BAB 27 : Nita

8.4K 309 10
                                    

                  

Telefon bimbitku berbunyi lagi. Bunyi whatapp masuk. Zaman sekarang, semua whatapp. Jimat dan senang. Aku malas nak tengok.

"Wifey, telefon bunyi tu" Kata Azril yang tiba-tiba duduk disebelahku. Aku menjauhkan diriku darinya. Aku melihat telefonku. Whatapp dari Azril.

Hubby

Marah lagi ke?
Budaklah wifey. Mana dorang tahu special day for special person.

Aku biarkan saja. Hatiku masih marah. Terkenang peristiwa pagi tadi. Aku terlewat bangun sebab penat malam tadi memberikan sesuatu yang istimewa buat sang suami bagi meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-26. Akibatnya.

"Happy birthday, Ayah Lang" Ucap budak-budak berlima itu serentak. Sekaligus membuat aku yang sedang nyenyak tidur terjaga. Terkejut.

Budak berlima itu sudah berlompat-lompat diatas katil kami sambil bergilir mahu memberikan ciuman padanya. Ada yang cium dipipi, didahi. Mana sempat saja. Dan Azril membalas ciuman mereka sambil mengucapkan terima kasih. Aku panas hati.

"Weh, apahal naik kat atas ni? Siapa bagi kebenaran korang naik atas ni? Ibu Lang kan dah cakap jangan naik atas ni tanpa kebenaran. Degil korang ni. Turun" Marahku.

Sebenarnya aku bukan marah kerana mereka naik ke atas tapi kerana mereka memberi ciuman yang pertama kepada birthday boy. Bukankah sepatutnya aku yang jadi orang pertama wish dan orang pertama yang berikan ciuman pertama pada hari ulangtahun kelahirannya? Aku kan isterinya.

Mereka semua menurut arahanku. Tahu salah. Sebab tu sepatah pun tak berbunyi.

Azril hanya gelak. Dia yang berada disisiku aku pandang. Dia kemudian memciumku di bibir.

"Terima kasih untuk hadiah malam tadi" Katanya dan tersenyum mengoda.

Hatiku panas.

"Kenapa ni?" Mungkin dia baru kesan yang aku sedang marah.

"For the past few year since we got married, this is first time my first kiss for my boyfriend birthday being stole" Aku luahkan apa yang ada dihati.

Dia gelak lagi kuat.

Aku dengar bunyi tapak kaki sedang berlari naik ke atas. Aku pandang kearah tangga. Semua terhenti bila aku pandang mereka marah.

"Pergi mandi bergilir-gilir. Siap pakai baju. Jangan naik atas ni. Cepat. Lepas tu boleh siap solat subuh" Arahku.

Mereka memandang Azril. Menunggu arahan dari Azril pula. Azril cuma angguk dan mereka menurut.

"Kenapa nak marah sangat ni?" Katanya lembut.

"They stole my first kiss for this year" Aku mula nak mengamuk.

Dia peluk aku. Aku tepis dan bangun untuk mandi. Aku tahu dia dah mandi kerana rambutnya masih basah.

Dan sehingga kini kemarahan aku masih lagi bernyala. Aku pun pelik kenapa aku marah. Padahal budak saja. Bak kata Azril. Budak akan buat apa yang mereka suka. Tak fikir apa-apa. Dan aku kenapa nak marah sangat ni?

Wifey, come on. Still lips to lips kiss for you. Just for you.

Satu lagi whatapp masuk. Aku biarkan. Hatiku masih panas.

Zahiyanita Zainul Ariffin

Namaku sudah diseru dengan nama penuh. Faham kesabarannya sedang diuji dan dia tak suka.

Bukan marah, terkilan saja

Jawabku ringkas.

Macam mana wifey nak kongsi kasih kalau dengan anak-anak kita ni pun wifey tak boleh nak tahan?
Ini baru berkongsi kasih dengan anak kita. Macam mana nanti nak berkongsi kasih dengan perempuan lain?
Wifey, mereka anak-anak kita walau bukan darah daging kita tapi mereka ini penyeri hidup kita.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now