Wajah suaminya yang lena tidur di sebelahnya di pandang. Pipi Amzar Naufal di alis oleh jari mulus Amirah Bazilah. Hatinya seakan di pagut rasa aneh yang semakin hari semakin membukit. Memang sukar untuk dia tafsirkan rasa ini. Jam di sebelah di kerling. Pukul tiga pagi. Memang menjadi kebiasaan untuk dia bangun pada waktu sebegini. Untuk apa? Untuk menyembah Allah yang maha Esa. Sudah lama dia tidak berdua-duaan dengan Allah pada masa begini. Rindu rasanya.
Lalu Amirah Bazilah mengatur langkah ke arah bilik air yang berada dalam bilik itu. Seusai mengambil wuduk, telekung berwarna putih itu di sarungkan ke tubuh. Tikar sejadah di hamparkan di hadapannya. Lalu dia menunaikan solat sunat Tahajjud.
Amirah Bazilah mengangkat kedua-dua belah tangannya. "Ya Allah Ya Tuhanku. Kau ampunilah segala dosa-dosaku. Dosa suamiku, doa kedua ibubapaku serta saudaraku. Kau kurniakanlah kami kesihatan dan limpahkanlah kami dengan rezeki. Ya Rahman... Ya Rahim, Kau kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Kamu teguhkanlah rumah tangga yang baru di bina ini Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin." Tapak tangannya di sapukan ke muka selepas doanya habis di lafazkan.
Lalu Amirah Bazilah mengambil kitab suci Al-Quran dari beg sandangnya lalu bibirnya terkumat-kamit membaca ayat suci yang terkandung di dalamnya. Sepasang mata Amzar Naufal di buka sedikit untuk memerhati perlakuan isterinya itu.
Alunan bacaan Al-Quran itu sudah mengasyikkannya sepasang telinganya. Amzar Naufal bangun dari katilnya lalu memeluk Susuk tubuh yang ditutupi kain telekung itu dari belakang. Air mata lelakinya tumpah dengan banyak lantas membasahi pipinya. Amirah Bazilah tersentak pabila dia merasakan semacam tubuhnya di peluk. Esakan suaminya di dengar oleh sepasang telingannya.
"Are you crying Amzar?" Soal Amirah Bazilah.
"Kenapa Amzar, saya ada buat salah ke?" Tubuh wanita itu masih didakapnya tapi dengan lebih erat. Al-Qurannya di tutup lalu di letakkan di atas bucu katil yang hampir dengannya.
"I'm sorry Mira. Saya bukan suami yang awak harapkan. Kalau awak nak saya lepaskan awak just say to me. I will let you go." Kata Amzar Naufal dalam tangisan.
"I will let you go jika awak dah jumpa lelaki yang awak impikan." Amirah Bazilah diam membisu. Tanpa sedar air matanya juga sudah gugur.
"Amirah jangan senyap je. Cakap dengan saya. Say something!"
"Allah met us for a reason." Kata Amirah Bazilah perlahan.
"Kenapa ayat tu je yang awak asyik cakap? Please tell me what I feel right now. In this heart!" Suara Amzar Naufal di tinggikan sedikit lalu tubuh wanita itu dileraikan. Lantas tubuh Amirah Bazilah yang membelakangkannya itu dipalingkan ke arahnya.
"Maaf Amzar, saya tak tahu apa dalam hati awak." Ujar Amirah perlahan sambil menunjukkan wajahnya.
"Awak tak tahu atau awak pura-pura buat tak tahu sedangkan awak sendiri tahu jawapan untuk hati saya?" Amzar Naufal masih meninggikan nada suaranya.
"Saya tak tahu Amzar. Berapa kali saya nak cakap? Saya tak tahu." Kata Amirah Bazilah. Keluhan berat di lepaskan.
"Awak tahu apa yang ada dalam hati saya Mira!" Tangan Amirah Bazilah ditarik lembut oleh Amzar Naufal lalu di letakkan di dada bidang miliknya.
"Sekarang cuba awak cakap apa, apa yang ada dalam hati saya sekarang ni?" Ujar Amzar Naufal lagi.
"Dalam hati saya ada awak Mira! Hanya awak dan tolong jangan buat saya jatuh cinta lagi dengan awak sebab saya dah serik dengan cinta. Sebab cinta saya jadi macam ni. Awak faham tak? Please throw away this love from my heart. Please!"