BAB 8

11.7K 375 4
                                    

"Nita, nanti kita lunch dekat luar nak? Ajak budak-budak tu sekali" Azril mengemukakan cadangan selepas kami masuk ke bilik selepas sarapan. Kami duduk diatas katil. Berehat sebentar setelah perut penuh dengan makanan. Aku pandang sekeliling bilik.

Hari ni nak kemas bilik. Bilik aku dah macam kapal pecah semalam. Mujur aku punya suami yang agak rajin. Dia yang kemas bilik. Aku balik dari kerja, tengok kemas saja bilik. Hari ni nak sapu dan mop. Buang habuk yang bertenggek.

"Boleh juga. Lagipun, mama dengan abah nak keluar kejap lagi. Nak pergi kenduri kahwin. Tapi kena balik awallah. Malam nanti mak bapa mereka nak jemput. Esok sekolah" aku beritahu Azril.

"Dah sekolah ke? Tengok macam budak lagi" Azril bertanya.

"Aisyah tu dah 6 tahun la. Mawar, Damia dan Zil dah 5 tahun. Ayush saja yang baru 4 tahun tapi semua pun dah pergi tadika" terang aku.

"Awalnya dah pergi tadika" Penyataan dari Azril. Aku angguk.

"Aisyah dan Ayush tu Kak Azie dah hantar ke tuisyen dah. Pagi pergi tadika. Petang pergi tuisyen. Malam pergi kelas mengaji Al-Quran" Terang aku lagi.

"Kesiannya. Anak kita nanti jangan nak buat macam tu ye. Biar mereka rasa zaman kanak-kanak yang meriah. Tak payah nak bebankan mereka dengan pelajaran. Biar mereka belajar jadi kuat dulu" Azril memberiku amaran.

"Allah. Biarlah Kak Azie nak buat macam mana pun dengan anak dia. Setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Ada impian untuk anak-anak mereka" Kataku.

"Saya nak anak-anak kita bebas buat pilihan masing-masing. Saya tak nak kita tentukan dia nak jadi apa. Saya tak nak dia kena kongkong untuk belajar untuk dapat result cemerlang sebab kita tak nak malu dengan kawan-kawan kita. Saya tengok sekarang mak bapa macam tu. Takut anak gagal sebab nanti bila kawan tanya, malu nak jawab. Saya nak kita bangga dengan anak kita walau apa pun yang dia buat" aku angguk. Aku faham dan aku setuju.

"Dah habis menyampaikan amanat?" tanya aku. Saja mengusik dia.

Dia pandang aku. Dia cubit pipi aku dengan kedua belah tangannya.

"Amboi" kemudian dia mencium pipiku.

Tiba-tiba pintu bilik aku di buka. Muka Damia dan Mawar tersengih di pintu bilik. Dah lah tak ketuk pintu. Kacau daun betul.

"Ayah Lang nak cium gak" Damia terus meluru kearah Azril. Aku bangun dari katil.

Azril mendukung Damia dan terus menciumnya.

"Nak juga" diikuti oleh Mawar, Ayush dan Aisyah. Semua naik ke atas katil dan meluru menerkam Azril. Semua berebut nak cium Azril. Manja sangat dengan Azril. Azril pun melayan saja.

"Weh, Ibu Lang cakap apa? Jangan naik atas katil Ibu Lang, kan? Korang nak kena ke?" garang aku memarahi mereka. Aku memang tak suka sesiapa pun duduk atas katil aku apatah lagi buat sepah macam yang budak-budak ni cuba nak buat.

"Ibu Lang ni tak sporting. Macam mak nenek. Suka membebel" Kata Mawar.

"Apa?" Dan aku terus mengeletek mereka diatas katil aku. Riuh bilik aku dengan gelak ketawa kami.

4

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now