Bab 59

6.8K 207 4
                                    

Hanya Allah saja yang tahu betapa rindunya aku kepada keluargaku terutamanya isteriku. Lama sudah kami berjauhan dek kerana rajukku.

Pagi ini bangun saja dari tidur untuk melakukan Tahajjud, hati aku dipagut kerinduaan yang teramat sangat. Menitis air mataku saat mengenangkan mereka. Aku ingin kembali kepada mereka.

Sesudah subuh, aku ingin balik ke rumah kami di Damansara tapi teringatkan yang keretaku perlu diselenggara membuatkan aku tangguhkan perjalanan pulangku. Lagipun temu janji sudah dibuat minggu lalu. Oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan kekosongan di Pusat Servis untuk penyelenggara membuatkan aku terpaksa menahan hati seketika. Janji mereka tengahari ini sudah boleh siap.

Aku menghantar kereta di Pusat Servis berdekatan dan meminta mereka menghantar aku ke rumah kembali kerana badan aku terasa tidak sedap. Lagipun tidaklah terlalu jauh untuk mereka hantar aku ke rumah. Jarak lebih kurang 10km saja.

Sampai saja dirumah, aku terus ke bilik. Aku rebahkan diri. Aku rasa dahiku yang sudah panas. Demam. Aku rehatkan badan sehingga aku tertidur. Jam 10 pagi aku terjaga. Aku masuk ke dapur untuk masak meggi. Walaupun meggi tidak bagus untuk kesihatan tapi sup itu elok untuk orang yang demam. Memberi wap dan mengeluarkan panas dibadan.

Selesai makan, aku kembali semula ke dalam bilik. Duduk sebentar. Teringat aku belum solat sunat Dhuha. Pergi ambil wuduk dan terus melakukan Dhuha. Selesai itu, aku rebahkan badanku dan aku terus tak sedar.

“Nita” Saat itu aku tahu aku sedang bermimpi.

Aku balik ke rumah. Nita menyambut aku dimuka pintu. Kami berpelukan melepaskan rasa rindu dalam diri. Sungguh aku tahu itu mimpi tapi aku terasa sangat bahagia.

“Nita” sebutku lagi. Aku memeluk dia makin kuat. Berulang-kali namanya aku sebut bagi menyatakan padanya yang aku sangat merindui dirinya.

Sekali lagi namanya aku sebut. Aku senyum bahagia. Saat itu aku terasa sangat bahagia. Seakan semua kejadian lepas tidak pernah berlaku. Sepertinya aku dan dia disaat awal perkahwinan kami. Bahagia dan gembira.

Aku mengemaskan pelukanku dan mengucup ubunnya. Berkali-kali. Aku benar-benar melepaskan rasa rinduku saat itu. Hanya Allah yang tahu betapa aku mencintai dirinya dan rindu itu tersangat mendalam sehingga aku tidak lepas dari rasa bahagia walaupun didalam mimpi.

Tiba-tiba aku terdengar satu suara menyebut nama Allah. Saat aku buka mata, haruman tubuh Nita aku hidu. Aku lihat Nita sedang membacakan bismillah 5 ditelingaku dalam keadaan tersedu-sedan. Dan kami dalam keadaan sedang berpelukan. Tak ubah seperti didalam mimpiku tadi.

“Nita” sebutku.

Aku lihat wajahnya yang terkejut. Matanya berair.

Aku pula saat itu tidak tahu mahu beriaksi bagaimana. Mahu menangis juga ada rasanya saat itu. Aku bukanlah bermimpi. Dia memang ada didalam pelukanku. Memang aku menciuminya. Allah, subhanallah. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Allahu akhbaar, Allah Maha Besar yang memakbulkan mimpi-mimpiku.

“Wifey minta maaf. Wifey balik sekarang” Kata Nita takut-takut.

Saat itu dia cuba melepaskan pelukan. Aku tariknya dan menguncinya didalam pelukanku. Aku mencium ubunnya, dahinya, hidungnya dan bibirnya. Aku seperti lupa kesakitan yang aku rasa saat itu. Rinduku melebihi rasa sakit.

“Wifey bukan sengaja datang sini. Umar kata nak ambil barang. Lepas tu ternampak hubby selubung. Hubby demam. Menggigil. Sebab tu Nita peluk hubby. Bukan Nita sengaja nak dekat dengan hubby. Nita tau hubby marah lagi kat wifey” Kata Nita lagi.

Luluh hatiku mendengar kata-katanya. Adakah aku begitu menakutkan?

“Hubby janganlah marah. Betul. Ini tak sengaja. Kalau wifey tau hubby ada dekat sini, wifey tak datang. Wifey tak nak hubby lari lagi. Wifey rindu kat hubby. Wifey janji wifey balik. Wifey tunggu hubby kat rumah sampai hubby betul-betul nak balik” Lirih sekali suara itu.

Saat itu aku hanya menahan air mataku dari mengalir.

Aku lihat dia menangis. Aku kucup matanya. Kedua-duanya silih berganti. Dia seperti hendak mengucapkan sesuatu. Aku tak mahu dengar dan aku mengucup bibirnya. Akhirnya aku tak rasa lagi sebarang penolakan. Dia kemudian menangis didadaku. Aku dapat rasakan betapa kuat dia memelukku saat itu.
Air mataku tidak tertahan lagi. Sungguh aku rindukan dia. Aku rindukan dia yang sentiasa menjadikan aku pelindungnya. Yang sentiasa menjadikan aku penyelamatnya. Yang sentiasa menjadikan aku sandarannya. Allahumma solli ala Muhammad.

Lama kami dalam keadaan itu. Aku benar-benar bersyukur saat itu. Entah kemana Allah letak semua rasa marah aku pada Nita. Entah mana hilangnya rasa rajukku padanya. Seperti Allah tarik segala duka dihatiku. Ar-Rahman, Ar-rahim. Al-Malik, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mu’min, Al-Muhaimin, Al-Aziz, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir. Sungguh aku benar-benar bahagia saat itu.

“Umar mana, wifey?” Tanyaku lembut bila kami sudah kembali tenang dalam meluahkan rasa rindu masing-masing.

“Umar dengan Khai dan Nissa ada dekat luar” Jawabnya dan mengangkat mukanya memandangku. Aku mencium pipinya. Sekali lagi aku mencium ubunnya.

“Boleh panggilkan mereka. Hubby tak larat nak bangun” Aku memintanya dengan lembut.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now