Amirah Bazilah menapak ke arah pantry. Niatnya mahu makan ubat. Pening kepalanya semakin mencucuk-cucuk. Dia memicit pelipisnya. Lantas cawan yang bewarna biru diambil dari dalam kabinet. Lalu dia mengisi cawan itu dengan air masak. Dua biji Paracetamol di telan. Dia memegang dahinya lalu dipicit-picit.
"Kenapa Mira? Kau nampak macam tak sihat je." Tegur satu suara yang baru menapak masuk ke dalam pantry. Susuk tubuk itu menghampiri Amirah Bazilah. Lantas bahu wanita itu dipegang.
"Aku pening sikitlah Syira. Berdenyut-denyut je rasa kepala aku ni." Kata Amirah Bazilah. Matanya dipejam erat. Mukanya sudah berkerut-kerut menahan sakit.
"Makanlah ubat."
"Dah. Aku dah telan dua biji. Aku rasa macam nak minta balik awal lah. Lagipun ni dah pukul tiga. Dah nak balik pun." Kata Amirah Bazilah sambil mengerling ke arah jam tangannya.
"Okay. Nanti aku cakap dengan Encik Miang tu. Kau balik jelah. Nanti jadi apa-apa, susah pulak." Ujar Syahira Shaari a.k.a Syira, Pegawai atasan dalam firma guaman syarie itu.
"Thanks Syira." Satu senyuman di hadiahkan pada wanita yang berumur lingkungan dua puluh lebih itu. Namun, walaupun berusia muda dia mampu memperoleh jawatan yang tinggi di dalam firma guaman itu. Yelah diakan workaholic.
"Habis tu, kau nak balik dengan siapa ni? Jangan kata kau nak drive sendiri. Aku takkan bagi kau drive."
"Habis, kalau aku tak drive... siapa yang nak bawa kereta aku tu balik rumah. Kau giler ke nak tinggalkan anak aku tu sorang-sorang dekat parking lot tu. Menangis dia malam kang."
"Alah, kau ni. Fikirlah sikit. Takkanlah nak bawa kereta dalam keadaan pening. Kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana? Aku juga yang susah. Walid kau juga yang susah. Satu pejabat ni pun susah." Bebel Syira. Amirah Bazilah hanya menghadam kata-kata yang terpacul dari mulut wanita itu. Kalau bab membebel memang Cik Syahira Shaarilah orangnya. Tak ada orang lain yang boleh mencuri ranking nombor satu berturut-turutnya. No one okay. Minta maaflah! Memang tak boleh. Oleh sebab itu jugalah dia tak pernah ada boyfriend. Semua lelaki takut nak dekat dengan dia. takut kena bebel. Orang yang kuat bebel ni selalunya garang + hot headed + Kuat marah - penyabar = kuat membebel. Bukan rupa tiada, orangnya cantik manis tapi mulutnya kureng sikitlah.
"Habis tu macam mana? Kau nak hantar aku balik ke? Tak nak kan? Lainlah ada orang nak hantar aku balik, tak apa jugak. Ni mana ada. Aku balik jelah sorang-sorang. Bukan ada hal pun. InsyaAllah tak ada apa-apa."
"No way Mira! Aku tak benarkan. Aku dah janji dengan Pak Rusidi a.k.a ayah angkat aku tu, yang duduk dekat Melaka tu, dekat Simpang Empat tu, kau punya bapak tu yang aku akan jaga kau. Understand? Biar aku yang hantar kau balik. No excuses! No objection!"
"Tapi... aku tak nak menyusahkan kau."
"Hang jangan nak buat leceh! No tapi-tapi cik Amirah Bazilah oii! Jom aku hantar kau balik. Aku tengah free ni."
"Lekaihlah! Aku cepuk kang kepala hang tu baru padan muka hang!" Kata Syira sebaik melihat Amirah Bazilah masih lagi tercegat di tepi kabinet di dalam pantry itu. Cepat-cepat dia menarik tangan Amirah Bazilah sebelum mereka meninggalkan pantry itu.
Pintu kereta mewah itu dikuak dari dalam. Susuk tubuh Amzar Naufal melompat keluar dari perut kereta itu. Briefcasenya dicapai sebelum dia menapak ke pintu rumah agam itu. Langkahnya terhenti. Dia memandang sekeliling perkarangan rumah agam itu. Hanya kereta Datin Mariah sahaja yang kelihatan. Eh, mana kereta Mira? Tak balik lagi ke? Aiseyman! Dia mengerling ke arah jam tangannya.