BAB 23

9.9K 326 10
                                    

Aku penat menangis. Semenjak Nenda mengkhabarkan peminangannya itu. Airmataku mengalir tanpa aku sedar.

Bila Azril pulang. Aku tahan dia dari keluar. Aku berjaya kerana semangatku berada disampingku. Tapi bila semangatku juga sudah layu dek perbuatan nendanya lantas bagaimana aku mahu menahannya lagi. Semangatku lumpuh bersama sayunya hati suamiku.

Senyuman Azril sewaktu melangkah keluar dari rumah pun tidak semekar selalu. Ciumannya juga tidak sehangat semalam. Dia juga menderita dengan tindakan nenda. Tapi apa lagi yang mampu kami lakukan.

Melawan kata nenda umpama meletakkan bonda dalam kerunsingan. Mana mungkin seorang anak tenang dan bahagia bila ibunya berada dalam keadaan tertekan.

Selepas Azril pergi dua hari lepas, lama aku berfikir. Sehingga aku tak rasa lapar. Namun, untuk pesakit gastrik macam aku, mana mungkin untuk aku biarkan perutku kosong. Tapi hati yang rawan buatkan aku biarkan saja sehingga perutku mula sakit dan kepalaku pusing.

"Nita, kenapa suara tu?" Suara kerisauan bonda yang menelefon aku saat itu.

"Gastrik" dan aku pengsan tidak sedarkan diri.

Bila aku tersedar, aku sudah berada di hospital. Bonda berada disisiku. Mama juga. Aku senyum pada mereka berdua. Insan kesayanganku.

"Alhamdulillah, sedar dah" Kata Mama.

Mama. Mama tak pernah tahu apa yang melanda rumahtanggaku. Aku harap tiada siapa mengkhabarkan kisah ini sehingga aku sendiri bersedia mengkhabarkan cerita ini kepadanya. Aku tak sanggup melihat seorang lagi insan kesayangan aku berduka.

"Kau ni buat mama susah hati tau. Kenapa yang tak jaga makan tu. Doctor kata kau tak makan dah lebih 24 jam. Kenapa kau ni?" Mama dah membebel.

Aku diamkan saja. Aku pejamkan mataku. Aku tak mahu bercakap dengan sesiapa pun. Aku letih. Badan aku terasa lemah. Aku mahu sambung tidur saja saat itu.

"Dahlah, kak. Bagi dia rehat. Dia tak cukup tenaga lagi nak cakap tu. Jom kita ke café. Akak pun belum makan lagi kan. Nanti akak pula ganti Nita. Payah pula" Kata Bonda berseloroh. Aku dengar pintu bilik ditutup. Aku buka mataku semula.

Aku kembali memikirkan masalah yang sedang melanda diriku. Sehingga seorang doctor muda masuk dengan seorang jururawat dan memberitahu bahawa aku boleh pulang esok. Dia pesan supaya aku tidak stress dan menjaga waktu makanku.

"Esok dah boleh balik" beritahuku bila Mama dan Bonda masuk ke dalam bilik.

"Baguslah. Balik rumah Mama, ya?" Cadang Mama. Aku geleng kepala.

"Nita nak balik rumah Bonda" Putusku. Kemudian aku palingkan wajah dan memejamkan mataku.

Aku sudah punya keputusan. Keputusan yang aku rasa inilah jawapan kepada kemelut rumahtangga kami. Aku akan beritahu Nenda keputusan aku esok bila sampai ke rumah bonda.

Biarlah aku mengalah. Biarlah aku ringankan sedikit beban Azril. Mungkin selama ini dia pun tersepit antara aku dan Nenda. Bila aku dah bersuara begini, aku harap dia dapat buat keputusan tanpa perlu menghiraukan perasaan aku lagi. Segala keputusan adalah ditangannya. Biarlah dia buat keputusan mengikut pertimbangannya. Dari hatinya.

Aku janji pada diriku akan melayan Azril seperti perkara ini tak pernah berlaku. Keputusan aku sudah beri. Langkah seterusnya aku tak nak ambil tahu kerana aku pilih untuk bahagia maka aku kena bahagia. Bahagia aku bersama Azril maka aku akan bahagia dengannya tanpa masalah ini mengganggu hubungan kami.

Sampai saja dirumah Bonda tengahari itu, aku lihat Nenda sedang duduk santai diruang tamu. Huluran tanganku disambut separuh hati. Tak apalah. Aku duduk diruangan itu. Bonda sudah ke naik ke atas bersama Ayah.

Aku lihat Nenda. Dia buat seperti aku tidak wujud. Dia buat seperti aku ini tunggul. Tak mengapa. Aku perlu bersabar. Aku pejamkan mataku. Cuba mencari sedikit kekuatan. Menjemput sedikit kesabaran.

Berat sungguh badai yang melanda rumahtanggaku. Kadang rasa tidak tertanggung. Kadang terasa hendak melarikan diri. Tapi aku sedar, sejauh mana pun aku lari masalah tidak mungkin akan selesai. Biarlah ianya selesai disini.

"Nita dah ada keputusan untuk permintaan Nenda." Aku memulakan bicara.

Nenda pandang aku tanpa sedikit pun mengalihkan pandangannya. Nampak gaya berlagak dan sombongnya dia.

"Kalau nenda rasa dengan perkahwinan kali kedua Azril mampu buat nenda bahagia. Mampu buat nenda gembira. Silakan. Saya izinkan. Tapi nenda sendiri bicara dengan Azril. Saya tidak mahu masuk campur. Dan saya tak mahu tahu siapa perempuan yang tergamak terima pinangan nenda untuk merampas hak milik saya. Dia juga tak boleh tahu siapa saya. Terpulang nenda nak kata apa pun status Azril. Saya tak nak tahu. Saya tak ada kaitan dengan dia" Kataku pada nenda.

Nenda ku lihat tersenyum menang. Senyumlah nenda selagi kau boleh senyum dan lihatlah penderitaan cucu menantumu ini.

"Lepas ni, saya tak nak tahu apa-apa pasal benda ni. Saya tak nak dengar lagi isu ini dibicarakan dihadapan saya. Saya lepas tangan 100%. Apa-apa terjadi pun saya tak mahu ambil tahu. Kalau perkara ini masih dibincangkan dihadapan saya sengaja ataupun tidak sengaja, saya janji dengan Nenda, Nenda tak akan jumpa Azril lagi. Nenda kena tahu, antara Nenda dan saya, Azril akan pilih saya. Dan kalau tidak kerana tuntutan agama, Azril akan pilih saya berbanding bonda. Ingat tu" Ugutku.

Cukup sudah penderitaan perasaan yang aku tanggung. Cukuplah. Aku ingin bernafas seperti biasa. Aku ingat bahagia seperti biasa.

Airmataku tidak tertahan lagi. Aku berlari naik ke bilik Azril. Azril tiada. Sudah terbang entah kemana. Tidak pula aku ambil tahu dan sememangnya aku tak pernah ambil tahu. Aku baring meniarap dan melangkupkan wajahku ke bantal agar suaraku tidak terdengar dek orang luar. Biarlah tangisan ini yang terakhir kalinya.


Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now