Bab 2 - Part 2

349 21 0
                                    

Tangan Amira Bazilah mancapai baju kurung putih yang di hiasi dengan manik yang terletak di atas katilnya. Amira Bazilah membawa baju kurung itu ke dalam pelukannya. Rasa sebak mula menghantui dirinya. Tanpa sedar butiran jernih berderaian membasahi pipi. Hatinya di pagut rasa rindu akan uminya yang sudah lama meninggalkannya. Baju kurung itu adalah pemberian ibunya yang terakhir.

            Baju kurung itu adalah hasil jahitan Uminya. Uminya memasang hasrat untuk melihat anak tunggalnya memakai baju kurung itu di saat anaknya itu diijabkabulkan tapi tidak kesampaian. Baju Kurung itu akan dipakainya pada hari perkahwinannya yang hanya tinggal tiga hari saja lagi.

"Mira..." Sapa satu susuk tubuh yang memasuki biliknya. Susuk tubuh itu menghadiahkannya satu senyuman manis.

"Kenapa nangis ni, Nak?" Ujar Pak Rusidi sebaik melihat anak perempuannya itu menangis. Air mata diseka oleh tangan tua Pak Rusidi.

"Walid tinggal tiga hari saja sebelum Mira kahwin. Walid betul yakin yang lelaki itu betul jodoh Mira." Ujar Amirah Bazilah dalam tangisan.

"Jodoh itu rahsia Allah, Nak. Walid tak tahu siapa jodoh Mira. Tapi apa yang boleh Walid katakan yang hati Walid cukup kuat merasakan bahawa Amzar adalah jodoh Mira." Ujar Pak Rusidi lembut. Amira Bazilah dibawa ke dalam pelukannya. Dahi Amira Bazilah di kucup lembut.

"Tapi kalau Mira tak pasti, Mira boleh tanya Allah. Mira buat solat Istikharah. Mira tanya Allah, jika benar Amzar adalah jodoh Mira, Allah pasti bagitahu." Tambah Pak Rusidi. Pelukan erat dilepaskan.

"Mira, Kalau betul ini takdir Mira, Mira harus terima dengan hati yang terbuka. Takdir Allah sangatlah indah Mira kalau kita renungkan. Sedangkan kisah cinta dalam novel Romeo dan Juliet dah sweet giler, itu baru ditulis oleh manusia. Belum lagi Allah tulis. Kisah cinta yang Allah tulis untuk kita sangatlah indah, Mira!" Amirah Bazilah tergelak kecil.

"Kenapa Mira gelak pulak ni?" Dahi Pak Rusidi berkerut.

"Yelah, sejak bila pulak Walid tahu pasal novel Romeo dan Juliet ni. Walid baca novel Mira eh?" Usik Amirah Bazilah. Senyuman nakal mula menguntum di bibirnya.

"Walid pinjam je, Walid bosan tak ada benda nak buat. Lepas tu Walid nampak novel Romeo dan Juliet atas meja tulis kamu tu. Walid pun ambillah baca. Tak sangka pula sedih kisahnya. Menangis tau Walid baca." Amirah Bazilah terlopong. Walid baca sampai nangis. Walid yang hati kering ni baca sampai nangis! Oh My Allah! Ada yang tak kena ni!

"Walid layan juga ye novel tu. "

"Yelah, bosan juga walid duduk sorang-sorang dekat rumah. Kalau kamu balik bercuti, baru ceria sikit rumah ni."

"Nanti lepas Mira kahwin nanti, jangan lupa Mira datang melawat Walid dekat sini." Tambah Pak Rusidi. Kini air matanya pula yang menitis.

"Walid jangan risau. Mira akan bawa abang Amzar balik sekali dengan Mira. Mira janji Mira akan sentiasa ingat Walid." Eh kejap! Apa aku sebut tadi. Abang Amzar? Sejak bila kau berabang bagai dengan dia ni!

"Jangan lupa bawa cucu Walid sekali." Usik Pak Rusidi. Gulp! Air liur ditelan. Cucu! Mira tak ready lagi!

"Itu... nanti Mira fikir-fikirkan ye Walid." Ujar Amira Bazilah tersipu-sipu. Ikutkan hati Pak Rusidi mahu saja di gelakkan hati anaknya itu apabila wajahnya berona merah secara tetiba. Mira...Mira, besar dah anak dara kita Tun. Dah nak kahwin dah. Jauh di sudut hati Pak Rusidi tidak mahu melepaskan anak gadisnya pergi. Tapi dia harus tahu yang perpisahan itu pasti. Memang di akui hati risau bagai mana makan minumnya nanti. Dia juga pasti yang Allah kurniakan Amzar sebagai pelindung anaknya itu. Lepaskanlah dia pergi, Sidi! Sudah masanya.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now