Bab 11 - Part 1

322 12 0
                                    

Amirah Bazilah hanya memalingkan pandangannya keluar tingkap. Termenung jauh nampaknya. Jasad saja di dalam kereta, tapi jiwa entah ke mana! Amzar Naufal yang sedang leka memandu itu sesekali menjelingkan ekor matanya memandang susuk tubuh Amirah Bazilah di sebelahnya. Hanya kaku tanpa bicara. Menyesal dengan penyerahan? Entah dia sendiri tidak pasti.

"Awak... asal diam je?" Ujar Amzar Naufal memecah suasana sunyi sepi yang hanya di temani dengan bunyi krik, krik, krik! Amirah Bazilah hanya mendiamkan diri. Langsung tiada jawapan. Soalan itu bagai angin lalu di telingannya. Pandangannya masih di lemparkan ke luar.

"Awak, are you okay?" Tanya Amzar Naufal lagi. Masih lagi tiada jawapan. Menengelamun ke? Amzar Naufal memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Mira, are you okay?" Amzar Naufal menyoal lagi sambil mengoncang lembut bahu milik Amirah Bazilah. Amirah Bazilah memalingkan pandangnnya ke arah suaminya.

"Kenapa awak berhenti? Kenapa tak jalan je? Nak sampai dah." Tutur Amirah Bazilah perlahan kepada Amzar Naufal. Soalan untuk jawapan soalan tadi.

"Awak..., are you okay? Ada masalah ke? Ceritalah dengan Amzar. Amzar risau tengok Mira termenung jauh dari tadi." Amzar Naufal berkata sambil tersenyum manis. Amirah Bazilah menggelengkan kepalanya. Namun hatinya masih sebak. Otaknya ligat memikirkan apa yang bakal terjadi. Dia juga tahu Hakim akan menjadi salah satu sebab rumah tangganya bergegar suatu hari nanti.

"Awak, janji dengan saya?"

"Awak nak saya janji apa?" Soal Amzar Naufal perlahan. Wajahnya masih dimaniskan walaupun wajah isterinya itu kelata saja dihadam oleh sepasang matanya.

"Janji dengan saya, jangan tinggalkan saya. Janji dengan saya yang awak akan sayang saya seorang saja sebagai isteri awak. Janji dengan saya awak akan sentiasa ada disisi saya." Amirah Bazilah memasang janji bersama Amzar Naufal. Amzar Naufal mengangkat kelima-lima jarinya tanda berjanji sambil tersengih macam kerang wangi menampakkan sebaris gigi putihnya. Amirah Bazilah mengeluh keras.

"Kenapa awak mengeluh?" Tanya Amzar Naufal di saat telinga diusap dengan suara keluhan besar isterinya. Wajah isterinya yang berada di sebelah tempat duduk pemandu itu dipandang. Wajahnya mendung sekali. Tiada senyuman seperti selalu. Wajah mendung yang asyik memandang dashboard itu beralih ke arahnya.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Pandangan Amzar Naufal masih ke arah wajah isterinya. Kulit putih berseri bersama sedikit jerawat itu menarik hatinya. Sepasang mata bundar, hidung sedikit mancung serta bibir delima merah itu membuatkan hatinya semakin jatuh cinta.

"Awak... saya janji saya takkan tinggalkan awak. Walau apapun yang berlaku sebab saya... Syed Amzar Naufal bin Syed Yusuf, amat cintakan isteri saya ni until the end of my day and insyaAllah until Jannah." Kata Amzar Naufal bersungguh-sungguh.

"Betul ni? boleh pakai ke janji awak ni?"

"Mestilah boleh pakai caused I'm your bubbly boo and the naughty one too. Thanks for the last night. I enjoy it!" Usik Amzar Naufal. Darah panas mula bergerak ke muka milik Amirah Bazilah sebaik mendengar kata-kata itu. Malunya! Oh My...

"Whateverlah!" Ujar Amirah Bazilah mahu menutup malunya. Eish, mamat ni memang miang ke apa? Lain macam betul dia ni!

"Malulah tu, malulah tu!" Amzar Naufal tersengih-sengih nakal memandang wanita itu. Nak tergelak bila wajahnya sudah berona merah. Persis buah tomato masak ranum. Sungguh enak di makan begitu saja. Eh, itu lagu Gardenialah! Tomato tak ada lagu, okay.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now