Sebulan lebih kami meninggalkan bumi Malaysia ini. Aku lihat muka Nita yang rasa bahagia bila sampai di lapangan terbang KLIA. Mahunya tidak suka, 40 hari di Perancis, 50 kali dia minta hendak balik. Macam-macam alasan dia bagi. Jangan harap aku nak bagi.
"Tak kesian ke dekat Encik Hubby? Kalau wifey tak ada, nanti siapa nak peluk Encik Hubby"
Ayat untuk mematahkan usaha pujukannya.
Nita yang tak pernah sama dengan wanita lain. Kalau orang lain nak tinggal terus dekat sana. Nita lebih suka duduk dirumah. Kalau pun nak melancong, dia suka didalam Negara. Katanya Malaysia sangat sempurna. Tak sejuk sangat dan tak panas sangat.
Dura. Dia sendiri merancang hendak berbulan madu ke Paris. Kota romantic. Serius. Aku loya tekak masa dia bercerita tentang tempat bulan madu idamannya. Aku pun tak tahu kenapa dia bercerita tapi yang pastinya aku tak pernah tanya. Aku tak pernah bercerita tentang masa hadapan dengannya. Bukan. Aku tak pernah bersembang dengannya. Hanya menjawab sekadarnya tapi Nenda pandai memainkan peranannya.
"Azril memang pendiam. Kalau tak kena topic dia suka, memang diam sajalah dia"
Entah sejak bila aku jadi pendiam. Lantaklah Nenda. Aku sangat bahagia sebulan lebih ini tanpa ada gangguan sesiapa.
Sampai saja disana, kami terus menukar simkad ke nombor tempatan bagi memudahkan kami untuk berhubung tanpa perlu cas berlebihan. Walau banyak mana pun duit, jangan pernah membazir. Itu perinsip Nita yang aku kini pegang. Kuat pengaruh Nita dalam diri aku. Nombor kami hanya Bonda dan Mama saja tahu. Cuma untuk nombor whatapp masih yang sama dan itulah perhubungan yang menghubungkan aku dengan mereka di Malaysia. Dan jambatan yang menghubungkan aku dengan Dura.
Allah, rimas gila dengan minah ni. Macam-macam persoalan dia soal.
Kenapa tak ajak Dura teman abang?
Bila abang nak balik?
Jangan lupa ole-ole untuk Dura
Abang baliklah. Nenda dan Dura rindu abang.
Abang merajuk dengan Dura ke?
Abang tak sayang Dura?
Aku pula naik geli bila dia bahasakan diri aku 'abang'. Abang? Gelilah. Tolonglah. Padahal dia tua setahun kot dari aku. Ok, teknikalnya kami beza cuma 3 bulan kerana aku lahir pada awal tahun. Tapi masih lagi dia kakak. Tak boleh blah la...
Minah ni betul-betul buat aku rasa serabut. Kalau aku jawab jujur nanti pasti dia terasa hati. Mesti dia mengadu pada Nenda. Habislah bonda kena marah dengan Nenda. Jadinya aku biarkan tanpa balas.
"Seronoknya dapat balik rumah" Kata Nita sebaik sampai dirumah. Dia menarik nafas dalam tapi aku menghalang dengan menutup mukanya dengan tapak tanganku. Terbatuk dia. Aku gelak.
"Najislah, Encik Hubby" Marahnya. Novel apalah yang dibaca sampai terikut gaya percakapan.
"Memanglah. Tau tak rumah ni dah berhabuk. Dah pergi salin baju. Jom kemas rumah" Kataku dan terus mengangkat beg bajuku dan beg bajunya keatas secara bergilir.
"Apa lagi tercegat" Ujarku bila dia masih memandangku tidak puas hati.
"Sekarang ke? Penatlah" Katanya dan terus membaringkan dirinya keatas sofa. Tak sampai seminit, dia sudah terbersin. Nita si pembawa wabak resdung.
"Rasakan" Ejekku. Aku ketawa. Dia benggang. Dia naik keatas bersamaku. Aku sudah mengibaskan cadar katil.
"Tukarlah. Entah berapa banyak najis dah syaitan lemparkan" Katanya. Aku terus tarik cadar itu.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
CasualeSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...