Prolog

882 26 2
                                    

Bibik Husna berlari-lari anak menuju ke arah pintu rumah agam itu selepas terdengar pintu itu di ketuk dengan ketukan yang bertalu-talu. Pintu rumah agam itu dikuak perlahan. Kelihatan susuk tubuh sasa seorang lelaki berkacukan inggeris-melayu yang berwajah tampan dan bermata biru itu menerpa masuk ke dalam rumah dengan keadaan mabuk.

Datin Mariah tersedar dari tidurnya akibat bunyi ketukan yang kuat menerpa ke cuping telinganya. Lantas dia segera keluar dari biliknya kerana ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya. Datin Mariah memerhati gelagat anaknya yang mabuk itu dari tangga menuju ke tingkat dua. Hatinya di pagut rasa hiba yang teramat sangat. Keluhan berat dilepaskan. Lantas kakinya mengorak langkah kearah anaknya yang terhuyung hayang menuju ke biliknya. Belum sempat anaknya menuju ke tangga, segala isi perutnya di muntahkan dengan rakusnya.

"Ya Allah, Syed Amzar Naufal. Kenapa kamu degil sangat ni ha? Mama dah cakap banyak kali dah jangan pergi tempat macam tu! Sekarang inilah kamu dapat. Mabuk!" Ujar Datin Mariah tegas tetapi masih berbaur kerisauan. Tangan kanan Amzar Naufal dipautkan ke tengkuk Datin Mariah lalu dibawa menuju ke biliknya.

Pintu bilik Amzar Naufal dikuak. Lantas Datin Mariah membawa Amzar Naufal ke bilik air yang bertempat di dalam biliknya. Baju kemeja yang tersarung di badan sasa Amzar ditanggalkan. Lalu Datin Mariah Membuka paip dan membasuh kesan muntah yang berada di mulutnya. Anaknya turut dimandikan kerana bau muntah yang bercampur dengan alcohol itu sangat busuk di badannya.

Selepas mandi Pakaian baru segera diambil dari almarinya lalu disarungkan ke badan Amzar. Lantas tubuh Amzar di baringkan diatas katil empuk milik Amzar. Datin Mariah melabuhkan punggungnya perlahan di sebelah Amzar. Wajah tampan anaknya di pandang sayu.

"Abang, Yah minta maaf sebab tak menjaga amanah abang dengan baik. Yah minta maaf sangat-sangat!" Ujar Datin Mariah perlahan dan hiba. Hatinya rasa yang sangat sedih. Air mata yang sekian lama dibendung oleh kelopak mata terburai membasahi pipi.

Wajah Amzar dialis lembut oleh tangan Datin Mariah yang berkedut-kedut. Air matanya gugur buat kali kedua.

"Amzar kenapa buat macam ni, nak?" Tanya Datin Mariah perlahan. "Amzar tak kesiankan Mama ke, Amzar tak kesiankan Arwah abah ke?" Tanya Datin Mariah lagi.

"Amzar tak kesiankan diri Amzar ke?" soalan yang ditujukan ini pun takkan dijawab. "Amzar tahukan mama sayang sngat dekat anak mama ni. Amzar kali ni please dengar cakap mama. Berubahlah." Datin Mariah tahu anaknya takkan mendengar kata-katanya. Wajah Amzar yang sedang nyenyak tidur dipandang sayu. Keluhan berat dilepaskan.

Lalu langkahnya di aturkan menuju ke pintu bilik itu. Pintu bilik itu ditutup dengan perlahan oleh Datin Mariah. Hati Datin Mariah dipukul dengan rasa sedih, kecewa dan hiba yang teramat sangat. Malam itu Datin Mariah tidak berhenti-henti mendoakan kebaikan anaknya.

Sepasang kelopak mata miliknya di buka perlahan. Sinaran matahari yang memasuki bilik tidur menyakitkan pandanganya. Kepalanya terasa sangat berat untuk bangun dari pembaringannya. Tulah Amzar yang kau ambil banyak sangat alcohol kenapa! Kau ikutkan sangat perasaan kau kan! Marah Amzar pada dirinya. Jam loceng di sebelah mejanya di kerling. Pukul sepuluh! I'm late! Tubuhnya di gagahkan untuk ke Office. Hari ini sangat penting untuknya kerana ada mesyuarat bersama pembekal bahan mentah untuk projek pembangunan di petaling jaya. Sebagai seorang CEO untuk syarikat Permata Holdings Sdn Bhd iaitu syarikat arwah ayahnya, dia bertanggungjawab menguruskan hal selok- belok berkaitan syarikat.

Dia terus bergegas ke bilik air untuk menyucikan diri. Sakit kepala yang teramat sangat mencucuk kepalanya dibiar saja. Baju kemeja berwarna biru diambil dari almari biliknya lalu disarungkan ke badannya. Langkahnya laju menuju ke ruang tamu. Sakit kepalanya masih mencucuk- cucuk. Dia tetap meneruskan langkahnya dan tiba-tiba pandangannya menjadi kabur... lalu tubuh Amzar Naufal jatuh rebah diatas lantai.

"Amzar... Amzar dekat ma...mana ni Mama?" Ujar lelaki tersebut gagap apabila kelibat Datin Mariah dilihatnya.

"Amzar ...Amzar dekat hospital ni." Datin Mariah tersenyum melihat wajah anaknya kelihatan sedikit ceria. Namun, berita yang akan disampaikan oleh doktor tadi kepadanya bakal mengugurkan segala kegembiraannya. Ya Allah...Ya Tuhanku. Selamatkan anakku ini. Rintih Datin Mariah dalam hati.

"Mama... Kenapa nangis ni?" Ujar Amzar perlahan. Sebaik sahaja melihat air mata yang gugur di wajah Datin Mariah. Senyuman manisnya masih tidak pernah lekang dari wajahnya.

"Ada... ada apa-apa nak bagi tahu dengan Amzar. Kalau ada ...jangan rahsiakan apa-apa dari Amzar, please!" Datin Mariah serba salah. Air matanya semakin berjuraian jatuh membasahi pipi. Tangan anak digenggam erat. Seerat-eratnya.

"Mama...Please! " Datin Mariah berada dalam dilema.

"Amzar dah kehilangan... hmm..." kata Datin Mariah teragak-agak.

"Amzar kehilangan apa, Mama?"Ujar Amzar Naufal.

"Your kidney..." Amzar Naufal kematian kata-kata. Hampir gugur jantungnya. Darah yang mengalir dalam pembuluh darah menderau kesejukan dalam laut ketakutan. Lupus segala kegembiraan. Senyuman indah hilang dari wajahnya. Hanya tangisan, tangisan dan tangisan. Rambutnya diraup ke belakang. Air mata lelaki itu gugur bak hujan yang sangat lebat.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now