Bab 46 : Nita

6.1K 306 24
                                    

                  

Aku buka mata. Aku lihat Mama sedang duduk disebelahku. Ada suara Bonda dan Ayah sedang berbual. Aku rasa dikakiku ada pergerakan. Umar Khalif.

"Ibu dah sedar" Jerit Umar Khalif.

Terus Bonda dan Ayah datang dekat. Aku boleh lihat wajah mereka. Mereka seolah sudah mahu menangis. Kenapa?

Pasti simpati dengan keadaanku. Pasti. Aku yang sudah ternoda. Aku yang sudah kotor kerana dirogol oleh lelaki lain.

"Alhamdulillah" Hampir serentak mereka ucapkan kata syukur.

Untuk apa rasa syukur? Syukur kerana aku masih hidup? Tapi apa guna hidup bila aku sudah kotor? Apa guna hidup andai aku sudah jijik. Pasti suamiku sendiri tak sanggup untuk dekat denganku.

Suami.

Aku mencari kelibat dia. Tiada.

Sudah aku jangka. Pasti dia tak mahukan aku lagi.

Aku separuh sedar saat dia angkat aku. Pasti dia sudah tahu apa yang terjadi. Pasti dia melihat sendiri diri aku yang sudah kotor. Pasti dia jijik dengan aku.

Allah, kenapa tak ambil saja nyawaku? Kenapa biarkan aku hadapi saat dan ketika ini? Kenapa aku diuji dengan cabaran dibenci suami sendiri. Kenapa ya Allah? Kenapa?

Saat itu air mataku mengalir. Umar Khalif memeluk dan mengelap air mataku. Dia kemudian mencium pipiku dan dahiku.

Ya, aku perlu bersyukur kerana masih ada anak ini. Anak yang bukan membesar dari rahimku tapi anak ini kenyang dari air susuku.

Terima kasih, Allah untuk kurniaan ini.

Aku membalas pelukannya. Erat. Benar. Aku perlu bersyukur kerana masih ada seorang anak. Bukan. Aku ada kembar juga.

"Ibu" dan si kembar itu berlari dekat dengan katilku.

"Assalamualaikum" Umar Aliff masuk dan memberi salam.

Aku jawab salamnya perlahan. Si kembar sudah naik ke atas katilku dengan bantuan Ayah dan Bonda. mereka juga memeluk aku.

Ini saja kebahagiaan yang aku ada setelah dibenci oleh suami sendiri. Lantas, nikmat apa lagi yang engkau dustakan, Nita?

"Alhamdulillah, Nita dah sedar. Azril dah tau?" Tanya Umar Aliff.

"Allahuakhbar. Lupa nak bagitau dia" Kata Ayah.

"Mesti dia suka. Time dia tak ada pula Nita sedar." Kata Umar Aliff. Ceria.

Aku buat tak dengar.

Tak perlulah Ayah untuk beritahu dia aku sudah sedar. Dia tidak kisah. Kalau dia kisah, pasti dia sentiasa ada dekat denganku. Lagikan aku demam saja dia tak berenggang dari aku. Apatah lagi dalam keadaanku kini. Itu kalau dia kisah. Masalahnya dia tak kisah sebab itu dia jauh dari aku.

"Lama betul kamu tak sedarkan diri, Nita. Kalau terjaga pun kamu meracau dan menjerit-jerit" Cerita Bonda.

"Awak ni. Dia baru sedar. Jangan cerita benda yang tak sedap didengar" Tegur Ayah.

"Berapa lama Nita tak sedarkan diri?" Tanyaku pada umum.

"Hari ni hari yang ke-7 Nita" Kata Bonda.

Aku pandang mama. Mama angguk. Kesiannya mama kena jaga aku selama 7 hari ni. Macam mana mama tidur? Makan? Siapa yang uruskan segala kelengkapan mama sewaktu dia disini?

Aku pandang Ayah dan Bonda. Ya. pasti mereka.

"Ibu Lang dah sedar" Suara Damia jelas kedengaran sebaik saja pintu bilikku dibuka. Lantas bunyi orang berlari di koridor jelas kedengaran.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now