Azril membuka matanya. Wajah Nita menyapa matanya. Dia mengucap panjang. Membaca doa mimpi buruk. Meludah ke kiri sebanyak 3 kali. Sesuai dengan ajaran Rasullullah s.a.w. Doanya agar itu sekadar mimpi yang memberinya pertunjuk betapa sakitnya ditinggalkan isteri yang amat dicintainya.
Perlahan dia mengusap lembut wajah itu. Bagaimana aku boleh bahagia tanpa dia disisi? Apa guna ada anak tanpa aku rasa bahagia. Bagaimana aku ingin membahagiakan anakku andai insan yang sangat aku cintai ini tiada bersamaku?
Kenangan lalu kembali mengusik mindaku. Teringat pertama kali terpandangkan Nita. Betapa indahnya saat itu. Walau aku nanar tapi bila dikenang, itulah detik indah dalam hidupku.
Saat itu aku sedang menunggu kawanku yang sedang membeli sesuatu dikedai di dalam lapangan terbang KLIA. Satu wajah yang berjaya menarik perhatianku. Wajah tanpa perasaan tapi asyik melihat jam ditangannya. Resah? Tiada. Tenang pun tidak. Kosong. Tiada apa perasaan yang digambarkan ketika itu.
"Azril, jom" laungan Arshad itu membuatkan aku berpaling dari memandangnya.
Aku mengisyaratkan pergi dulu. Aku kembali memandang tempat wanita itu berdiri tapi hampa kerana sudah tiada. Aku menarik nafas dalam. Bukan rezekiku.
Kali kedua bertemu sewaktu aku sedang beriadah di petang hari minggu di tasik titiwangsa. Aku nampak kelibat wajah yang sentiasa mengganggu hariku hampir sebulan ini. Aku perhatikan dari jarak 200 meter. Tak berani nak dekat. Lebih selesa pada jarak selamat.
Lama dia disitu. Merenung tasik yang tenang itu. Bibir itu memang mahal dengan senyuman tapi air mukanya tidak mengatakan dia sombong. Entah apa yang sedang dia fikir. Masalah kah? Tapi kenapa tak nampak rasa susah hati atau sedih atau marah. Kosong.
Sedang asyik memerhati, tubuhku dilanggar seseorang. Seorang budak kecil. Habis bajuku kotor terkena aiskrim. Nak marah pun tiada guna. Budak lagi. Aku cuba buang aiskrim dibajuku. Ibu kanak-kanak itu tidak habis meminta maaf dariku.
"Tak apa. Biasalah budak" Kataku.
Anak-beranak itu berlalu dengan rasa bersalah. Aku senyum menandakan aku tidak marah. Cuba menyenangkan hati mereka.
Bila mereka sudah jauh, aku kembali memandang ke arah tempat wanita itu bersantai tadi tapi dia sudah tiada. Mataku melilau mencarinya tapi tidak jumpa.
Dua bulan aku cuba menjejakinya disitu. Setiap kali punya kesempatan, aku pasti ke situ. Mencuba nasib tapi nasib tidak pernah mahu menyebelahi aku.
Sehingga disuatu hari aku melihatnya sedang menolak troli dengan seorang wanita pertengahan usia disebuah pasaraya besar di Shah Alam. Ketika itu aku sedang mencari rumah seorang rakan sekerja yang sedang sakit. Niat hati nak melawatnya tapi rasanya aku kena melawat wanita yang sentiasa mengganggu ketenteraman hatiku. Wanita yang aku cari selama ini.
Aku menunggu mereka memasukkan barangan ke dalam bonet kereta. Setelah itu, aku ikut rapat kereta mereka supaya tak hilang lagi sekali. Agak jauh perjalanan dari pasaraya itu dengan destinasi mereka seterusnya, rumahnya.
Sampai disebuah rumah di Pelabuhan Klang, wanita sebaya bonda itu membuka pagar bagi membolehkan kereta yang dipandu wanita itu masuk. Aku lihat wanita itu keluar masuk rumah berulang kali untuk mengosongkan bonet kereta. Aku yakin dan pasti, itulah rumahnya.
Lama aku menjadi pengintip. Bila saja rasa rindu itu bertandang, pasti aku akan ke rumah ini. Memerhati dari jauh. Orang kata, tak dapat tengok orangnya dapat tengok bumbung rumah pun jadilah.
Memang benar pepatah itu. Kadang nasib aku baik dapat melihat dia walaupun dari jauh. Kadang tu dia tiada tapi jadilah. Sekadar melepaskan rindu dihati.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...