BAB 45 : Azril

6.8K 377 53
                                    

Sudah 4 hari Nita masih tidak mahu sedar dari tidurnya. Sama ada dia terus tidur atau tiba-tiba meracau. Namun, masih tidak membuka matanya. Masih didalam lenanya. Dia seakan rasa selamat bila tidur.

Tapi hari ini dari pagi sehingga waktu Asar, dia tidak meracau lagi. Itu sudah cukup buat aku rasa lega. Sekurang-kurangnya aku tahu, dia sedang aman.

Setiap malam, Umar Khalif dan aku membaca yassin dan Al-Mulk untuknya. Entah kenapa Al-Mulk. Mungkin sebab itu adalah surah kegemaran Nita. Surah itu Nita hafal dengan baik. Memudahkan dia untuk ikut baca bersama.

Semalam bibir Nita kering. Sudah beberapa hari dia tidak makan dan tidak minum. Asyik tidur saja.

Maghrib semalam sudah aku buatkan air dengan bacaan Al-Fatihah sebanyak 40 kali dan aku sudukan ke mulut Nita dengan selawat. Cara ini aku selalu lakukan bila Nita dan Umar Khalif deman tapi aku buat dengan niat untuk pulihkan semangatnya. Oleh itu disetiap 'Iyyakanakbuduwa iyyakanastain' aku titipkan doa agar semangatnya pulih dan dia tidak mengalami kemurungan.

Pada aku tak salah mencuba apa yang kita tahu. Cuba untuk kebaikan. Sakit itu datang dari Allah dan penyembuh itu juga Allah. Sebagai manusia kita perlu berusaha dengan berjumpa doktor tapi minta kesembuhan tetap pada Dia Yang Satu.

Esok aku perlu pulang seketika. Menguruskan beberapa perkara berkenaan dengan permohonan untuk bercuti panjang untuk menjaga isteriku. Mengambil cuti tanpa gaji.

Tak apalah, mungkin beberapa bulan ini terpaksa menggunakan duit simpanan untuk kelangsungan hidup. Atau mungkin boleh gunakan duit hasil sawit Nenda. Nantilah aku fikirkan lagi. Yang penting sekarang ini, Nita. Aku perlu sentiasa ada dengan dia sehingga dia pulih sepenuhnya.

Aku sudah minta Mama menjaga Nita sementara aku keluar uruskan urusan kerjaku. Bonda yang akan mengambil Mama. Makanya ketiga mereka akan berada disini untuk menjaga Nita dan Umar Khalif. Aku harap segala urusan untuk esok berjalan lancar. Amin.

Aku membaca Al-Matsurat. Nita juga rajin melakukan amalan harian setiap pagi dan petang Rasullullah s.a.w ni. Aku tidaklah rajin. Bila mahu membacanya, baru aku baca. Tapi selalunya bila dirumah, aku membacanya bersama Nita. Sudah alang-alang jemaah Solat Fardu Asar. Ikut sajalah dia membacanya.

Aku pandang muka Nita selepas selesai bacaan Al-Matsurat. Dia tersenyum. Senyuman yang aku rindui.

"Ayah, Ibu senyum" Kata Umar Khalif sambil menunjuk Nita.

Aku angguk dan senyum padanya.

Saat itu aku amati senyumannya. Bahagianya senyuman itu. Kebahagiaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Teramat bahagia. Tiba-tiba senyuman itu pudar dan bertukar menjadi duka. Airmatanya mengalir.

"Jangan tinggalkan Ibu" jerit Nita.

Nita meracau. Dia bangun dari baringnya. Segera aku menarik Umar Khalif turun kebawah.

"Hubby, anak kita. Anak kita nak tinggalkan kita" Kata Nita bila dia membuka matanya.

Dia kemudian menangis dan meraung. Aku duduk dihadapannya dan memeluknya. Erat. Aku bacakan tasbih, tahmid dan takbir di telinganya. Lama kemudian dia berhenti menangis dan kembali tidur.

Aku tak tahu kenapa dia seperti tak mahu terus sedar. Seperti dia tidak bersedia menghadapi dunianya. Kenapa? Bukankah tadi dia sudah terjaga? Kenapa mesti mahu tidur lagi? Kenapa tak mahu bangun?

"Assalamualaikum" Suara Zura, adik bawah Nita memberi salam.

Mama juga masuk bersama Abang Zack dan Mawar.

"Waalaikummussalam" Jawab aku dan Umar Khalif serentak.

Aku bergerak mendekati mereka untuk bersalam dengan Mama dan Abang Zack. Dengan Mawar kini sudah aku letakkan benteng untuk bersentuhan walaupun dia anak saudara Nita.

"Mana yang lain?" Soalan itu aku tuju pada Mawar.

"Kau ni Azril. Cukuplah aku bawa Mawar seorang. Yang lain tu mana aku nak letak" Jawab Abang Zack.

"Tak lengkap bila mereka tak cukup ahli" Jawab aku.

Aku rindukan mereka. Semalam mereka datang dan menemani aku sampai ke malam. Bercerita pelbagai perkara. Dengan mereka juga aku ceritakan segala apa yang aku rasa saat ini. Kerisauanku. Mereka sudah besar untuk dikongsikan cerita dukaku. Mereka tidak seperti Umar Khalif yang masih kecil dan tidak banyak faham akan hal hati dan perasaan.

"Nita macam mana?" Soal Mama. Zura sudah duduk disebelah Nita.

"Dari pagi tadi dia tak meracau cuma baru ni dia menangis. Entahlah, Mama" Mama tepuk bahuku. Aku lihat Mawar sudah datang dekat dengan Nita. Dia cium dahi, pipi dan hidung Nita.

"Ibu Lang, cepat sembuh" Kata Mawar.

Umar Khalif yang mengikut Mawar tadi menadah tangan dan mengaminkan.

Aku senyum melihat telatahnya. Aku baru perasan. Setiap kali ada yang mengucapkan sesuatu pada Nita, dia akan tadah tangan dan aminkan.

"Pandainya anak Ayah aminkan doa Kak Mawar" Kataku yang sebenarnya hendak bertanya tanpa soalan.

"Ibu baru ajar Umar. Ibu kata bila ada orang cakap benda baik, kita kena aminkan doa dia. Ibu kata apa yang kita cakap, buat dan fikir adalah doa" Terang Umar Khalif tanpa aku bertanya.

"Iya? Ibu tak ada ajar Ayah pun" Kataku.

"Iya. Ibu baru ajar Umar masa Ayah kerja hari tu" terangnya lagi.

Aku senyum.

"Tipu je Ayah Lang ni. Bukan Ayah Lang ke yang cakap macam tu dulu" Tangkas Mawar.

Sudah. Aku pening pula nak jawab. Aku cuma melakukan reverse psikologi dengan Umar Khalif. Mawar pula anggap serius.

"Jawablah Abang Azril" Zura sudah tersenyum-senyum padaku yang sudah gugup.

"Maksud Ayah Lang, Ayah Lang belum pernah ajar Umar benda ni. Ayah Lang cuma nak tahu saja" Aku tergagap menerangkan pada Mawar.

"Tapi janganlah menipu. Ayah Lang yang selalu marah kalau kita orang menipu" Marah bunyinya si Mawar.

Abang Zack gelak.

"Mawar, it's so call psikologi reversation" Terang Abang Zack.

Aku angguk.

"Apa benda tu?" Soalnya semula.

Aku tepuk dahi. Zura sudah gelak.

"Pergi google" Kataku.

Mawar mengeluarkan telefon bimbitnya dan duduk di sofa.

Mawar sudah menaip sesuatu ditelefon bimbitnya. Tekun dia membaca. Kepalanya diangguk-anggukkan.

"Ok. Crystal clear" Kata Mawar.

Aku tarik nafas lega.

"Mama ingat malam ni biar Mama jaga Nita. Esok lepas urusan kau selesai, baru Mama suruh Zira ke Zura ke datang ambil mama. Esok pun Zahran nak balik. Risau katanya dengan keadaan Nita" Usul Mama.

Aku angguk. Malas nak membantah. Ikut saja mana pun. Badan aku juga sudah keletihan. Beberapa malam tak boleh tidur dengan baik. Fikiran aku yang letih adalah penyumbang utama keletihan ini.

Nita bukan tidak biasa berapa dihospital lama. Lebih lama dari ini tapi saat itu dia sedar dan keadaannya tidak parah. Cuma doktor suruh rehat dan perlukan rawatan susulan. Aku masih boleh bercerita dan bergelak ketawa dengannya. Malam juga aku boleh tidur lena walaupun cuma di sofa.

Keadaan ini berlainan. Kali ini betul-betul cabaran untuk aku. Bila-bila masa saja dia akan terjaga dan meracau. Aku kena sentiasa bersedia untuk menenangkannya tanpa suntikan ubat penenang. Aku tak mahu dia diberikan ubat penenang dengan kerap. Tak bagus untuk kesihatannya.

Aku juga terpaksa menyediakan diriku untuk sebarang kemungkinan bila dia benar-benar sedar dari dunianya kini. Sampai sekarang aku masih bertanya diriku. Adakah aku sudah bersedia?

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now