Aku senyum.

"Blusher wifey terlebihlah. Meh sini nak lap sikit" dan dia mencium kedua belah pipiku. Makanya makin merahlah pipi aku. Bukan kerana pemerah pipi yang sememangnya aku tak pakai tapi kerana tindakan tak malunya itu. Kalaulah orang dalam rumah ni balik. Malu setaman ni. Kalau kat rumah tu lain la. Suami siapalah tu.

"Nak pergi Restoran berputar tak?" Soalnya seolah dia buat cadangan. Aku cepat angguk dan dia terus mencium dahiku.

"Kalau nak, cium sini sikit" dia menunjukkan dahinya. Aku jengkit sedikit untuk sampai ke dahinya kerana dia kini sedang berdiri tegak.

"Dekat sini" dia tunjukkan kedua belah pipinya. Aku ikutkan saja.

"Sini" dia tunjuk pada hidungnya pula. Aku ikutkan dan terus aku mencium bibirnya.

"Astagfirullahalazim, apa korang buat ni? Maksiat" Satu suara sedang menjerit marah.

"Dura. Rendahkan suara" Marah Bonda. Bonda tersenyum padaku. Aku pergi mendapatkan Bonda. aku cium dan aku peluknya erat.

"Kau tak malu ke? Lepas berpelukan. Bercium lagi. Dengan muka tak bersalah boleh terus cium Bonda? memang kau ni jenis tak reti malu ke? Baik kau buang tudung kau ni. Pakai tudung tapi buat maksiat" Dura sudah melangkah mendekati aku dan Bonda saat itu. Azril datang dan bersalaman dengan Bonda.

Azril terus menghadap Dura dan menunjukkan telunjuknya sambil berjalan. Dura terpaksa mengundurkan langkahnya semula. Dia kemudian menyalami tangan Nenda. Dia kemudian berdiri di belakang Nenda dan angkat kening dua kali sambil tersenyum. Bangga dapat menjauhkan Dura dari aku dengan bergaya.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now