Bab 52 : Azril

6.3K 242 33
                                    

                  

Sudah 4 bulan Nita keluar dari hospital. Jangankan nak bermesra, senyum padaku juga dia tidak sudi. Dia boleh senyum pada satu dunia tapi tidak padaku. Aku tidak mengerti kenapa. Makin aku dekat makin dia menjauh.

Esok merupakan hari lahirku. Budak-budak berlima itu mendesak untuk meraikan bersamaku. Dari semalam mereka sudah berada dirumahku. Sanggup ponteng sekolah dengan alasan awal tahun, cikgu tidak mengajar. Mujur mak bapa mereka tidak salahkan aku bila anak-anak mereka jadi begini.

"Korang ni ye ye saja nak celebrate birthday Ayah Lang ni, dah sediakan hadiah ke?" Tanyaku pada mereka yang ada disitu.

Termasuk isteriku.

"Mestilah ada. Tapi tak boleh tunjuk sekarang. Rahsia" Jawab Zil.

"Ya ke? Ayah Lang tak nampak pun. Kalau setakat nak bagi hadiah kasih sayang, tak payah sampai nak ponteng sekolah. Ayah Lang dapat rasa dari jauh pun" Usikku.

"Eleh, Ayah Lang tu nak demand lah tu" Damia membalas.

Aku ketawa. Ada saja fikiran budak-budak ni.

"Nak celebrate somewhere tak?" Tanya Aisyah.

Aku pandang si pencadang.

"Contohnya kita masak and picnic dekat pantai ke? Sungai ke?" Ulas Aisyah.

Aku berfikir seketika. Idea yang baik. Lama tak berkelah.

"Ayah Lang suka. So, senaraikan nak pergi mana" Putusku.

Semua gembira dan mencadangkan pelbagai tempat. Tak terlepas dengan Umar Khalif.

"Tak payah nak manjakan mereka sangat. Nanti kalau awak dah tak ada dalam hidup kita orang, susah nak lupakan. Buat mereka rindu. Siapa yang susah? Mak bapa dia orang juga" Nita bersuara.

Yang lain sudah mengeluh.

"Come on, Ibu Lang. Bukan selalu. Kali ni saja" Mawar cuba memujuk.

"Tak payah. Ibu Lang buat ni untuk kebaikan korang. Jangan degil dan jangan pujuk Ibu Lang" Kata Nita. Tegas.

"Wifey, kenapa ni? Sekali sekala kita berkelah. Kita pun lama dah tak berkelah. Please" Aku merayu Nita.

"Esok saya kerja" Kata Nita. Tegas.

Nita sekarang cakap dengan aku mana perlu saja. Nada dia tegas. Tiada lagi liuk manja dan mendebarkan seperti dulu. Benar, sampai satu tahap aku rasa disisihkan dan tidak diperlukan.

"Sejak bila wifey kerja. Wifey kan bos. Please" Aku masih merayu dia.

"Sekarang saya perlu kerja keras agar saya tidak lagi bergantung pada awak. Bila-bila awak lepaskan saya, saya tak akan rasa kehilangan yang maha dahsyat" Nita terus naik keatas.

Aku pandang anak-anakku. Mereka juga memandang aku. Benar, kami tidak faham kenapa. Kenapa dengan Nita? Aku selalu dengar dia kata tentang aku meninggalkan dia. Bila aku tanya kenapa dia cakap macam tu, dia diam. Kadang-kala dia menangis.

"Dah, tidur semua" Arahku.

Zil, Ayush dan Umar Khalif tidur diruang tamu manakala Damia, Aisyah dan Mawar tidur disebalik langsir dibawah ruang tangga.

Benar kata Nita, rumah ini tidak sesuai untuk kami lagi. Anak bujang dan anak daraku tidak boleh tidur setempat seperti dulu. Mereka perlu diasingkan.

Selesai memastikan semua ditutup, aku naik keatas. Aku lihat Nita sudah tidur. Aku makin pelik. Sesuatu yang tidak Nita lakukan terutama di malam hari ulangtahun kelahiranku.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now