BAB 6

14.3K 465 7
                                    

"Pandai juga isteri saya masak. Kata tak pandai masak" Puji Azril semasa kami duduk santai selepas solat sunat malam. Semetara nak menunggu azan subuh.

Benda dah lapuk baru nak puji. Malam tadi punya cerita. Dah basi. Kalau puji malam tadi, syok juga bunyinya. Ini dah tukar hari baru nak puji.

Huh!

"Pagi ni bolehlah masakkan breakfast pula" Katanya lagi.

"Patutlah puji pagi ni. Ada niat tersembunyi rupanya" Sinis kataku. Aku mengerotkan bibirku sambil mengoyangkan badanku.

Dia ketawa tapi pandangannya tajam menikam sanubariku.

"Boleh sayang. Sayang nak makan apa pagi ni?" Masih dengan nada sinis aku menyambung kata.

"Cuba dengar ni" Azril terus menarik kepalaku dan melekapkan telingaku di jantungnya.

"Cuba cakap sayang sekali lagi"

"Sayang"

"Dengar tak"

Aku menarik kepalaku perlahan. Wajah bersalah aku pamerkan untuknya.

Ya. Dengar dengan jelas. Tak ada prejudis. Degupan jantungnya kuat bila aku sebut sayang.

Rasa bersalah pula. Adakah kerana aku jarang bermanja dengannya? Atau mungkin aku tak ada panggilan mesra untuknya? Suara mama membebel kembali terngia-ngia dibenakku.

"Korang dah kahwin dah berbulan dah. Walau apa pun penerimaan kau kat Azril tu, dia tetap suami kau yang perlu kau hormati lebih dari Mama dan Abah. Mulakan dengan panggilan yang baik. Yang sopan dan hormat. Panggillah abang ke. Tak pun macam orang sekarang duk panggil suami dia hubby. Tak kisahlah. Panggil nama ni kasar bunyinya. Dia bukan kawan kau tau. Dia tu suami kau. Kau kena ingat tu. Syurga kau sekarang diatas redha dia. Bukan Mama lagi"

"Azril suka Nita panggil Azril sayang ke?" tetiba aku tukar suasana ceria tadi jadi sayu. Walaupun aku ini boleh dikatakan kuat hatinya tapi bila berurusan dengannya, segala kekuatan itu macam tiada. Air mata senang saja nak mengalir. Hairan betul dengan diri sendiri.

"Kenapa ni, Nita? Tiba-tiba sayu je" Azril menarik aku yang sedang bersila untuk mengadapnya.

"Mama kata Nita tak hormat Azril sebab panggil nama saja. Mama kata kena panggil abang sebab tanda hormat. Tapi Nita tak suka panggil abang sebab kat luar sana, lelaki yang lebih tua dari Nita or yang Nita tak kenal, Nita panggil abang. So, apa yang special kalau panggil 'abang'. Ramai lelaki kat luar sana Nita panggil abang" Jelasku. Aku lihat dia angguk. Mungkin faham atau mengiakan kata-kataku.

"Bila Azril suka Nita panggil sayang tadi walaupun dalam nada sinis, Nita rasa bersalah. Nita tak pandai nak bersayang-sayang sangat. It just not me. In fact kalau kat luar tu, orang panggil sayang ni dah macam panggilan common. Dah tak special. Ramai gila orang tengah bercinta bersayang-sayang tapi Nita rasa tak romantik pun. Geli adalah. Nak pula kalau peniaga yang boleh bargain, mesti panggil sayang. Nak tarik customer, panggil sayang. Panggilan sayang tu macam dah tak ada nilai istimewa" Aku terus meluahkan apa yang aku rasa.

"Nita, Saya tak kisah macam mana pun Nita nak panggil saya. I know you are different. Just do it as you. Saya tak kisah. Saya akan cuba untuk faham. Dan bantu saya untuk faham. Boleh?" Kata Azril sambil mengenggam kedua tangannya dibahu aku. Seakan memberitahu aku, percaya dia.

"Tapi jangan panggil aku-kau sudah. Itu buat hati saya hancur" Katanya. Aku nampak dia cuba tahan ketawa.

"Ish, itu bukan kasar dah tapi kurang ajar namanya" Balasku. Aku membalas senyumannya.

Dia merenung mata aku. Aku pandang ke bawah. Dia kemudian menarik aku kedalam pelukannya. Namun, aku terus baring di ribanya. Dia mengusap ubunku. Dan mengucupnya sesekali. Aku hanya pandang ke syiling tanpa memikirkan apa-apa.

"Dari pandang syiling tu, baik pandang saya. Dapat pahala" Guraunya. Aku pandang mukanya.

Senyum.

"Boleh tak nak tanya satu soalan tanpa dapat jawapan cliché" tiba-tiba aku bersuara. Teringat sesuatu. Dia angguk. Senyum lagi.

"Azril kerja sambil belajar ke?"

"Kenapa tanya?"

"Tak boleh tanya tak apalah"

Dan soalan tu dibiarkan tanpa jawapan. Biarlah. Lain kali serang lagi. Aku ada sepanjang umur untuk bertanya dia. Tak perlu mendesak.

"Masakkan kuey tiow goreng pagi ni" Pintanya.

Aku angguk. Dia kucup lagi ubunku. Aku senang bila dia mengucup ubunku atau dahiku. Aku terasa dekat dengannya. Rasa selamat bila dia buat begitu.

"Terima kasih" Ucapnya.

Aku hanya angguk.

"Terima kasih" Ucapnya lagi.

Aku angguk lagi.

"Terima kasih"

"Sama-sama" jawab aku. Mungkin dia nak aku jawab.

"Terima kasih"

"Sama-sama" Aku mula nak benggang.

"Cakap terima kasih pun nak marah"

"Ye lah. Sekali cukup lah. Ni berkali-kali. Penatlah nak jawab" Aku bangun dari baringan aku.

Marah.

"Cute betul kalau Nita marah. Saya suka" Katanya dan mencuit daguku. Terus aku senyum. Kembang gak kena puji.

"Azril minta duit kat Ayah dan Bonda ke nak bagi duit kat Nita?" tetiba soalan tu keluar. Aku pun hairan macam mana pertanyaan itu boleh keluar.

"Nita, apa yang saya bagi kat awak. Dari saya. Bukan dari sesiapa. Awak isteri saya, tanggungjawab saya"

"Nita bukan apa. Nita tak nak Azril bebankan orang tua kita. Rumahtangga kita. Kita uruskan. Lepas exam nanti, Nita boleh cari kerja sebab next sem cuma ada 2 paper je. Yang kena repeat tu. So, boleh buat kerja sambilan. Nanti bila kena internship senang. Dah ada kerja. Tak payah nak cari lagi" aku menyatakan pendapat aku. Dia angguk.

"Tak ganggu pelajaran Nita? Tak melanggar etika universiti?" Tanyanya.

"Tak kot" Jawabku. Masih ragu jawapan yang sebenar.

"Kot?" Tanyanya semula.

Aku hanya senyum. Mana aku boleh ramal masa depan tapi aku rasa macam tu lah. Aku pun tak pernah ambil kisah tentang peraturan Universiti. Aku tahu, selagi aku tak langgar peraturan Allah dan kemanusiaan makanya aku tak bersalah.

"Saya pernah cakap kat Nita dulu. Saya beri sepenuh kepercayaan dan kebebasan untuk Nita buat apa saja keputusan yang baik untuk Nita dan keluarga kita. Andai Nita rasa keputusan itu baik untuk Nita, saya terima. Tapi saya tak nak Nita buat semua ni sebab Nita risaukan saya. Nita kena percaya saya. Saya tak buat apa-apa keputusan kalau saya tak yakin. Saya yakin saya mampu dan boleh sara Nita, sebab itu saya meminang Nita. Jadi, jangan timbul soal duit lagi. Nita tanggungan saya. Bukan saya tanggungan Nita" Katanya. Tapak tangannya diletakkan ke pipiku. Dah serupa bapa budak bercakap pada budak hingusan.

t

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now