Bab 66

252 0 1
                                    


             Telefon Amirah Bazilah sedari tadi asyik berdering lantang. Bingit telinga dengar. Bila dilihat pemanggilnya, lelaki bernama Syed Amzar Naufal yang tertera. Apa yang dia nak lagi daripada aku? Nak maki or nak marah aku pasal tadi? Tak cukup lagi ke dia buat hati aku ni sakit lagi, terluka. Dalamnya, Tuhan saja yang tahu. Biarkan saja telefon itu berdering. Tiada guna kalau aku mengangkatnya, dua-dua tengah emosi.

"Hoi perempuan, telefon tu tak nak angkat ka? Dari tadi melalak. Bingit telinga tau dak?" Marah Hafizah. Kacau aku nak tengok TV. Dah lah cerita best ni!

"Malas!"

"Mesti laki kau yang telefon kan? Angkatlah, kesian dekat dia."

"Tak mau."

"Tak mau angkat ye, meh sini aku yang angkat."

"Kau ni, sibuklah hal orang. Biarlah aku yang selesaikan sendiri. No need to answer his call now, sebab aku tahu dia nak marah aku pasal tadi."

"Angkat jelah. Mana tahu ada hal penting."

"Malaslah."

"Please angkat. Dia laki kau. Kesian dekat dia."

"Okay fine. Tapi kalau aku gaduh dengan dia lagi, malas kawan kau."

"Dia tak marahnya. Pergi jelah angkat call."

"Hmm..." Amirah Bazilah mengaturkan langkah kakinya perlahan saja menuju kearah telefonnya yang berada diatas meja lalu dia segera mengatur langkah ke bilik. Malas bagi perempuan tu dengar. Baru privasi sikit.

Butang hijau ditekan. Kelihatan suara lelaki tersebut di hujung corong telefon memberi salam. Salam dijawab perlahan.

"Sayang..." Ujar Amzar Naufal perlahan. Dia betul-betul rindu dengan wanita itu.

"Awak nak apa? Nak marah saya pasal tadi ke? Yelah saya ni jahatkan. Saya tak macam awak. Awak je baik." Sinis suara wanita itu dicorong telefon.

"Maaf kalau saya telefon awak ni. Saya tahu, hati awak masih tak tenteram. Tapi sayang, I miss you so much. Please, kita rumah kita ye. Perkara siang tadi, Pijah dah terangkan pada abang. Kita balik ye sayang."

"I am sorry Amzar. Give me just a little more time. I will come back to you. But please, jika awak nak saya kembali lagi kepada awak, just give me sometimes. I need to be alone for now." Tegas suara Amirah Bazilah. Namun hatinya bagai disiat-siat. Dia juga rindu akan lelaki itu. Rindu menyeksa dirinya. Pedih mendera jiwa raganya. Amzar, maafkan saya. Saya terlampau sayangkan awak. Saya buat semua ini untuk kebaikan awak.

Ada suara tangisan di hujung corong. Barangkali lelaki itu menitiskan air mata. Dia tidak rela tapi dia terpaksa. "Maafkan saya Amzar. I need to go now. Assalammualaikum." Kata Amirah Bazilah.

Butang merah ditekan. Matanya sudah tidak tertahan. Dicurah habis kedunia akan air matanya yang sedari tadi bertakung minta dicurah.

Maafkan saya, Amzar. Maafkan saya...

Amirah Bazilah menyusun langkah ke katil. Tidak terdaya rasanya kakinya untuk melangkah. Sungguh dia tidak tahan hidup sebegini. Sedari tadi call yang masuk adalah daripada Fina. Dia tahu kenapa Fina menelefonnya. Semuanya kerana Amzar. Rasa tidak puas hatinya terhadap Amirah Bazilah tidak pernah pudar. Namun, apa yang harus dia buat. Amzar Naufal saja yang hanya ada jalan penyelesaiannya iaitu bersama Fina. Fina juga layak untuk haknya sebagai seorang wanita. Dia tidak mampu menolak hakikat itu.

Dia tidak hidupnya akan jadi sebegini rupa. Dia tidak fikir akan melaluinya. Dia seorang peguam syariah, hal-hal sebegini dia sudah tahu cara penyelesaiannya. Tugasnya juga untuk menolong pasangan yang bermasalah, namun dia tidak mampu menolong dirinya. Dia hanya tidak mampu.

Rasa takut kian membayangi hatinya. Bagaimana jika rumah tangganya berakhir tatkala saat ini? Tidak, tidak bias. Dia masih boleh dan masih kuat untuk melawannya. Tiada siapa mampu menolongnya, melainkan dirinya sendiri.

Hanya Tuhan saja yang mampu tolong kau saat ini, Mira. Hanya Tuhan, hanya Allah. Minta padanya penawar akan masalah ini. Minta tolongnya. Dia masih ada dan sentiasa ada Mira.

Rukun wudhuk dilaksanakan dengan cukup sempurna. Langkah diatur ke tikar sejadah. Solat Tahajjud dilaksanakan dengan cukup sempurna bertemankan air mata. Sesempurna Allah Maha Kuasa. Hanya ini saja usahanya. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now