Sudah lebih setengah tahun aku bergelar suri rumah sepenuh masa. Kelly pun sekarang sudah dalam tempoh sarat mengandung. Azril mencadangkan agar aku membuat rawatan hormone untuk menghasilkan susu dipayudaraku. Usul itu masih aku pertimbangkan kerana beberapa factor yang sangat membimbangkan aku.
Pelbagai aktiviti aku lakukan untuk menghilangkan rasa bosan bergelar surirumah sepenuh masa ini. Salah satu aktiviti yang aku lakukan adalah kerja-kerja sukarelawan. Bila ada kelapangan dan diperlukan aku sedia untuk berkhidmat. Itu pun seandainya Azril tiada. Sekadar aku ingin mengisi masa aku yang terluang.
Kadang kala aku akan ke Maris Sdn Bhd. Encik Bahar meminta aku untuk menyemak akaun syarikat. Jawatan aku masih tiada siapa yang pegang. Encik Bahar kata dia sengaja biarkan kosong. Lagipun tiada yang layak untuk memegang jawatan tersebut.
"Habis tu Nita. Kau duduk kat rumah buat apa?" Tanya Kak Saniah. Salah seorang sukarelawan yang aku kenal.
"Duduk besarkan badanlah, Kak" Jawabku sambil ketawa kecil.
"Alang-alang kau pun tak buat apa-apa. Apa kata kau tolong akak buat promosi untuk page facebook akak. Akak dah tak cukup tangan nak buat promosi. Nak ambil pekerja untuk buat kerja marketing takut tak mampu nak bayar" Cadang Kak Saniah.
"Mana saya reti buat FB page kak. Saya pun bukan aktif sangat dekat FB untuk business. Saya guna FB untuk personal saja" Jawabku jujur.
"Nanti akak ajarlah kau. Bolehlah. Nanti akak bayarlah kau. Kau bagitahu saja berapa tapi janganlah mahal sangat" Pujuk Kak Saniah. Aku fikir seketika. Peluang ni.
"Okeylah, kak" Putusku. Apa salahnya. Aku dapat tolong orang lain dan aku belajar sesuatu yang baru.
"Tapi"
"Tapi apa pula?"
"Saya cuti bila Encik Hubby saya ada dekat rumah, ya?" Kataku sambil tersengeh.
"Laki kau cuti bila?" Tanya Kak Saniah.
"Tak tentu, kak"
"Tak apalah. Sehari je pun cuti seminggu, kan?" Tanya Kak Saniah. Aku geleng.
"Empat ke lima hari, Kak. Kadang seminggu" Jawab aku. Dia dah terbeliakkan matanya.
"Laki kau kerja apa?" Tanyanya. Pelik mungkin.
"Driver, kak" jawabku menyembunyikan fakta.
Kalau ada soalan seterusnya baru aku akan jawab fakta yang tersembunyi. Aku tak suka pandangan masyarakat. Suka menilai kehidupan manusia melalui pekerjaan mereka. Dan mula pertanyaan yang boleh meruntuhkan kepercayaan pasangan berkumandang. Itu belum lagi yang memandang kami kaya dan tak perlu buat apa-apa sebab dah selesa dengan wang ringgit.
Pada aku, Azril tetap seorang pekerja walaupun punya gaji yang lumayan. Bila-bila masa dia boleh diberhentikan perkhidmatan. Sebab itu aku membuat rancangan kewangan untuknya.
Aku belikan dia rumah menggunakan wangnya. Kini dia sudah mempunya 3 buah rumah pangsapuri mewah dengan nilai sewaan RM2500 sebulan setiap satu. Setelah ditolak ansuran bulanan, dapatlah lebih kurang RM3,000 sebulan. Wang itu pun tidak kami gunakan. Itulah buat tabungan masa hadapan.
Jangan risau, semua rumah itu atas nama Azril. Walaupun Azril mahu letak atas namaku tapi aku menolak. Bukan menolak tuah tapi aku khuatir andai sesuatu terjadi dalam hubungan kami, benda itu akan menjadi pertikaian. Maklum saja, saat kita marah semua sayang akan melayang.
Wang dia. Harta dia. Wang aku. Harta aku. Mudahkan? Cuma rumah yang kami duduk ini saja telah dipindakan keatas namaku. Kata Azril, ini hadiah hantaran untuk aku. Walau aku cuba menolak tapi dengan sokongan bonda dan Ayah, aku mengalah dan menerimanya dengan syarat andai apa-apa berlaku pada jodoh kami dia tak perlu buat tuntutan cuma perlu untuk minta. Dan dia buat syarat balas, rumah ini bukan harta sepencarian tapi hadiah untuk seorang isteri.
"Macam mana korang sara hidup? Kalau dah banyak hari cuti dalam seminggu. Bukan driver gaji based on elaun perjalanan ke?" Hairan mungkin dia.
"Entahlah, kak. Hidup macam biasalah, kak. Dulu masa saya kerja pun, gaji saya tak berusik. Semua dia tanggung. Dia bagi duit lagi kat saya" Jawabku. Kali ni aku jujur tanpa sembunyi apa pun.
"Laki kau ada buat business sampingan kot. Tak pun dia buat MLM" Teka Kak Saniah.
Aku cuma angkat bahu sambil tahan ketawa dalam hati. Pandainya Encik Hubby tu meniaga. Tawar menawar pun tak reti.
"Kalau macam tu, akak bagi kau RM1,000 sebulan. Duit tu upah kau termasuk FBAds yang kau kena bayar. Cukup tak?" Putus Kak Saniah.
"Entah, kak. Saya pun tak tahu. Bila akak nak ajar saya buat FB ads nya. Saya memang serius tak tahu ni" Kataku. Teruja nak belajar sesuatu yang baru.
"Sekarang pun boleh tapi kau nampak chief tu?" Kak Saniah menunding jari kearah seorang lelaki yang sedang menuju kearah kami.
"Tu, dia nak suruh kita buat kerja dah tu. Jom" Sambung Kak Saniah.
Aku senyum. Ada-ada saja Kak Saniah ni.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...