Amirah Bazilah menguap perlahan. Kantuknya masih lagi terasa. Matanya digosok perlahan. Jam di sebelahnya dikerling. Pukul lima setengah pagi. Telekung yang masih tersarung di tubuh, di tanggal perlahan sebelum dilipat dan diletakkan disebelahnya. Dia memandang wajah suaminya yang nyenyak tidur itu. Setiap inci milik lelaki itu dibeleknya. Belum pernah lagi sepasang matanya merenung lama wajah itu.
Baru dia perasaan Amzar Naufal mempunyai parut kecil dipipinya. Kecil saja bekas parut itu. Accident kot. Pandangan matanya jatuh ke arah bibir lelaki itu. Bibirnya masih merah. Mungkin tak pernah hisap rokok. Okaylah tu. Aku pun tak suka orang yang hisap rokok. Tak lemas ke hidu asap sokmo! Bibir lelaki itu tak adalah terlalu tebal. Just nice je!
Bak kata Kak Maznah a.k.a Diva Mazzy selaku mak cik kaki sembang lebat and tipu lebih kat pejabat tu, seksinya lelaki terletak pada bibirnya. Betul ke? Entah blog mana entah Kak Maznah terjah dekat Pak Cik google adik ipar google chrome ex-girlfriend Yahoo. Kak Maznah mesti main cekup je falsafah tu. Yang bunyi best je mesti dia ambik! Macam aku tak tahu je. Aku ni selalu stalk dia punya FB tau. Diva Mazzy kan! Semua orang kenal. Termasuk sabah and serawak.
Dia meletakkan belakang tangannya di sisi muka Amzar Naufal. Sama putih je dengan aku. Putih kemerah-merahan. Persis isteri Nabi Muhammad, Aisyah. Kalau aku marah saja mesti darah menyerbu ke muka. Lepas tu, wajah berwarna putih itu berona merah terang. Macam Lobster dekat kedai ikan Hap Seng anak lelaki Chung Jei tu.
Mata lelaki itu dipandang. Bab mata ni aku suka! Matanya kecik. Tapi tak adalah sepet. Just kecik je. Anak mata dia paling lawa. Warna biru! Smart giler. First, ingatkan dia pakai contacts lens. Tapi dari Azali macam tu rupanya. Wajah lelaki itu persis penyanyi inggeris kegemarannya. Tanner Patrick! Jambang yang pendek disekeliling pipinya dikemas rapi. Rambutnya tak terlalu panjang. Keningnya menggoda iman. Kalau dia pergi UK ke Aussie ke, mesti orang cakap dia ni omputeh!
Sepasang mata lelaki itu yang masih tertutup rapat direnung tepat. Dia membuka sedikit mata lelaki itu. Anak mata lelaki itu kelihatan. Laki ni tidur mati ke erk? Aku buat apa-apa kat dia macam dia tak perasan je. Dia membuka mulut lelaki itu. Lalu nampak sebaris gigi putih yang digosok dengan ubat gigi berklorida itu.
Amirah Bazilah tergelak kecil. Apabila dia mengerakkan bibir itu menjadi senyum, masam dan tak ada feeling! Lawak giler. Serious lelaki ni heavy sleeper. Tiada effect langsung. Reseptor dia berfungsi lagi ke erk? Ke dah... selamat tinggal pujaanku! Berseloroh Amirah Bazilah dalam hati. Aku kena check dia ni!
Dia meletakkan kepalanya di dada milik Amzar Naufal yang masih tidak sedarkan diri. Nyenyak sangat mamat ni tidur. Dup dap, dup dap bunyi jantung dia. Okay check list. He still alive and okay! Dia mengembarkan dua jarinya lalu disuakan ke hidung lelaki itu. He still breathing! So okay. Check list and tick!
Hatinya tak puas lagi memerhati wajah itu. Apa lagi aku nak tengok dekat muka dia erk? Muka dia bersih. Tak ada jerawat pun. Walaupun sekelumit. Putih suci je muka. Dia mengalis wajah lelaki itu. Licinnya. Macam kain sutera yang aku tak jadi beli dekat Mat Bangla bulan lepas. Ingat lagi ayat Mat Bangla nama Abdul tu, Hai adik manis... mahu beli kain tak? Adik manis mungkin terkejut. Tapi jangan terkentut nanti ada bau pula Adik Manis! Aku terus tak jadi beli. Ada ke cakap macam tu! Nonsense!
Dia mencubit lembut kedua-dua belah pipi milik Amzar Naufal. Cutenya! Desis hati Amirah Bazilah. Pelbagai riak muka dibentuk olehnya. Macam tanah liat dekat kedai dua ringgit je muka Amzar Naufal jadinya.