"Saya faham keadaan awak, Nita. Saya terima surat peletakan jawatan awak. Tapi tentang penyerahan syer syarikat saya tak luluskan. Itu hadiah saya pada awak atas kesungguhan awak naikkan nama syarikat kita. Dari zero to hero" Kata Encik Bahar. Aku jadi serba salah.
"Tapi Encik Bahar. Saya tak sedap hatilah macam tu. Saya tak nak nanti orang kata saya terima dividen kosong saja. Atau macam ni. Saya beli saham tu dari Encik Bahar tapi saya tak adalah duit banyak sangat nak bayar tapi Encik Bahar bagitahu saja berapa nilai yang Encik Bahar nak letak. Kalau tak cukup nanti saya minta tolong pada suami saya" Kataku bersungguh.
Aku benar-benar rasa serba salah saat ini. Aku sebenarnya masih sayangkan kerjayaku disini tapi aku lebih sayangkan Azril. Sebab tu aku nekad untuk berhenti.
Melalui pembacaanku, tekanan pun boleh buat kita susah nak mengandung. Dan kerja aku, memang penuh dengan tekanan. Penat juga menjadi punca kita sukar hamil. Dan sekali lagi, kerjaku memang penat. Penat otak berfikir akan buatkan penat seluruh badan. Lagipun Azril tak suka berjimak saat kami kepenatan. Itulah punca aku sanggup lupakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan syarikat Maris Sdn Bhd dengan pegangan saham sebanyak 15%. Encik Bahar telah menaikkan jumlah pegangan saham sebanyak 5% pegangan saham kami bertiga saat mengumumkan kenaikan pangkat kami dari pengurus ke ketua pegawai.
Ini sebenarnya kali ketiga aku menghantar surat peletakan jawatanku. Dan setiap kali pun aku dipujuk oleh Encik Bahar, Encik Izam dan Encik Shah. Aku bukan tewas pada pujukan mereka tetapi aku tewas pada diriku sendiri yang sentiasa mahu lebih berjaya. Aku suka kerja aku. Aku suka kesibukan ini. Aku suka semuanya dalam hidup aku. Namun, kali ini aku benar-benar nekad dan tekad. Tiada lagi pujukan yang berjaya menembusi hati aku.
Kejap. Kali pertama bukan pujukan dari sesiapa. Masa tu aku sendiri tarik surat peletakan jawatan itu kerana risaukan si Kelly yang disahkan mengandung. Takkan aku nak tinggalkan dia. Eyh, bukan, aku yang tak hantar surat itu.
Setelah berbincang dengan Azril, Azril pun setuju untuk aku kekal disitu untuk temani Kelly. Lagipun, si Nazri tu tiba-tiba kena belayar ke Amsterdam. Nazri merupakan seorang pelayar kapal dagangan. Kerjanya tak menentu masa. Kadang lama didalam pelayaran. Kadang sekejap saja.
Masa tu aku sangat marahkan Nazri. Dia suruh Kelly gugurkan anak mereka sebab dia tak boleh berkahwin dengan Kelly saat tu. Bodoh punya manusia. Takkah dia tahu pernikahan itu tidak sah andai mereka berkahwin disaat Kelly mengandung? Tidakkah dia tahu bahawa dia tiada hak terhadap anak tersebut?
Mujur aku berjaya memujuk Kelly untuk meneruskan kehamilannya dan mujur juga saat kehamilan Kelly, perutnya tidak membesar. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga aib hamba-Nya walaupun hamba-Nya sudah melakukan dosa besar. Sememangnya itu adalah doa aku dan Azril agar aib Kelly sentiasa dipelihara-Nya.
Namun, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Saat kandungan Kelly sudah masuk usia 5 bulan, dia keguguran. Kelly sangat sedih saat itu. Dia sudah mula sayangkan anak yang dikandungnya. Berhari-hari aku temankan dia didalam hospital sehinggalah Nazri kembali.
"Itulah kau. Cakap bakal suami tak mahu dengar. Aku suruh kau gugurkan. Kau degil. Sekarang kau dah sayang baru nak gugur. Kan dah sedih. Kalau awal hari tu kau gugurkan. Tak adalah kau sedih macam ni sekali" kata Nazri saat dia datang melawat Kelly yang dalam keadaan lemah dan sedih.
Saat itu aku rasa nak bunuh Nazri. Kedatangannya tidak membantu untuk buatkan Kelly kuat. Malah dia makin menghancurkan hati seorang Ibu yang kematian anak. Mujur saat itu Azril ada untuk sabarkan aku.
"Nita, saya tak nak duit awak. Ambil saja. Jangan tolak pemberian saya yang ikhlas ni" Kata Encik Bahar dan kembalikan aku daripada mengingati peristiwa itu.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
LosoweSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...