“Ibu Lang dah kenapa? Tau tak? susahnya Ayah Lang jaga Ibu Lang masa Ibu Lang sakit? Sampai nak makan pun tak sempat” Mawar terus menyembur aku sebaik saja Azril keluar dari rumah.Aku saat itu sudah pun siap berpakaian tergamam bila mereka naik ke atas. Segera aku ambil tuala yang tersidai di sebelah tandas dan ku sarungkan di kepala. Ada Zil dan Ayush. Maka auratku perlu dijaga.
“Tau tak Ayah Lang sedih sangat bila Ibu Lang masih tak sedar. Masa Ibu Lang keguguran dan tak sedar diri, Ayah Lang sangat sedih. Ayah Lang salahkan diri sendiri kerana tak boleh nak lindungi Ibu Lang dan baby. Ayah Lang senyum saja bila Ibu Lang sedar sebab dia kata kalau dia lemah siapa nak kuatkan Ibu Lang” Aisyah pula menyembur aku.
“Korang budak-budak. Apa yang korang tahu tentang hubungan suami isteri?” Aku membalas. Aku kenal mereka. Mereka akan sentiasa pertahankan Azril. Mereka sayangkan Azril lebih dari aku, ibu saudara mereka.
“Ibu Lang mungkin kata kami tak tahu apa-apa. Kami budak-budak. Kami tak faham apa yang Ibu Lang rasa tapi kami faham apa yang Ayah Lang rasa. Almost everyday Ayah Lang cerita dekat kami perasaannya. Ayah Lang kata kami dah besar untuk tahu apa yang terjadi. Bukan macam Ibu Lang yang selalu fikir kami budak lagi. Ibu Lang, Aisyah ni dah 15 tahun going to 16 years old. So, Aisyah cukup matang untuk faham apa yang berlaku. Ibu lang tahu tak. Kadang tu Ayah Lang menangis bila bercerita dengan kami sebab takut sangat kalau Ibu Lang jadi apa-apa. Paling dia takut kalau Ibu Lang kemurungan. Sejak Ibu Lang keluar dari hospital, kami perhati saja macam mana Ibu Lang layan Ayah Lang. Lain sangat. Totally different. Bila kami adukan pada Ayah Lang, Ayah Lang senyum saja. Dia kata, Ibu Lang perlu masa untuk pulih. Kami sabar juga walaupun layanan Ibu Lang melampau dan tak boleh diterima dek akal. Ayah Lang kata Ibu Lang perlu masa untuk tenang." Sambung Aisyah.
“Masa Ayah Lang terpaksa kerja tu, tau tak Ayah Lang asyik peluk Ibu Lang. Dia kata, kalau tak sebab tanggungjawab, dia tak akan tinggalkan Ibu Lang. Jenuh Nenek pujuk dia, yakinkan dia. kami boleh jaga Ibu Lang sebaik jagaannya.” Damia menambah.
“Ayah asyik cakap dekat Umar yang ibu perlukan masa untuk pulih. Umar rasa memang ibu perlukan masa untuk pulih.” Dan Umar Khalif turun. Diikuti oleh mereka yang lain.
“Ayah Lang cuba sedaya upaya buat Ibu Lang happy. Ayah Lang kata hari dia tak ceria sejak Ibu Lang tak senyum padanya. Ayah Lang pujuk hati sendiri. Dia kata mungkin Ibu Lang masih trauma sampai lupa macam mana nak senyum dan ketawa.” Kata Ayush yang berhenti ditangga.
Saat itu aku rasa diri sangat berdosa. Berdosa pada suami sendiri. Aku isteri derhaka. Isteri yang menuduh suaminya berzina tanpa saksi.
Aku meraup wajahku. Aku merenung wajahku dihadapan cermin. Terkenang saat kami bahagia bersama.
“Wifey, macam mana pun cantik. Pandang hari-hari pun rasa cantik juga. Tak pudar cantiknya wifey walaupun dah bertahun-tahun kita kahwin” Puji Azril sambil sama-sama memandang cermin. Dia memeluk aku dari belakang. Aku suka dipeluk dari belakang. Terasa sangat disayangi dan sangat istimewa.
Ada lagikah peluang untuk aku rasa bahagia? Rasa bahagia yang seperti tiada penghujung walau sedang dilanda badai.
Terkenang saat aku sedang dilanda perasaan sedih, kotor dan marah. Saat aku jauhkan diriku.
“Wifey, lama kita tak pergi keluar jalan-jalan bersama. Jom kita keluar nak? Dating." Azril mengebil-ngebilkan matanya. Aku buat tak tahu saja.
‘Ingat Nita. Jauhkan diri dari dia’
Dia senyum.
Aku kaku.
“Tak nak jejauh pun tak apa. Dekat Ikea pun jadilah. Please” sekali lagi matanya dikebilkan.
Aku hampir tersenyum tapi aku tahan diri. Aku ingatkan diri supaya tidak mengikut segala kemahuannya. Aku kena bersiap sedia untuk ditinggalkan. Kena biasakan diri tanpa dia.
“Lepaslah. Kalau orang dah tak nak pergi, jangan nak paksa” Aku merempan bila Azril menarik tanganku untuk mengesa aku setuju.
Allah, tak pernah sekali pun aku berkasar dengannya sebelum ini. Sangat kasar. Itu belum lagi disaat dia memujuk rayuku agar melayan jeritan batinnya. Namun, dia hanya diam dan bersabar.
Dia tak pernah sisihkan aku. Aku yang menyisihkan diriku sendiri. Dia tak pernah rasa jijik menyentuhku tapi aku yang menolak untuk disentuh.
Hakikatnya, aku sensara. Aku menderita dengan segala tindak tandukku. Aku sentiasa menangis mengenangkan segala dosaku padanya. Hatiku sentiasa memanggil namanya. Jiwaku menyeru dia. Lenaku tidak indah tanpa pelukannya.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...