"Saya... saya terima... nikahnya... Huh sorry. Saya tak boleh." Kata Amzar Naufal di hadapan Tok kadi itu. Sudah masuk lima kali dia mengungkap ayat akad nikah itu. Sungguh dia tidak mampu. Dia mengelap peluhnya yang merecik-recik di dahi dengan hujung lengan baju. Tetamu yang hadir di rumah itu sudah jenuh menanti akad nikah itu. Amirah Bazilah yang duduk berhampiran dengan Amni Najlah itu turut terasa betapa gementarnya suaminya itu.
Dia mengerling ke arah Fina yang asyik tersenyum dari tadi. Naik meluat juga hatinya melihat wanita itu. Amni yang berada di sebelahnya? Sudah berbakul-bakul kutukan yang terpacul dari mulut Amni Najlah. Sungguh Amni tidak puas hati. Sejak hadir ke rumah agam milik Datuk Hasyim dan Datin Paezah ini, dia asyik memandang serong saja pada Fina. Banyak juga dia menasihat Amni sudah behavekan perangainya. Tapi Amni enggan mendengar.
"Akak, kesian abang Amzar. Akak pergi tarik tangan dia lepas tu pergi cakap dengan dia sekejap. Suruh dia relaks." Cadang Amni Najlah sambil berbisik. Kesian dia melihat lelaki itu. Amirah Bazilah hany mengangguk lalu dia menapak melalui celahan manusia menuju ke arah Amzaf Naufal. Bahu lelaki itu dicuit. Lalu tangan lelaki itu ditarik mengikutinya. "Kejap ye ustaz." Kata Amirah Bazilah kepada Tok Kadi itu. Tok Kadi itu hanya mengangguk. Mungkin dia juga penat dengan kerenah lelaki itu.
Datin Mariah yang duduk bersebelahn dengan Amni Najlah hanya memandang perlakuan suami isteri itu. Sungguh Datin Mariah kagum dengan kesabaran dan ketabahan menantunya itu. Kalau dia, sudah diganyangnya wanita tak tahu malu itu. Dasar perampas. Sabar jelah.
Fina memandang dengan rasa tidak puas hati. Dia mendengus geram.
Langkah kaki Amirah Bazilah Amzar Naufal terhenti bila dia sampai di luar rumah. Jauh daripada tetamu. "Mira, I can't do it. Abang tak boleh. Abang tak sampai hati nak hancurkan hati Mira. Abang tak nak buat Mira sedih." Kata Amzar Naufal. Dia merenung wajah itu. Mukanya sedikit mendung.
"Abang, Mira dah redha dengan semua takdir Mira ni. Mira tak kesah. Please abang. I'm begging you. Kalau Mira boleh redha dan terima semua ni, kenapa abang tak? Buat semua ni untuk Mira. Tolong sayang. Kesiankan Mira. You have to be strong. Abang kena kuat." Tangan lelaki itu digenggam erat.
"Abang tak kuat. Abang tak mampu." Keluh Amzar Naufal. Dia menggelengkan kepalanya. Dia tak berdaya untuk lakukan semua ni.
"Abang, pandang mata Mira dan dengar apa yang Mira nak sampaikan." Dia merenung anak mata biru lelaki itu.
"Abang, Syed Amzar Naufal Syed Yusuf. Anak-anak kita perlukan awak. Perlukan kasih sayang awak. Awak sendiri tahu akibat sekiranya awak tak kahwin dengan Fina kan? Abang kena kuat. Abang kena berlagak kuat kalau abang tak kuat sekalipun. Abang kena tabah. Abang sayang Mira kan? Please do it for me? Abang, abang rela anak-anak jadi macam Ikin nanti? Hidup tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Sedih bang. Sedih sangat. Hanya Allah saja yang tahu rasa pedihnya. Abang, kali ni... Mira nak abang all out. Buat demi Mira. Mira tahu abang boleh buat. Abang sayangkan Mira kan?" Amzar Naufal mengangguk. Dia memeluk tubuh kecil di hadapannya itu.
"Abang sayangkan Mira." Kata Amzar Naufal perlahan.
"Mira tahu. Mira sentiasa tahu." Balas Amirah Bazilah semasa dalam pelukan itu.
Fina mendengus geram. Sebal dan sakit hatinya melihat drama cinta murahan di depannya itu. Naik meluat dia melihatnya. Rasa hendak dicakar sahaja muka wanita hipokrit itu. Namun, dalam hatinya melonjak gembira. Wanita itu memang bodoh! And Amzar... you're mine. Dia tergelak dalam hati. Dia menapak semula ke dalam rumah.
"Haziq, tu siapa yang sedang berpelukan dengan pengantin lelaki tu?" Tanya susuk tubuh seorang lelaki yang berumur lingkungan enam puluhan itu sebaik melihat Amzar Naufal dan Amirah Bazilah yang berada tidak jauh darinya. Dia memandang wanita itu dari jauh. Mukanya cuba dicam. Muka wanita itu mirip wajah seorang perempuan yang dia pernah kenal dan jatuh cinta ketika dahulu. Hatinya tertarik untuk mengenali si pemilik nama.
"Tulah isteri pertama dia, Pak Long. Kenapa Pak Long tanya?" Balas Haziq. Pelik. Dia juga memandang dua susuk tubuh yang berada tidak jauh darinya.
"Pak Long rasa macam pernah kenal. Tu yang Pak Long tanya tu. Muka dia walaupun dari jauh, nampak familiar dengan somebody. Nanti kenalkan Pak Long dengan dia."
"Haziq tak adalah baik sangat dengan dia. But I will try. Kenapa nak try? Nak tackle dia eh?"
"Habis Mak Long kamu yang dekat rumah tu nak campak mana?"
Haziq tergelak kecil.
"Jomlah masuk dalam. Daripada duduk dekat luar ni. Dahlah panas. Jom" Ajak lelaki tua itu. Dia menapak masuk ke dalam. Haziq mengikuti dari belakang.
Amirah Bazilah menepuk perlahan baju melayu yang tersarung di tubuh lelaki itu. Kolar baju yang sedikit berkedut itu dibetulkan. Pipi lelaki itu dikucup lembut. "Abang, do the best please. Make me impress. Like what you do when we were in akad nikah. Abang kagumkan Mira tau. Abang, masa kita kahwin, Mira tak sangka abang dapat buat dengan satu lafaz. Sungguh tak. Mira tahu abang ni orang yang berani. Amzar, just show me how brave you are!" Kata Amirah Bazilah beri semangat. Pada masa yang sama, dia juga cuba untuk memberi semangat pada diri sendiri. Dia mahu jadi kuat.
"Syed Amzar Naufal Syed Yusuf, are you ready now?"
"Sikit-sikitlah. Amirah Bazilah Rusidi, I'm just love you. I just want you to know that, Mira je yang ada dalam hati abang. No one. Tiada perempuan lain yang ada dalam hati abang. Cuma Mira sayang. Abang sayangkan Mira." Pipi wanita itu dicium lembut.
"Orait. Jom kita masuk dalam." Amirah Bazilah menukar topik. Hatinya sebak. Sakit. Pedih. Lukanya terlampau dalam. Bukan senang mahu sembuh. Bukan memakan masa dua atau tiga hari but two years and also maybe twenty years. Amirah Bazilah menarik tangan lelaki itu masuk ke dalam rumah. Amzar Naufal hanya mengikuti saja wanita itu dari belakang.
�z��k