Kelly dalam keadaan separa kritikal. Dia sudah selamat melahirkan bayi kembar perempuan. Bayinya kini diletakkan disebelahnya.
Walaupun doktor menjangkakan dia akan mati sewaktu proses kelahiran tapi kuasa Allah tiada siapa mampu melawan. Dia mampu untuk melahirkan secara normal dan dia juga masih kuat untuk melihat anaknya. Mendengar suaminya mengazankan anaknya.
Subhanallah.
Pada aku, ini juga dibantu oleh semangat Kelly yang kuat. Semangat yang kuat berjuang untuk terus hidup. Semangat yang tidak mudah mengalah dan kepercayaan sesungguh kepada Allah. Teringat perbualan kami pagi tadi.
Kelly ditahan di hospital lebih awal untuk pemantauan doktor. Kebetulan aku dan Azril datang melawatnya. Selalu aku datang seorang. Memang aku jadi penemannya disaat suaminya tiada. Lagipun, aku juga tiada apa yang hendak dilakukan.
"Ibu dan Ayah datang berdua hari ni. Tak dapatlah ibu teman baby lama hari ni" Kata Kelly sempat mengusik aku dan Azril.
Azril senyum. Aku duduk disebelah Kelly. Azril mengambil tempat duduk disofa disudut bilik bertentangan dengan katil Kelly.
"Tak apa saja nak teman kau hari ni. Kami pun bukan ada benda nak buat. Aku baru balik. Baru ni dapat tengok kau" Kata Azril.
Aku senyum. Seronok dapat suami yang jenis tak kisah ni.
"Azril, Nita. Terima kasih selalu ada saat aku memerlukan korang. Masa aku keguguran, masa aku delivery Umar. Kali ni pun korang ada. Terima kasih" Ucap Kellu.
Mata Kelly sudah berair. Aku lap air matanya. Aku gelengkan kepalanya.
"Alahai, Kelly. Kenapa hujan ni. Tadi cerah. Kalau dah hujan ni, macam mana aku nak balik nanti. Aku parking kereta jauh tau. Nanti tak pasal ada yang demam. Terpaksa ambil katil sebelah kau" Usik Azril.
Aku dan Kelly ketawa.
"Baguslah. Tak adalah aku sunyi malam-malam tanpa teman" Usik Kelly kembali.
Dia tahu Azril suka bergurau. Dia kenal Azril.
"Kalau dah korang berdua dalam ni. Macam mana aku nak teman Nita? Takkan nak tinggal seorang. Tak payah. Wifey kalau demam kali ni, biar hubby jaga kat rumah. Tak payah masuk hospital. Nanti korang pakat nak duduk sebilik tinggal hubby" Azril ketawa dengan ayatnya sendiri.
Aku dan Kelly turut ketawa.
"Nita, Azril. Nanti korang bawa Umar balik. Aku dah bagitahu Alif semalam. Dia setuju biarkan Umar tinggal dengan korang. Lagipun, dia pun tahu keadaan dia. Mana nak jaga Umar. Anak-anak ni lagi. Nak urus diri lagi" Kata Kelly.
Aku angguk.
Umar Aliff sudah diberitahu tentang penyakit Kelly selepas Kelly terpaksa dimasukkan ke hospital kerana ada tumpahan darah pada usia kandungannya sudah mencecah 6 bulan. Doktor sendiri yang memaklumkan kepada Umar Aliff tentang ketumbuhan yang ada didalam badan Kelly. Doktor juga mencadangkan pembedahan dibuat untuk keluarkan bayi untuk peluang ibu selamat lebih tinggi. Namun, Kelly tak setuju. Kelly mahu bersalin secara normal kerana khuatir bayinya cacat atau mati jika dilahirkan tidak cukup bulan.
Entahlah, perubatan bukan bidang aku. Aku tak tahu dan aku tak faham. Apa yang Kelly cerita dan aku faham, macam tulah. Kuat betul Kelly ni.
"Alif datang pukul berapa ni?" Azril bertanya.
Aku siku dia. Kelly dan Azril ketawa.
"Amboi. Ayah Umar kalau dengar Umar nak datang saja, terus lupa Mama Umar" Kelly usik.
"Assalamualaikum, mama" jerit Umar Khalif.
Dia terus meluru kearah Kelly dan menyalami Kelly.
"Panjang umur anak mama. Baru tadi sebut" Kata Kelly selepas menjawab salam si kecil.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...