BAB 28 : Azril

7.9K 316 12
                                    

                  

Aku menyelak rambut Nita. Nyenyak sungguh dia tidur. Aku senyum saja melihatnya. Sangat comel dan sangat menawan hatiku. Aku lihat wajahnya. Kulitnya licin walaupun tidak putih tapi tidak juga gelap. Bibirnya nipis dan bentuknya kecil. Hidungnya tidak mancung tapi tidak juga penyet. Sedang- sedang. Dan yang sedang-sedang inilah yang menjadi kesayanganku.

"Abah" Nita bersuara.

Nita ada satu tabiat tidur. Dia suka mengigau. Kadang kala aku tak tahu bahasa apa yang digunakan. Aku dulu terkejut juga. Tapi lama kelamaan sudah jadi biasa.

Aku pasti dia sangat bosan. Nita tak akan keluar dari bilik tanpa aku bila ditempat orang. Tak kira dalam Malaysia atau diluar dari Malaysia. Aku bukan sengaja seksa dia teman aku berkursus tapi aku yang tak sanggup nak terima sebarang kejutan.

Semenjak dia tidak bekerja, pelbagai kejutan dia berikan bila aku tinggalkan dia lama. Mula-mula dulu dia bagitahu aku yang dia mula buat promosi untuk kawannya. Kali kedua tiba-tiba dia berminat dengan emas. Aku terkejut sangat. Selalu aku ajak dia ke kedai emas, dia paling tak mahu. Kalau aku belikan pun dia bising kerana dia tak suka pakai barang emas.

Tup-tup aku tinggalkannya dua minggu dan bila aku balik dia ajak aku ke sebuah bank antarabangsa untuk membeli wang dinar dan kepingan emas. Itu belum lagi dia membeli kepingan emas dari kawannya. Bila ditanya kenapa, dijawabnya.

"Sebab emas aset yang paling senang hendak dicarikan. Kalau nanti kita tak ada duit atau terdesak nak pakai duit, kita pergi saja gadai" Jawabnya.

"Tapikan kita dah ada rumah yang Nita beli untuk buat sewa tu. Kalau perlukan wang, kita jual sajalah" Kataku.

"Itu aset tetap yang susah nak dicairkan. Berapa cepat sesebuah rumah itu boleh dijual? Sebulan? 2 bulan? Kadang-kadang makan tahun baru boleh jual. Masa tu, apa pun susah nak diuruskan bila kita benar-benar terdesak nak pakai wang"

Betul aku tak boleh berfikir sepertinya. Pemikirannya dalam bab kewangan sangat menakjubkan aku. Sebab itu aku biarkan wang gajiku dia yang uruskan. Selesai masalah.

Kali ketiga aku tak mahu lagi sebarang kejutan. Dia sentiasa ada cara untuk cari wang sendiri walaupun aku berinya setiap bulan wang untuk dia belanjakan untuk dirinya sendiri. Yang bestnya, wang yang aku beri itu dibuat simpanan Fixed Deposit dengan setiap bulan interest dan setiap bulan penambahan. Walau aku tak pernah melihat simpanannya tapi aku yakin melebihi apa yang aku miliki.

Yang paling aku suka tentangnya, dia tak pernah lupa untuk bersedekah. Dan dia ada satu tabung yang mana dia akan masukkan setiap hari RM10 ke dalam tabung itu. Setiap bulan tabung itu akan dikeluarkan isinya untuk diberikan kepada masjid. Dan si pembawa wang itu adalah aku.

Kadang aku segan juga untuk meletakkan wang itu sewaktu tabung masjid sedang berjalan kerana orang akan memandang aku dan memuji aku sedangkan wang itu adalah hasil dari isteriku ini. Jadi aku selalu masukkan duit ke dalam tabung selepas solat jumaat. Itu pun aku tunggu bila jemaah ramai yang sudah keluar dan aku letakkan didalam sampul surat.

Tink

Bunyi telefon Nita. Aku lihat. Mesej dari Bonda menggunakan whatapp. Aku buka dan membacanya.

Bonda

Jaga diri dan jaga anak bonda sama. Tabah dan sabarlah sayang. Pasti ada hikmah atas semua yang berlaku.


Pelik bunyinya. Kenapa pula ni? Aku mencari perbualan mereka yang paling awal sehingga aku menjumpai isu penting.


Maaf bonda terlepas bagi nombor kamu pada Nenda.

Tak apa bonda. Nenda dah call tadi.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now