Angin sejuk yang datang dari luar itu tidak sedikit pun menyejukkan tubuhnya. Panas je. Mungkin sebab bantal peluk ni kot. Panas je bantal peluk ni. Siap boleh bernafas lagi!
Eh, kejap!
Bantal peluk? Panas? Boleh bernafas?
Siapa pulak yang aku peluk ni? Janganlah!
Dia membuka matanya perlahan. Takut. Tangan sebelahnya sudah dikepul-kepul. Saja sediakan payung sebelum hujan. Mana tahu, kalau orang lain boleh aku terus lesing kepala otak orang ni.
Wajah Amzar Naufal yang sedang tidur sambil tersenyum itu membuatkan hatinya lega. Fuh! Kus semangat! Ingatkan siapalah tadi. Baru ingat nak buat skill macam dekat WWE. Baru power!
Muka lelaki itu yang hanya beberapa inci sahaja dari mukanya direnung. Handsome! Comel! Marvelous! Cair wei!
Pipi lelaki itu dicubit manja. Lalu pipi lelaki itu dicium lembut. Lama. Dia kembali menutup matanya. Best betul ada bantal peluk edisi terhad macam ni. Best giler. "Thanks sayang. Sebab kiss abang. Have a sweet dream dear. Abang tidur dulu. Peluk abang ketat-ketat. Abang sejuk ni." Kata Amzar Naufal. Matanya masih belum dibuka. Pipi wanita itu dikucup sebelum dia kembali melayari bahtera mimpinya kembali.
Amzar Naufal hanya terbaring di katilnya. Kepalanya terasa berat. Matanya langsung tidak dapat dibuka. Tak dapat pergi ofislah jadinya. Demam? Demam sebab kena penumbuk dekat dada. Sedih! Mama, Amzar nak pergi ofis! Dahlah pekerja baru tu tak dapat jumpa semalam. Ni semua gara-gara mee goreng. Dia terus menuju ke rumah selepas habis meeting dengan setiap wakil dari setiap department. Rugi betul! Hari ni pun tak dapat pergi kerja. Bertempek kiri kanan dengan koyop.
Mulai sekarang aku akan banned mee goreng!
No more mee goreng dalam menu aku. No!
Dia memicit pelipisnya. Kepalanya terasa bagai dicucuk-cucuk. Ya Allah, peningnya! Mira pergi kerja pulak. Kalau ada boleh minta urut. Mama, Pak Jamil dengan Bibik Husna tak balik lagi. Dah dekat seminggu mereka bermastautin di Perlis. Bosan! Bosan!
Perutnya diusap perlahan. Lapar. Jam dikerling oleh sepasang matanya. Hah, satu setengah! Patutlah anak daddy ni meragam eh. Tak apa, tak apa, tak apa. Nanti kita tunggu Umi balik lepas tu kita mamam ye. Kata Amzar Naufal kepada perutnya. Memang dah ting tong dah mamat ni. Ada ke berbahasakan diri daddy pada perut sendiri!
Nombor Amirah Bazilah didail sebaik tangannya mencapai telefon bimbitnya di sebelahnya. Nasib baik tangan boleh gerak lagi. Kalau tak, mati katak aku!
"Assalamualaikum, abang. Kenapa call Mira? Ada apa-apa ke?" Tanya Amirah Bazilah sebaik memberi salam.
"Waalaikummussalam, Mira. Free tak, ke busy?"
"Sekarang ni tak free. Ada beberapa dokumen nak kena siapkan. Sebab kena fetch hari ni. And I think, dalam pukul tiga Mira balik."
"Oh yeke. Lambatnya. Abang lapar ni."
"Lapar? Kan pagi tadi Mira dah masak satu mengkuk besar bubur ayam. Abang dah makan kan?"
"Dah habislah. Abang makan tadi. Sedap sangat. Sampai licin abang kerjakan. Sekarang ni, Ayang I'm very very hungry. I need to eat something!"
"Okay then. Saya akan siapkan kerja secepat mungkin. Dan insyaAllah saya akan balik cepat. Awak nak order apa-apa tak?"
"Ikut awaklah nak beli apa. I just nak makan. Balik cepat. And..."
"And what?"
"Saya nak awak sekali!"
"Mengada-ngadanya. Sakit-sakit pun, perangai gatal awak tu masih tak hilang lagikan. Tapi makin menjadi-jadi. Okaylah, nanti saya belikan awak mee goreng. Awak sukakan?" Mee goreng? Erk! Geli-geliman mendengarnya. Aku dah ban out of my menu okay. No more.
"Tak nak. Tak nak mee goreng. Belilah benda lain. Macam nasi briyani ke, or yes! I want a cheese cake. A blueberry cheese cake!"
"Okay. Tapi kena janji dengan saya yang awak akan makan ubat. Janji?"
"Yelah Yang oii! Abang makanlah nanti. Macam mana saya nak makan kalau my stomach is already empty. Please, balik cepat sayang. Abang lapar ni!"
"Okay, okay! Mira balik cepat. Lepas siap kerja ni, Mira akan terus balik. Okay. I'm promise."
"Okaylah abang. Mira letak dulu. Kalau ada apa-apa, just call me. Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam. Take care. Daddy tunggu umi balik ye. Umi, kesian dengan anak daddy ni. Lapar. Balik cepat ye."
"Okay." Amirah Bazilah menekan butang merah. Mulutnya menguntum senyuman. Umi-daddy... comel! Macam parent je. Ya Allah, bilalah aku nak ada anak? InsyaAllah adalah nanti Mira. Just sabar okay, sabar.