Bab 10 - Part 2

261 13 0
                                    

Datin Mariah menuruni anak tangga daripada tingkat dua rumahnya itu menuju ke tingkat satu. Matanya melilau mencari kelibat anak bertuahnya dengan menantu kesayangannya. Namun, bayang-bayang mereka pun tidak kelihatan. Mana dia orang ni pergi? Kata Datin Mariah dalam hati. Matanya tertancap ke arah susuk tubuh yang sedang berbaring di sofa di ruang tamu rumah agam itu. Dia menapak laju ke arah sekujur tubuh itu.

"Amni..." Sapa Datin Mariah lembut. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu itu. Dia memandang Amni Najlah yang asyik menonton televisyen itu.

"Ye... Mama." Ujar Amni Najlah sebelum dia memalingkan wajahnya ke arah Datin Mariah. Dia menghadiahkan senyuman manis.

"Amni ada nampak abang Naufal dengan Kak Mira tak?" Tanya Datin Mariah. Datin Mariah membalas senyuman itu dengan senyuman yang lebih manis.

"Tak ada." Ujar Amni Najlah. Dia memalingkan semula pandangannya ke arah skrin televisyen yang memaparkan Cerita kesukaannya malam ini.

"Amni tahu, dia orang pergi mana?" Datin Mariah menyoal dengan nada yang lembut.

"Abang Amzar dengan kak Mira balik Melaka jumpa Tok Imam." Ujar Amni Najlah sambil mengunyah biskut Jacob. Misi diet masih di teruskan. Hari tu dahlah terhabiskan makan sayur Kailan goreng tu. Sedap giler dowh. Tak sangka Abang Amzar tu terror cooking! Nak puji takut kembang pulak. Hari ni makan biskut jelah nak balance balik.

"Oh yeke? Kenapa tak bagi tahu mama dulu? Risau mama dibuatnya. Ingatkan kena culik budak berdua tu?" Kata Datin Mariah sambil menghelakan nafas panjang. Apa ke hek saya statement mama ni! Dia orang tu dah tua pun. Siapa ke nak culik? Kak Mira yelah jugak. Dahlah cantik! Abang Amzar tu... nak muntah hijau, biru, putih, ungu, red velvet... arh semualah. Kalau tak muntah pun, rasa macam nak jolok anak tekak pun ada bagi muntah!

"Entah. Tak sangka jugak kak Mira tu unpredictable!" Amni Najlah menegakkan badannya lalu di sandarkan ke sofa.

"Amni... mama bahagia sangat tengok abang kamu sekarang ni! Nampak bahagia sangat." Datin Mariah tersenyum manis mengingati peristiwa di kolam renang pada malam itu. Tak sangka Amzar sanggup terjun selamatkan Mira. Yang dia tahu, Amzar bukanlah jenis orang mudah rapat dengan seseorang yang baru dia kenal. Lagi-lagi perempuan! Lagilah tak!

"Kan? Setahu Amni... abang tu kan jarang rapat ngan perempuan. Paling lekeh makwe dia yang miskin nak beli kain tu." Ujar Amni Najlah sambil menyuap lagi kepingan biskut ke dalam mulutnya.

"Makwe dia miskin nak beli kain? Siapa tu?" Datin Mariah menyoal dengan rasa pelik. Siapa pulak tu? Bila masa pula anaknya itu suka pada perempuan yang miskin. Setahunya taste anaknya itu tinggi!

"Lah apa nama dia ek?" Amni Najlah mengetuk dagunya dengan lembut menggunakan jari.

"Hah... Fi... Fina! Yes Fina!" Amni Najlah memetik jari apabila neuron otak dapat berfungsi dengan baik. Tak berbunyi pun. Action je minah ni. For your information, she is not good in all the petik jari thing! And plus kena minum Anmum Essential minah ni. Untuk perkembangan otak.

"Fina. That girl! Mama tak berkenanlah dengan dia. Pelik!"

"Amni pun tak berkenan masa abang tunjuk gambar Fina tu dekat Amni. Seksi sangat! Geli-geliman Amni. Macam tak ada maruah pun ada." Amni menggeletikkan tubuhnya perlahan. Sungguh dia tak berkenan saat abangnya itu menunjukkan wajah kekasihnya itu di skrin telefonnya. Orangnya cantik, manis, pandai bergaya dan up to date! Tapi sayang seribu kali benci bila lagaknya berpakaian seperti orang tidak bermaruah. Singkat sana, singkat sini! Aurat kot mek oi!

"Tapi, yang peliknya... masa abang sakit tak de pulak dia datang jenguk." Amni Najlah memandang wajah ibunya sambil menyuap biskut Jacob yang diambil dari tin biskut itu ke dalam mulutnya.

"Kan? Rasanya perempuan macam tu hanya kejar harta je!" Kata Datin Mariah. Dia tahu yang semuanya terjadi kepada Amzar kerana Perempuan itu. Dia tahu Amzar rasa terpukul kerana tidak mendengar kata-katanya tentang perempuan itu. Ada kala... di buat tidak endah saja. Bila di tengur melenting pula. Itulah sebab yang membuatkan Amzar lebih memencil diri dari keluarga.

Peristiwa dimana Amzar Naufal memarahinya masih tetap di simpan di ingatan. Namun, dia tidak pernah terasa hati dengan anaknya itu. Tidak pernah! Begitulah hati seorang ibu. Biarpun perit namun tetap dilaluinya. Biarpun sakit namun tetap dihadamnya. Luka yang berada dihati Datin Mariah masih kekal. Namun dia akan pastikan penawarnya mencukupi untuk menyembuhkannya. Hanya satu penawar saja, senyuman kebahagiaan Syed Amzar Naufal.

"Mama, are you okay?" Kata Amni Najlah disaat wajah ibunya itu berubah riak. Mendung. Matanya sudah berkaca.

"Okay... okay. Mama okey. Cuma mama bahagia tengok Abang Amzar dengan Kak Mira kamu tu." Satu senyuman cuba dimaniskan walaupun hatinya sebak. Satu senyuman yang dirasakan dapat menutup rasa sedih dalam hatinya.

"Amni pun sama mama. Hari itu lepas balik dari Turki, abang pelik sikit. Bukan sikit tapi banyak and lepas je kahwin dia berubah kan Ma?" Amni Najlah terus menyua biskut jacob ke dalam mulutnya.

"Yup. Tu mama pelik sangat. Mama rasa Kak Mira kamu tu ada magiklah." Ujar Datin Mariah selamba. Amni Najlah menghamburkan ketawa besarnya. Ada magik? Bila masa pulak insan yang bergelar Mariah binti Haron ni percayakan magik dan seangkatan dengannya. Desis hati Amni Najlah

"Asal Amni gelak pulak? Mama tak buat lawaklah!" Marah Dayin Mariah lembut. Bahu anaknya itu ditepuk perlahan.

"Yelah... Amni tahu Mama mana percaya magik semua ni! Pantang Mama tengok orang buat magik, semua Mama kata tipu!" Kata Amni Najlah sambil mengunyah kepingan terakhir biskut ditangannya.

"Memang Mama tak percaya pun dengan magik dengan TV tu. Membongak je semua tu. Tapi kes Kak Mira kamu ni lainlah sikit."

"Jap... kamu kata kamu dietkan?" Ujar Datin Mariah pelik. Rasanya dah dekat sepuluh keping biskut budak ni makan masa aku duduk kat sini. Diet ke gitu gayanya.

"Ye... kenapa?"

"Mama rasa dekat sepuluh keping kamu makan. Diet ke gitu gayanya." Aiseyman. Amni Najlah meletakkan kembali biskut yang baru dicapainya dari dalam tin biskut itu. Biskut ni boleh jadi yang ke sebelas kalau masuk mulut aku. Habis... habis diet aku! Sesal Amni Najlah dalam hati. Tapi bukan sesal separuh nyawa ye. Ni sesal separuh iman sebab tak kawal nafsu makan!

"Tak perasan. Sebok berborak dengan Mamalah ni!"

"Aik kita pulak yang salah. Awak yang makan lebih!" Ujar Datin Mariah sambil menyimpulkan senyuman di bibirnya sebelum dia melangkahkan kaki ke arah biliknya meninggalkan anak gadisnya bertangis-tangisan menonton cerita sweetnya. Biar kelantoknya! Amni Najlah kembali menghalakan pandangan ke arah skrin TV.

o


Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now