"Akak, nak kena pakai baju ni ke?" Kata Amirah Bazilah pada Kak Sal yang duduk dibirai katil sambil memerhatikan Amirah Bazilah baru keluar dari bilik air untuk menyalin baju. Amirah Bazilah memandang baju yang tersarung di badannya. Blouse longgar bewarna biru dipadankan dengan kain bewarna hiram itu cukup menyerlahkan lagi kecantikan wanita itu.
"Give me a turn please!" Arah Kak Sal. Amirah Bazilah hanya menurut. Lalu dia memusingkan tubuhnya di hadapan Kak Sal.
"You look so perfect Mira. Mesti tak sabar bos nak tengok. And now, tudung. Jom ikut akak." Kata Kak Sal sambil menyuruh Amirah Bazilah duduk di kerusi di hadapan cermin itu.
"Nak kena make up ke? Tak naklah kak. Saya tak biasa. Saya tak minat." Ujar Amirah Bazilah sambil menggelengkan kepalanya.
"Just bedak dengan gincu je. Gincu pun bukan colour terang sangat. Just colour peach."
"Jangan over sangat ye kak. Saya tak selesa make up tebal-tebal ni."
"Iye adik oii! Dah, duduk diam-diam. Akak cubit Mira nanti kalau Mira gerak." Amirah Bazilah membatukan dirinya. Tangan Kak Sal sibuk mentouch-up wajahnya.
"Siap! Now, the tudung. Akak dah beli tudung terbaik untuk Mira." Tudung yang mempunyai dua warna iaitu putih dan biru itu diambil oleh Kak Sal dari atas katil lalu ditunjukkan kepada Amirah Bazilah.
"Labuh tak? Kalau singkat, saya tak nak."
"Akak rasa labuh lepas bahu. Labuhlah juga."
"Hmm... bolehlah. Nasib baik tak singkat sangat."
"Mira nak tahu, tudung ni special tau. Ni tudung dua kepala. Yang trend sekarang tu kan. Yang main lilit-lilit tu. Nilah dia, tudung tu."
"Serius? Oh nilah dia tudung dua kepala tu. Tak tahu pulak dia ni spesis shawl."
"Okay, duduk diam-diam. Akak nak pakaikan." Tudung itu disarung ke kepala Amirah Bazilah.
"Siap!" Ujar Kak Sal sebaik tudung itu siap disarungkan ke kepala wanita itu. Tidak sampai lima belas saat, tudung itu siap dipasang. Amirah Bazilah melihat dirinya ke cermin. Aku ke ni? Asal nampak lain je?
"Cantiknya isteri Syed Amzar Naufal ni. Mira nampak lain sangat. Mira nampak cantik. Mesti bos akak tu terbeliak mata dia tengok!" Seloroh Kak Sal. Dia melepaskan tawa.
"Okay, semua dah siap. So, akak nak adik turun ke tingkat dua hotel and straight to the dewan makan hotel. Syed Amzar Naufal dah tunggu Mira tu." Kata Kak Sal. Amirah Bazilah bangun dari kerusi yang berada di depan meja make up itu. Lalu dia menapak ke arah pintu.
"Saya pergi dulu ye. Thanks akak." Pamit Amirah Bazilah kepada Kak Sal. Dia tersenyum.
"Go break a leg, young lady!" Sempat lagi Kak Sal berseloroh.
"Akak, it's just a piece of cake!" Kata Amirah Bazilah membalas seloroh Kak Sal itu.
"Bye." Amirah Bazilah tersenyum sebelum susuk tubuh itu hilang bersama katupan daun pintu. Kak Sal menguntum senyuman sendiri. "Beruntung Syed Amzar Naufal, dapat Amirah Bazilah... Sweet couple!" Ujar Kak Sal sendiri.