BAB 2

17.2K 593 3
                                    

Aku biarkan dua beranak itu berbincang dan membuat keputusan. Walaupun bonda ada juga menanyakan pendapatku tapi dia selalu menangkis bila aku mengeluarkan pendapat. Malas mahu bertekak. Aku biarkan dan hanya ingin melihat perangainya. Lagipun, aku tak nak Bonda melihat kami bertelagah. Tak selesa rasanya.

Dari pemerhatian aku hari ini, aku rasa aku perlu fikirkan lagi. Dia sangat cerewet. Yang paling aku tak boleh terima, langsung dia tak bagi aku peluang untuk memilih. Aku mula menilai yang dia bukan seorang yang boleh dibawa berbincang. Dan aku rasa hidup aku bakal dikongkong. Aku betul-betul kena fikirkan semula.

Mengikut kata bonda, Mama dan Abah minta untuk buat majlis resepsi sekali saja iaitu dirumahku. Kata Bonda, Abah tak mahu guna banyak wang untuk majlis kerana banyak wang lagi yang perlu digunakan bila sudah berkahwin.

Penyataan itu buatkan aku makin terkilan kerana tidak boleh membuat keputusan untuk majlis persandinganku sendiri. Saat tu terasa nak menangis. Kejamnya lelaki yang bakal bergelar suamiku. Aku punya perkahwinan idaman aku sendiri. Tak bolehkah dia bertanya pendapatku? Dan menerimanya dengan senang hati. Ini semua mengikut kehendaknya walaupun hanya untuk baju untuk nikah.

Sudahlah pilihannya yang nampak sangat mahalnya. Aku suka sesuatu yang ringkas tetapi tetap menarik. Ada beberapa yang aku suka dan harganya juga berpatutan. Apa kejadahnya nak guna benda mahal sedangkan nak gunanya sekali saja. Aku betul tak faham cara orang berduit berbelanja. Membazir. Sudahlah tu, nak tempah bukan sewa. Aku takkan nak pakai baju macam ni lagi pada waktu lain. Memalukan.

Selesai urusan di butik pengantin yang terletak di dalam bangunan Plaza Masalam itu, kami menjamu selera di tingkat bawah. Kemudian, aku dibawa ke kedai emas milik Pakcik Habib. Bonda meminta aku memilih. Namun, setiap pilihanku dijawab dengan gelengan.

"Yang ni paling cantik" Aku teruja melihat sebuah cincin bertahta belian. Beliannya tidak timbul tapi cukup cantik dan kemas pembuatannya. Kemas dan ringkas.

Dia mengeleng.

Aku juga geleng melihat harganya. Mahalnya. Sebentuk cincin tapi harganya hampir RM3,000. Walaupun ia sangat menarik minat aku tapi melihatkan harganya buatkan aku fikir kembali.

"Kalau macam tu ambil yang tu. Cantik juga. Harga dia pun berpatutan" Kataku. Bonda angguk.

Budak yang melayan kami pun mengeluarkan cincin yang aku tunjuk itu. Cincin tanpa batu berlian tapi punya corak yang diukir. Campuran emas putih dan emas kuning. Menarik walaupun tidak tertanding menariknya cincin tadi. Aku acukan di jari manisku. Aku tunjukkan padanya dan Bonda.

Tepat jangkaanku. Dia geleng. Bonda pula tak beriak.

"Cuba yang cincin Nita pilih tadi tu" Cadang Bonda. Aku tanggalkan cincin yang ada dijariku dan serahkan pada pelayan itu dan dia meletakkan kembali cincin itu ditempatnya sebelum mengambil cincin yang dimaksudkan Bonda.

Pelayan tadi menyuakan cincin yang aku sangat berkenan itu. Aku acukan di jari manisku. Sangat cantik pada pandangan aku. Aku sangat sukakannya tapi memikirkan harga, kegembiraanku pudar. Aku pandang dia. Tunjukkan padanya. Dia geleng.

Geleng lagi sekali!!

"Awak pilihlah. Bonda, Nita nak pergi washroom" Aku berlalu.

Mata aku sudah berair. Cepat saja langkahku. Mana mungkin aku biarkan semua orang nampak mataku yang sudah berair. Malulah.

Sampai saja didalam tandas, aku menghemburkan airmataku semahunya. Aku benar-benar sedih. Sampai hati. Apa salahnya ucapkan sesuatu yang menyenangkan hati. Macam Bonda. Dia tak setuju tapi tak kata secara terang. Berlapik. Tak boleh ke buat macam tu?

Lama selepas itu, aku mula rasa tenang. Aku pujuk hatiku. Cuba untuk berfikir yang baik-baik tentangnya. Bila aku mula tenang, aku basuh wajahku. Mujur aku bukan orang bermake up. Kalau tidak, pasti lagi lama waktu yang diperlukan untuk touch up.

"Jom saya hantar awak balik" Katanya sebaik melihat aku. Aku mencari bonda.

"Bonda dah balik. Ada saudara datang rumah" Jelasnya.

Aku angguk dan mengikut langkahnya. Berjalan dibelakangnya. Memerhatikannya dari belakang. Dia adalah lelaki yang bakal menjadi suamiku dalam masa kurang dari 2 bulan. Mampukah aku sentiasa ikut katanya? Mampukah aku mengikut rentaknya sedangkan selama ini aku hanya mengikut rentak dan langkahku sendiri tanpa ada sesiapa menghalang.

Perjalanan kami sunyi. Aku pun tak nak bercakap apa pun dengannya. Mungkin benar katanya, aku perlu bertanya Allah dulu sebelum membenarkan sebarang keputusan dibuat untuk diriku.

"Saya tak suka awak menangis kerana saya. Bila kita sudah sah menjadi suami isteri, saya mohon awak luahkan saja apa yang ada dihati awak. Start from now. Practice make perfect." Katanya sebaik kereta sampai dihadapan rumah. Aku memandangnya.

"Saya tahu awak menangis. Air muka awak dah tunjuk. Bila awak keluar dari washroom tadi saya nampak mata awak bengkak. Saya nampak air muka awak yang sangat kecewa" Sambungnya. Aku angguk dan terus keluar dari kereta. Dia ikut keluar dari kereta. Dan bersandar di pintu kereta.

"Nita, air mata awak terlalu mahal untuk dibazirkan. Saya masih tak boleh nak comfort awak sekarang ni tapi saya mohon. Selesakan diri awak dengan saya. Jangan pendam segalanya dalam hati awak. Kita bakal kongsi hidup bersama. Maknanya kita kena biasa kongsi semuanya bersama mulai sekarang" Katanya sewaktu aku melewatinya. Aku hentikan langkahku dan mula menghadapnya.

"Jom masuk. Saya nak pulangkan awak pada keluarga awak" Katanya dan mula melangkah masuk kedalam rumah. Aku ikutnya dari belakang. Selepas bersalaman dengan abah, dia berlalu. Aku beredar ke bilik.


Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now