BAB 26

8K 302 5
                                    

Aku termenung pagi itu. Mimpi itu benar-benar memberikan impak dalam mindaku. Walaupun sudah 3 hari mimpi itu berlalu, sakitnya masih terasa.

Hatiku menjerit.

Aku tidak boleh kehilangan Nita. Namun mindaku masih lagi memikirkan bonda. Kalau tidak kerana bonda, tak mahu aku terima cadangan Nenda. Dan kalau tidak kerana Nita, sudah lama aku tinggalkan bonda.

"Kita boleh bahagiakah, Encik Hubby bila bonda terseksa? Kalau kita ketepikan Nenda serupa seperti kita ketepikan Bonda. Bila Nenda tak gembira, bagaimana Bonda mahu gembira? Nenda itu ibunya Bonda. Apa sekali keputusan Encik Hubby, please fikirkan Bonda. Bonda terlalu baik untuk disakiti"

Itu yang Nita pesan padaku sebelum aku membuat keputusan untuk menerima cadangan Nenda. Namun, keputusan ini sebenarnya menjerat leherku sendiri. Mencarik hatiku kerana menyakiti isteriku. Sungguh aku terbeban. Bebanan perasaan.

Aku lihat Nita masih sibuk di hadapan laptopnya. Katanya dia hendak buat kerja promosi. Dulu dia cuma membuat promosi untuk orang lain tapi kini dia sudah punya barangannya sendiri.

Pandai isteriku mencari wang untuk mengisi masa lapangnya. Bangga punya Nita disampingku. Bukan sekadar pandai menguruskan rumahtangga tapi juga merupakan seorang perancang kewangan yang bijak.

Sebenarnya aku tidak suka Nita bekerja dari mula lagi tapi disebabkan ingin memberi kebebasan padanya supaya dia terus bersamaku, aku biarkan saja.

Aku ikut petua abah. Abah pesan, biarkan dia terbang bebas, bila tiba masanya nanti dia, sendiri akan pulang tanpa perlu kita paksa. Dan ternyata, dia sendiri yang mahu berhenti kerja tanpa aku perlu paksa.

Aku suka bila dia sentiasa dirumah. Sentiasa bersedia menyambut saat pulang dari kerja. Aku suka bila dia senyum ceria dan tidak menunjukkan wajah kepenatannya bila pulang dari kerja.

Bila dia kata dia buat kerja-kerja pemasaran untuk kawan-kawannya, mulanya aku risau. Tapi bila aku lihat dia makin gembira kerana dapat membantu kawan-kawannya dalam mengembangkan ekonomi umat Islam, aku biarkan. Ini kerana walaupun dia bekerja tapi dia sentiasa ada didepan mataku bila aku dirumah. Dan aku tidak terasa diabaikan.

"Kenapa ni? Dari tadi wifey tengok Encik Hubby termenung saja" tegurnya.

Lamunanku tersentak bila Nita memeluk leherku dan mencium ubunku. Aku yang saat itu duduk di ottoman hanya senyum. Aku tarik dia perlahan untuk duduk diribaanku. Aku suka bila Nita manja begitu.

"Tak ada apa" Jawabku.

Aku cuba senyum bila aku mula teringatkan mimpiku. Hatiku sudah mula hiba. Bagaimana kalau ini moment terakhir aku dengannya? Aku peluk dia. Aku benamkan wajahku ke dadanya. Tangisanku tidak dapat aku tahan lagi. Aku menangis semahunya.

"Syyhhh..." Nita menenangkan aku. Diusapnya belakangku. Dieratkan rangkulannya dibahuku.

Bila tangisanku sudah mula reda, hatiku sudah mula tabah. Semangatku sudah pulih. Aku jadi malu. Ini kali kedua aku lemah dihadapannya. Suami apa aku ni. Isteri aku lebih tabah dari aku.

"Yerk... apalah. Pengotor betul Encik Hubby ni" marahnya. Dia terus bangun.

Mana mungkin dia tak marah bila dengan sengaja aku menhembuskan hingusku dibajunya supaya dia tidak nampak muka aku yang sedang menangis. Tanpa memandang aku, Nita terus naik ke atas.

Aku ketawa. Sekadar untuk menutup maluku. Aku ikutnya naik keatas setelah membasuh wajahku untuk membuang kesan air mata. Aku lihat dia sedang membuka bajunya dan kemudian membasuh kesan hingusku sebelum baju itu dimasukkan ke dalam mesin basuh. Air liurku telan.

"Apa pandang-pandang? Banyak sangat ke hutang yang belum bayar?" Marah Nita.

Aku senyum. Marahlah tu.

"Saja nak kumpul pahala banyak-banyak" Jawabku selamba. Saja nak mengundang marahnya.

Dia memandang aku lama. Maut sungguh renungan matanya tapi aku masih tersenyum. Aku suka melihat dia marah begitu. Terserlah kemanjaan anak bapanya tu.

"Huh" dia berpaling dan bersedia meninggalkan aku.

"Nita, temankan saya. Duduk kat sini sekejap" Tahanku.

Aku mengeluarkan suara berbentuk arahan. Itu yang aku belajar selama bersama dengannya. Jangan dipujuk, tak menjadi. Bagi arahan, dia akan ikut. Arahan berhemah bukan memaksa.

Dia duduk disebelahku. Aku bersila memandangnya. Dia juga berbuat demikian. Merenung mata masing-masing. Aku lihat Nita sudah menyelak rambutnya walaupun renungan kami masih bersatu. Aku senyum. Aku tahu dia dah gelisah.

"Kenapa gabra semacam ni?" Usikku.

"Mana ada" Jawabnya.

Aku ketawa.

Inilah Nita yang aku kenal. Walau sudah lebih 3 tahun bersama, dia masih malu denganku. Aku meletakkan tanganku didadanya. Aku rasa degupan jantungnya yang tidak normal. Aku sengih dan mengangkat keningku seakan bertanya 'ini apa?'

Dia terus menundukkan pandangannya dan menepis tanganku. Aku senyum saja. Menahan ketawa. Hatiku begitu terhibur dengan wajah malu-malu kucingnya itu. Sungguh dia mampu mengembirakan aku hanya dengan satu tindakan reflex.

"Saya suka bila Nita macam ni. Gaya perempuan Melayu terakhir. Tanda seorang perempuan Melayu dihadapan saya yang sangat mencintai saya" Pujiku.

Dia senyum. Membalas senyumanku. Aku tak boleh tahan lagi dan ketawa.

Bila seseorang yang jarang tersipu bila tersipu terasa comel sangat dan tentunya rasa lawak. Bukan mengeji tapi terasa benda tu pelik yang seronok. Singa menjadi kucing.

"Bila Nita macam ni, saya tak perlukan ungkapan cinta kerana saya tahu Nita sangat mencintai saya" Kataku lagi.

Sememangnya selama aku bersamanya tidak pernah sekalipun dia menuturkan kata cintanya secara terang denganku. Dia meluahkan kata cintanya melalui bahasa tubuhnya. Melalui tindakannya. Sungguh dia istimewa untuk aku.

Bersamanya aku rasa hidup. Bersamanya aku rasa bahagia. Bersamanya semangatku tinggi. Bersamanya aku rasa imam yang paling disegani. Bersamanya aku rasa mahu hidup selamanya.

"Sekarang tengah cuti sekolahkan? Jom pergi ambil budak-budak. Saya pun nak fly lambat lagi. Boleh diorang duduk sini lama sikit" Kataku.

Tiba-tiba aku rasa rindu pada budak berlima tu. Lama sudah mereka tidak datang sini. Akhir sekali sewaktu Nenda datang ke rumah dulu kira-kira lima bulan yang lepas. Lama sangat dah.

"Dah nak habis cuti baru nak ambil" Kata Nita. Dia kemudian bersiap. Aku lihat saja. Sekali lagi air liur aku telan. Padahal aku sudah berkahwin dengannya lebih 3 tahun tapi melihatnya menukar baju saja sudah boleh buat aku gelisah.

Aku telan liur.

Sungguh ramai perempuan yang cantik dan seksi disekelilingku tapi seorang pun tak mampu menggoda nafsuku seperti mana isteriku.

Isteriku mungkin tak secantik dan seseksi pramugari, tapi kecantikkannya hanya aku yang tahu dan seksinya hanya aku yang nampak. Dan untuk aku, she is the prettiest and sexiest lady in the world.

"Wifey, nantilah. Ada hutang nak kena bayarlah" kataku sambil tersenyum cuba mengodanya.

Dia pandang aku dengan pandangan pelik. Kemudian dia ketawa.

"Hutang apa?" Tanyanya sambil ketawa.

Aku tahu dia faham. Aku pandang dia. Saja aku telan liur banyak kali. Menggodanya dengan senyumanku dan pandangan tajamku. Aku hulurkan tanganku kepadanya.

"Siang lagilah, Encik Hubby" Katanya.

Walaupun begitu, dia terus mendekati aku dan duduk diatas ribaanku. Dia meletakkan tangannya melingkari leherku. Betul mengoda aku.

"Hutang ni mana boleh kira siang ke malam. Kalau nak dibayar, kena bayar segera. Tangguh nanti takut lupa pula" Kataku sambil tersenyum nakal.

"Oh yeke? Encik Hubby pernah lupa ke nak bayar hutang yang satu ni?" Katanya sambil tangannya bermain dengan bibirku.

Dan kami hanyut dalam hubungan yang halal. Dia begitu memahami keinginanku. Dia begitu faham bahasa tubuhku. Dia begitu memahami aku.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now