Entah kenapa si kembar ni mengamuk hari ni. Dari pagi tadi tak habis menangis. Puas aku dan Umar Khalif memujuknya. Budak berlima tu sudah balik semalam. Hari ni sekolah. Umar Khalif pula terpaksa aku cutikan bagi membantu aku menangani kembar yang sedang mengamuk.
Pada Umar Aliff sudah aku maklumkan. Dia pun buntu. Katanya tak pernah si kembar ni mengamuk macam tu sekali. Dia di sana juga turut risau. Aku beri telefon untuk mereka bercakap dengan Papa mereka juga tidak dihiraukan.
Saat ini aku rasa sangat memerlukan Azril. Tersangat hendak dia ada disini. Kerana saat dan ketika ini kesabaran aku melayan anak-anak ini sudah ditahap paling rendah. Aku sabarkan diri kerana mereka ini anak yatim dan anak susuanku. Kalau tidak, sudahku tangankan.
Umar Khalif pun sebenarnya pagi tadi hendak buat perangai. Suruh bangun solat subuh pun tak nak. Suruh mandi pun tak nak. Tapi bila dia lihat aku yang sibuk menangani adik-adiknya yang mengamuk buatkan dia ikut semua arahanku.
“Tidurlah Khai. Nisa. Dari subuh tadi korang asyik menangis. Tak penat ke? Ibu yang penat ni. Bawa pergi klinik, doktor kata tak ada apa-apa. Doktor pun binggung kenapa korang menangis tak henti” Bebelku pada mereka berdua yang masih tersedu-sedan.
“Umar, pergi buatkan susu adik” Aku menyuruh Umar Khalif membuat susu mereka sementara aku duduk rehat disofa sambil melihat budak berdua ni yang sedang menangis. Aku biarkan. Tak tahu nak buat apa lagi.
Aku lihat jam di dinding. Sudah pukul 2.45 petang. Aku masih belum zohor. Umar Khalif juga. Umar Khalif datang membawa 2 botol susu adik-adiknya. Dia berikan kepada mereka berdua. Sambil menyusu pun mereka masih juga mahu menangis.
Allah.
Namun, aku lega bila akhirnya mereka tidur. Aku tarik nafas lega. Aku peluk Umar Khalif untuk melepaskan lelah. Dia membalas pelukanku.
“Ibu, sorry adik-adik Umar buat ibu penat” Katanya.
“Tak apa Umar. Mereka juga anak-anak ibu. Sama macam Umar” Balasku. Ubunnya aku cium.
Aku dengar Umar Khalif menangis. Aku leraikan pelukan dan memandang wajahnya. Bersungguh dia mengalirkan air matanya. Aku lap.
“Kenapa ni?”
“Umar rindu Ayah” Dan akhirnya aku juga turut mengalirkan air mataku.
Aku juga rindukan Azril.
“Umar, jom Zohor. Sementara adik-adik tidur ni” Kataku.Umar Khalif angguk.
“Ibu, lepas adik-adik bangun kita pergi rumah kat Seri Kembangan boleh? Umar ada benda nak ambil” Pinta Umar Khalif. Aku angguk.
“Kalau adik-adik tak mengamuk macam tadi” Jawabku.Dia angguk.
Kami sama-sama naik ke atas dan solat diatas. Usai solat, aku menyuruh Umar Khalif untuk membaca Al-Quran kerana aku khuatir malam nanti tak sempat.
Selesai ayat yang terakhir surah Maryam, terdengar suara Ummi Khairunnisa menangis. Aku dan Umar Khalif saling berpandangan. Kami tarik nafas panjang dan Umar Khalif turun dulu mendapatkan adiknya sementara aku hendak melipat telekung.
Sekejapan saja suara Ummi Khairunnisa sudah tidak kedengaran. Mungkin tidur semula. Aku turun ke bawah dan aku lihat Ummi Khairunnisa dan Umar Khalif sedang baring dan berpegangan tangan. Aku senyum. Aku mendekati mereka dan duduk disebelah Umar Khalif.
“Ibu, Nisa tak menangis bila kata nak pergi jumpa Ayah” Kata Umar Khalif.Aku senyum. Dalam hati aku mengeluh. Mana nak cari Ayah? Aku usap kepala mereka berdua silih berganti.
Ummi Khairiah juga sudah terjaga dari tidur. Dia kebilkan matanya. Kemudian dia bangun dan menciumi aku seperti Azril selalu lakukan.Aku hairan. Aku pandang Umar Khalif. Dia juga hairan. Aku hampir menangis kerana aku sangat rindukan Azril. Tindakannya itu hanya membuatkan aku terasa tak tertanggung rinduku pada Azril.
“Ibu, kita pergi rumah di Seri Kembangan ya?” Umar Khalif menggesaku.Aku angguk.
“Umar nak ambil apa sebenarnya ni?” Aku sebenarnya masih fobia dengan rumah itu. Entahlah.
“Umar pun tak tahu. Umar cuma rasa ada benda nak ambil” Aku geleng kepala dengan jawapan Umar Khalif itu.
“Jom, siap. Mandi dulu. Bawa adik mandi sama” Umar Khalif terus bangun dan menuju ke tempat tidurnya. Dia mengambil kain basahan dan memberikan kepadaku.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...