“Aku tak tahu. Kau tanya Zahran. Dia wali kau” Aku sudah malas nak bercakap dengan Zura.
Zira diam saja. Mama pun sama. Mereka semua menyerahkan semuanya kepada aku kerana Zahran suruh Zura bertanyakan pendapat aku. Namun Zura tetap Zura. Kehendak dia wajib dipenuhi.
“Zahran suruh tanya kau. Kau suruh tanya Zahran. Sebenarnya kenapa yang korang tak nak bagi aku kahwin ni?” Zura dah mula hendak meninggi suara.
Aku tak mahu kecewakan hati adik aku seorang ini tapi pilihannya itu teruk pada pandangan mataku. Aku tahu Zahran juga dalam situasi yang sama seperti aku. Dek kerana itu dia menyerahkan keputusan ditangan aku.
Pada Zura aku katakan biarkan dulu memandangkan dia masih muda. Baru 28 tahun. Sedangkan kalau ikut, itu sudah lewat untuk berkahwin. Kemudian dipatahkannya dengan fakta kawan seusia dia ada yang anak sudah tadika.
Kemudian aku katakan biar dia kumpul harta dulu sebelum kahwin. Sekurang-kurangnya dia dapat apa yang dia nak. Dia merujuk pada aku pula. Katanya aku kumpul harta selepas berkahwin. Jadi, apa lagi alasan yang aku nak beri?
“Assalamualaikum” suara orang memberi salam itu seakan menyelamatkan aku dari menjawab soalan Zura itu. Tak kisahlah kalau pun untuk seketika.
“Waalaikumsalam. Masuklah” Laung mama yang melihat siapa gerangan diluar.
“Dah masuk pun, Mak Long” Suara Wanisyah bergurau.
Mereka semua masuk ke ruang tamu tempat kami berkumpul. Bersalaman dengan semua tetamu. Wanisyah dan suaminya, Fadhil. Jiran sebelah, Rudi dan Yusra. Zil dan Damia turut ada. Mereka duduk disebelah aku. Kiri dan kanan.
“Elok kamu ada ni, Nita. Kami memang nak bincang dengan kamu. Azril mana?” Fadhil memulakan bicara.
“Kejap lagi dia sampai kot. Dia balik kejap tadi. Ambil si kembar. Papa dia orang telefon tadi nak minta tolong jaga. Dia kena outstation” Beritahu aku.
“Macam tu kita tunggu dia dulu lah. Senang sekali saja cerita” Putus Fadhil.Semua angguk saja.
Entah apa yang nak dibincangkan. Macam penting saja.
“Assalamualaikum” Laungan suara Umar Khalif di pagar rumah mama kedengaran. Dia dan si kembar berlarian masuk ke dalam rumah.
“Wah, ramainya. Ayah, cepat” Kata Umar Khalif. Dia kemudian patah balik ke belakang. Si kembar mengikut. Mereka menarik Azril. Azril pula saja memberatkan diri.
“Ayah ni main-mainlah. Orang ramai tunggu Ayah tu” Kata Umar Khalif.Azril gelak.
“Iya. Jangan tarik Ayah. Ayah jalan sendiri. Ok?” Kata Azril.Mereka melepaskan tangan Azril dan lari masuk ke ruang tamu semula. Mereka bersalaman dengan semua yang ada diruang tamu termasuk aku.
“Assalamualaikum” Azril melangkah masuk. Kami menjawab salam yang diberikannya.
“Sihat?” Tanya Azril sewaktu bersalaman dengan Rudi dan Fadhil.
Zil bangun dari duduknya dan memberi ruang kepada Azril untuk duduk disebelahku. Damia sudah duduk dibawah bersama kembar. Umar Khalif duduk disebelah aku. Dia memandang setiap orang yang ada disitu.
“Macam ni. Kami sekeluarga dan Rudi dan Yusra dah setuju. Kami ingat nak nikahkan Zil dan Damia secepat mungkin” Kata Fadhil tenang.Aku yang terkejut.
“Asal cepat sangat. dia orang tu budak lagi. Sekolah lagi” Mama yang juga terkejut dengan keputusan mereka bertanyakan soalan yang sama aku hendak utarakan.
“Itulah Zil cakap dengan bapa, tok” Zil menyampuk.Aku menjengil Zil. Azril memegang dan menepuk-nepuk peha Zil. Walaupun ini berkenaan dengannya tapi sekarang orang dewasa sedang berbincang. Jangan menyampuk.
“Hari tu Nita ada mesej Wani. Saya ada baca. Saya fikir, betul kata Nita. Memang kita sudah berpesan. Malahan hari-hari kami pesan pada Damia, jaga tingkah laku. Jaga adab bila dengan Zil sebab bila hati dah berbunga, syaitan ada diantara. Walaupun mereka tak keluar berdua tapi tetap juga perasaan itu boleh membuai hingga ke maksiat. Nak tunggu mereka habis sekolah, berapa tahun lagi. Katalah hubungan itu kekal tapi adakah masih suci hati mereka tanpa perkara-perkara maksiat. Benar mereka tak berzina tapi menghampiri zina itu yang kita perlu banteras” Terang Fadhil panjang lebar.Aku lagi terkejut. Mesej aku itu tidak dibalas oleh Wani tapi hari ini benda itu dibangkitkan.
“Saya setuju dengan apa yang Fadhil kata tu. Kami dah sebulat suara setuju untuk bawa kes ini ke mahkamah agar mahkamah benarkan untuk mereka bernikah” Rudi pula menyampuk.
“Nak pisahkan dia orang pun susah. Duduk dekat saja. seorang kat depan seorang kat belakang. Sekolah sama. Lagipun orang tengah asyik bercinta. Kalau kami pisahkan, terasa macam ibu bapa yang kejam pula” Seloroh Yusra.Aku angguk.
“Takut nanti effect pada pelajaran dan kehidupan mereka nanti” Tambah Rudi.
“Lagipun saya tengok dia orang ni walau jalan berlima, Zil dan Damia tetap beriringan berdua. Itu yang mata saya tak suka tengok, Mak Long” Wanisyah mengulas lanjut.
Aku mula mengangguk. Asalnya aku tak berapa setuju dengan cadangan itu. Betullah idea itu semua tercetus dari aku. Tapi alasan aku buat macam tu agar mereka dapat menasihati anak-anak mereka supaya fokus dalam pelajaran dan lupakan perasaan yang hadir itu.
Bila mendengar kata-kata dari Fadhil, Wanisyah, Rudi dan Yusra, aku mula faham kerisauan ibu bapa ini. Mereka bukan duduk dizaman ibu bapa zalim yang sanggup melihat anak-anak menderita. Mereka cuma nak yang terbaik untuk mereka.
Sekarang ni, adakah mereka sudah bersedia?
“Masalahnya bapa, macam mana Zil nak tanggung Damia. Diri Zil pun bapa yang tanggung” Zil menyampuk.Ya, itu salah satu soalan yang bermain di kepala otak aku. Siapa nak tanggung mereka?
“Dah nikah nanti nak duduk mana? Itu memang boleh dibincangkan kemudian. Duduk rumah sebelah ke rumah belakang” Zil menunjukkan rumahnya dan rumah Damia.
“Makan minum mungkin tak kisah sebab dah duduk serumah. Boleh tumpang-tumpang makan. Tapi mana tanggungjawab Zil sebagai suami yang perlu untuk beri nafkah kalau semua mak, bapa, pakcik dan makcik yang tanggung?” Begitu lelaki Zil bercakap. Nampak tahap kematangannya disitu.
“Zil dan Damia boleh tinggal dengan Atok. Mama Ngah nak kena pindah keluar dah. Anak-anak Mama Ngah dah makin membesar. Takkan nak duduk sebilik dengan kami lagi. Mama, benda ni lah yang Zira nak bincang tu” Kata Zira.Aku angguk.
Anak Zira yang sulung sudah berusia 4 tahun. Sudah sepatutnya mereka diasingkan bilik. Takkan nak guna bilik aku, nanti aku balik, kat mana nak tidur? Sama keadaan dengan bilik Zahran dan Zira.
“Zil boleh kerja dengan Ibu Lang” Tiba-tiba ayat tu keluar dari mulutku. Mindaku tak proses pun ayat tu. Entah dari mana dia keluar.
“Betul. Ayah Lang dari tadi fikir benda yang sama bila Zil cakap tentang tanggungan tu” Balas Azril.
“Kira masalah selesailah, ya? Zil, Damia. Nak nikah ke tak?” Zura pula menyampuk.
“Memang lah nak” Jawab Zil masih ragu-ragu.
Entah apa lagi yang Zil ni fikirkan. Damia pula angguk laju.
“Nanti korang bolehlah naik pelamin sama dengan Mak Uda” Kata Zura.
Aku geleng kepala. Entah macam mana nak terangkan pada Zura yang bakal suaminya itu tidak berkualiti yang baik. Bukan kerana dia duda tapi kerana dia menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada bekas isterinya.
Nantilah bincang dengan Azril.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...