Bab 9 - Part 1

344 17 2
                                    

Amzar Naufal menggosok sepasang biji matanya dengan kedua-dua tangannya. Sekujur tubuh yang sedang lena tidur di sebelahnya itu dipandang. Rambut yang menutupi separuh muka wanita itu diselitkan ke telinga. Satu kucupan hangat singgah di dahi Amirah Bazilah. Jam yang berada di atas almari di sebelah katinya dikerling sebentar. Pukul tiga pagi. Perutnya mula menari dangdut. Dia mengusap perlahan perutnya. Laparnya.

Kakinya di lunjurkan ke bawah katil. Tangan milik Amzar Naufal di paut oleh Amirah Bazilah tatkala di mahu bangun dari katil. Langkahnya terhenti lalu dia kembali duduk di birai katil.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Amirah Bazilah sambil memaut tangan lelaki itu.

"Saya nak pergi dapur. Nak makan. saya lapar giler ni!" Ujar Amzar Naufal dengan nada manja. Senyuman dihadiahkan kepada Amirah Bazilah.

"Saya pun lapar juga. Lapar giler ni!" Amirah Bazilah menegakkan badannya di atas katil.

"Awak nak apa, saya boleh ambilkan dari dapur."

"Tak payah ambilkan. Saya boleh ambil sendiri." Amirah Bazilah melunjurkan kaki ke tepi katil lalu menapak ke dapur sambil dibuntuti oleh Amzar Naufal.

Amirah Bazilah membuka tudung saji diatas meja itu. Yes, gulai aku ada lagi! Nasib baik ada lagi. Tak adalah air liur aku meleleh-leleh sebab kempunan. Lalu dia mencapai gulai itu dan dipanaskan kembali di atas dapur gas.

"Awak masak apa?" Tanya Amzar Naufal sebaik muncul di dapur. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di dapur itu.

"Saya panaskan lauk je." Ujar Amirah Bazilah simple. Lauk yang dipanaskan tadi dicedok lalu di letakkan keatas meja. Dia mengambil dua pinggan yang berada di tepi sinki lalu di letakkan diatas meja. Nasi putih yang berada di atas meja di cedokkan ke dalam pinggan mereka berdua.

"Awak, tak kesah makan nasi sejuk?"

"Tak. Saya tak kesah pun." Ujar Amzar Naufal sambil tersenyum. Matanya melilau-lilau mencari lauk yang dimasaknya semalam.

"Habis dah ke sayur semalam tu?" Kata Amzar Naufal sedikit hampa sebaik melihat lauk yang dimasaknya yang semalam habis dikebas orang.

"Nampak gayanya." Amirah Bazilah mencedok lauk lalu dibubuh ke dalam pinggan Amzar Naufal dan pinggannya.

Dengan lafaz bismillah dia menyuap perlahan makanan ke dalam mulutnya. "Kenapa awak tak makan, tak sedap ke lauk tu?" Tanya Amirah Bazilah sebaik pandangannya dikerling ke arah Amzar Naufal yang hanya menguis nasi di pinggan.

"Sedap, tapi boleh awak suapkan untuk saya?" Amzar Naufal tersengih-sengih macam kerang busuk yang tunggu nak berkulat je.

"Okay. Buka mulut." Amirah Bazilah mengambil sedikit nasi dan lauk di pinggannya lalu disuakan ke mulut Amzar Naufal.

"Sedapnya!" Kata Amzar Naufal dengan mulutnya dipenuhi makanan. Amirah Bazilah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Nak cakap Amzar ni tak normal nampak macam normal, Tapi sikapnya persis budak Autistik. Kesian aku tengok! Desis hati Amirah Bazilah.

"Awak... geli pankreas saya tengok awak makan!" Amirah Bazilah menghamburkan ketawanya. Amzar Naufal hanya membuat riak wajah selamba.

"Nak lagi, tapi kali ni lebihkan ayam." Suruh Amzar Naufal. Amirah Bazilah mengambil sedikit nasi dengan beberapa cebisan ayam lalu disuapkan ke dalam mulut Amzar Naufal. Hambek kau! Penuh mulut. Amzar Naufal mengunyah makanan dalam mulutnya sambil tersenyum leber.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now